Ayam goreng kunyit ni kira kesukaan anak anak termasuklah bapak dia sekali senang cepat tapi tetap sedap! Mudah saja membuatnya. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Haja Saleh.
Bahan bahan untuk ayam
600 gm dada ayam (dipotong dadu)
15 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
Satu kiub ayam
Sedikit air
Sedikit garam. Tak perlu banyak. (sebab dah ada kiub ayam tu )
Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya. (Biar sampai ayam tenggelam dalam minyak Sepenuhnya)
Ads
Cara memasak:
Goreng ayam sampai masak.Masukkan carrot, bawang dan kacang panjang. Angkat dan toskan.
Bahan untuk sambal
5 biji cili merah
6-10 biji cili padi merah (Dalam ni haja guna cili padi hijau)
Sedikit belacan
Sedikit gula
Sebelah tomato potong dadu boleh tumbuk sekali.
Dah kisar agak halus bahan di atas,boleh masak sekejap atas api. Ambil sedikit minyak goreng ayam tadi. masak sekejap Dalam 5-8 minit. Siap untuk dimakan. Boleh makan dengan nasi panas-panas renjis kicap . Walahhhh sedap terangkat lagi-lagi kalau sambal tu pedas BERAPI.
Tetiba teringin nak makan murtabak? Haa takpe jangan risau ini ada resipi murtabak mini ayam cheese..Buat sendiri lagi sedap dan puas hati. Sangat sesuai dihidangkan ketika sarapan atau minum petang. Anak-anak dekat rumah pun mesti suka punyalah!
MURTABAK MINI AYAM CHEESE
BAHAN-BAHAN (INTI)
Isi ayam @ daging | cincang
Kentang | potong dadu
Carrot | potong dadu
Rempah kari daging | 1 paket kecik
3 ulas bawang putih | hiris
1 biji bawang besar | hiris
2 biji bawang besar | potong dadu
Daun sup | hiris
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN (INTI)
Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak masak. Masukkan bawang yang dihiris.
Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Tumis rempah hingga pecah minyak.
Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Kemudian masukkan air separas bahan-bahan yang dimasak.
Masak sehingga air hampir kering. Masukkan sedikit garam serta gula. Boleh juga letak serbuk cukup rasa.
Masak hingga betul-betul kering. Sejukkan dan sedia untuk langkah menyediakan murtabak mini.
CARA PENYEDIAAN MURTABAK MINI:
Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan inti yang telah dimasak tadi.
Masukkan daun sup dan bawang. Kacau hingga sebati.
Buka kulit popia, letak atas dulang. Kemudian letak sekeping cheese di tengah-tengah.
Ambil 3 sudu makan inti yang dicampurkan dengan telur dan bawang sebentar tadi. Letak di atas cheese tadi. Lipat atas, bawah, kiri dan kanan. Lekatkan lipatan terakhir guna gam (tepung gandum + air).
Terbalikkan bila dilipat, letak atas bekas lain & ulang proses yang sama.
Untuk membakar panaskan kuali, letakkan sedikit minyak.. Letakkan murtabak mini tadi..
Bakar sehingga masak.. Balik-balikkkan ia. Apabila dah siap bolehlah dihidangkan.
Anda suka makanan bakar yang pedas? Seleksi masakan Sunda, Indonesia ni pasti kena dengan selera anda. Rata-rata masakannya memang menyengat tapi sedap. Pasti berpeluh kalau cuba. Kalau nak cuba masak sendiri, ini ada tiga resipi yang dikongsikan bersama. Tapi jangan tak cuba. Lebih jimat kalau masak sendiri.
1. AYAM BAKAKAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | bersihkan dan tos
1000ml santan pekat
3 helai daun salam
3cm lengkuas | titik
1 batang serai | titik
1 sudu makan gula merah
1 sudu teh serbuk perasa ayam
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
12 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
6 biji buah keras | goreng sangai
2cm halia
2cm lengkuas
6 biji cili merah
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan bahan kisar halus.
Kemudian masukkan dalam periuk, tuangkan santan di dalamnya bersama daun salam, serai dan lengkuas titik, garam dan gula secukup rasa.
Tutup periuk dan masak atas api sederhana hingga kuah pekat.
Tutup api dan biarkan ayam sejuk seketika.
Siapkan pemanggang. Panggang ayam hingga garing .
Hidangkan bersama hirisan tomato dan timun.
INFO CHEF:Semasa proses membakar, sering sapukan lebihan kuah ayam supaya ayam tidak terlalu garing.
2. TULANG RUSUK BAKAR KICAP
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang rusuk lembu | potong 7cm
10 sudu makan kicap
500ml santan
1 sudu makan gula perang
1 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan air asam Jawa
1000ml air
Garam secukupnya
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 tangkai cili kering
3 biji buah keras
2cm lengkuas
5ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Gaulkan tulang yang sudah dicuci bersih dengan bahan kisar dan perap selama 20 minit.
Panaskan minyak, tumis tulang yang telah diperap sehingga berubah warna.
Masukkan air, gula perang, air asam dan garam secukupnya. Masak hingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan kicap dan santan.
Kacau rata dan biarkan mereneh atas api kecil hingga kuah pekat.
Tutup api, biarkan tulang sejuk seketika.
Seterusnya sediakan pemanggang.
Sementara pemanggang panas, sapukan lebihan kuah rebusan pada tulang dan bakar hingga wangi.
INFO CHEF:Boleh juga menggunakan tulang kambing jika suka.
3. SOTONG BAKAR
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | buang kepala dan kulitnya 2 sudu makan kicap pekat manis 1 sudu teh gula perang 1 sudu teh perasa ayam 1 helai daun salam Garam secukup rasa 2cm lengkuas | ketuk
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 5 tangkai cili merah 2cm kunyit hidup 3 biji buah keras 1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.
Tutup api dan tambahkan kicap , gaul rata.
Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata.
Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit.
Angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Sotong direndam lima minit dengan air garam, sebelum dibilas dengan air bersih dan toskannya.
Selalu tiada idea untuk menyediakan menu sarapan yang sihat untuk keluarga dan mudah di sediakan. Isi ayam di tumis ringkas dan dibalut roti wraps dengan salad, mayonis serta sedikit sos yang memberi penuh nutrisi lengkap untuk sarapan anda.
CHICKEN WRAPS SEMPOI
BAHAN-BAHAN
Roti wraps / atau roti canai segera
Isi ayam dihiris-hiris
Kepingan ayam (pilihan)
Bawang holand (dihiris)
Lada benggala (dihiris)
Lobak Merah (dihiris)
Salad
Tomato (hiris la ikut suka)
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu sos tiram
Mayonis
Sos cili
CARA MENYEDIAKANNYA:
Panaskan roti wraps dengan balik-balikkan di atas pan dan ketepikan.
Letakkan sedikit minyak, masukkan ayam & kepingan ayam. Kacau-kacau sampai ayam masak.
Agak-agak sudah masak, masukkan bawang, lobak merah, lada benggala dan tomato (masak sekejap)
Letak serbuk lada hitam dan sedikit sos tiram.
Sapu mayonis pada roti wraps dan susun salad di atas mayonis.
Letakkan pula bahan-bahan yang sudah dimasak tadi.