Menu ringkas tapi menyelerakan. Jika tiada idea nak masak dan makan apa, apa kata buat ayam goreng kunyit. Menu lengkap dengan sayuran. Tambah pula sambal belacan dan kicap manis. Mantap!
Ikuti perkongsian Wan Iskandar dalam menghasilkan ayam goreng kunyit yang sedap ala restoran Tomyam ini. Paling penting, ayam perlu diperap agar dapat merasakan kelazatan ayam yang telah diserap ramuan perapnya. Barulah jadi luar biasa sedapnya.
BAHAN-BAHAN:
Ayam (dipotong kecil-kecil)
Garam – Boleh beli online di sini
Serbuk kunyit
Tepung jagung – Boleh beli online di sini
Cili giling/ cili kisar – Boleh beli online di sini
Kacang panjang
Bawang Holland – Boleh beli online di sini
Cili besar
Minyak (untuk menggoreng)
CARA MEMASAK:
Gaulkan garam, kunyit, tepung jagung dan cili giling bersama ketulan ayam. Gaulkan sekata. Perap sekurang-kurangnya setengah jam.
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan ayam yang telah diperap tadi dan goreng sehingga kuning keemasan.
Ayam dah masak, masukkan pula kacang panjang, cili dan bawang Holland. Goreng selama 2 hingga 3 minit.
Kemudian angkat. Dah siap.
Sedia untuk dinikmati.
Sedap dihidangkan sekali dengan sambal belacan pedas dan kicap manis. Memang padu!
Kredit: Wan Iskandar
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Peminat Kuih Tepung Bungkus Gedik, Boleh Cuba Tanpa Daun Pisang
Sedap dan Mudah, Lasagna Daging Cheese Tertarik Ini Memang Padu!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.dailymotion.com/video/x8jpji4
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kak Ros Kongsi Resipi Ayam Masak Palembang Air Tangan Mak Mertua
Ayam Masak Palembang perkongsian saudari Rosni Musa atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ros ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Menurut beliau, resipi ini adalah dari mertuanya dan sangat popular di Meru, Klang. Biasanya menu ini akan dihidang semasa hari raya atau di waktu kenduri kendara. Sangat enak dinikmati bersama Nasi Minyak, Nasi Hujan Panas, nasi putih, roti mahupun lontong. Selain ayam, boleh juga digantikan dengan daging. Wow… Terasa nak cuba? Jom semak bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasaknya.
RESIPI AYAM MASAK PALEMBANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam – dipotong kecil
BAHAN TUMIS:
- 2 biji bawang besar – racik halus
- 2 ulas bawang putih – racik halus
- 1 inci halia – racik halus
- 2 batang serai – dititik
- Rempah 3 sekawan
- 3 sudu makan rempah kari daging – beli online disini
- 3 sudu makan cili giling (ikut kepedasan) – beli online disini
- 1 cawan santan pekat – beli online disini
- 1 cawan air
- Sedikit asam keping – beli online disini
- 6 sudu makan kicap manis – beli online disini
- Daun kari secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Perap ayam yang sudah dipotong kecil bersama garam dan serbuk kunyit lalu digoreng seketika. Ketepikan.
2.Dengan menggunakan sedikit minyak gorengan ayam, tumis seketika rempah 3 sekawan.
3.Kemudian masukkan bahan-bahan yang diracik seperti bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Tumis lagi hingga naik bau.
4.Masukkan rempah kari bersama cili giling. Tumis sehingga pecah minyak.
5.Bila sudah pecah minyak, masukkan santan pekat, sedikit air dan asam keping.
6.Renihkan seketika.
7.Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sebati.
8.Masa ni boleh tambah sedikit lagi air. Gaul sebati sehingga agak pekat.
9.Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya. Kacau biar rata.
10.Bila kuah agak-agak pekat, masukkan daun kari serta kicap pekat. Kicap agak-agak sahaja jumlahnya jangan terlampau banyak. Takut nanti jadi masak kicap.
11.Masak sehingga pekat. Kalau nak berkuah, masak sekejap sahaja.
12.Ayam Masak Palembang siap dimasak dan boleh dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Rosni Musa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Set Mudah Nasi Ganja, Ayam Goreng Berempah & Kari Ala Mamak Cukup Sedap
Satu ketika dahulu nasi ganja ni cukup popular. Disebabkan masakan nasi ini tak sepopular dahulu jadi min nak menu kembali jadi hit. Asalnya dipanggil nasi ganja kerana orang yang pernah makan boleh ketagih dengan kesedapan masakannya.
NASI GANJA
BAHAN-BAHAN NASI:
- 3 pot beras
- 8 biji bawang merah (ditumbuk)
- 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 2 inci halia (ditumbuk)
- Rempah 4 sekawan
- Rempah sup
- Pewarna kuning telur
- 2 senduk sos cili
CARA MEMASAK:
1. Tumiskan bahan-bahan yang sudah di tumbuk dengan rempah 4 sekawan sehingga naik bau.
2. Selepas itu masukkan rempah sup tunggu sehingga garing dan pecah minyak. Masukkan air 4 1/2 pot.
4. Beras 3 pot yang dicuci dan ditos.
5. Sepas air mendidih baru masukkan beras.
6. Masukkan cili sos dalam 2 senduk.
7. Masukkan pewarna kuning telur dalam 5-6 titik sehingga dapat warna kuning macam dalam gambar. Kemudian alihkan ke rice cooker dan masak seperti biasa.
8. Siap dan sedia dihidangkan.
AYAM GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- Ayam
- 2 batang serai (dikisar)
- 1inci halia (dikisar)
- 4 biji bawang putih (dikisar)
- 8 biji bawang merah (dikisar)
- 8 sudu kari ayam
- 1 sudu makan jintan manis
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- Daun kari
CARA MEMASAK:
1. Cuci ayam bersih dan ditoskan.
2. Satukan bahan yang dikisar dengan bahan perap yang lain. Salut hingga sebati.
3. Perap sekurang-kurangnya 30minit. Lebih lama lagi sekejap.
4. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Kawal api anda, mula dengan api yang besar jika sudah nampak permukaan sudah hendak garing boleh sederhanakan api. Kemudian perlahankan api supaya ayam masak sempurna dan rempah tidak hangus.
5. Ayam yang siap digoreng garing.
KARI ALA MAMAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 ketul kiub ayam
- Asam jawa
- 6 biji bawang merah (tumbuk halus)
- 3 biji bawang putih (tumbuk halus)
- 1 inci halia (tumbuk halus)
- 2 peket kecil kari ayam
- 1 paket kari ikan
- 1 sudu serbuk cili
CARA MEMASAK:
1. Bancuh serbuk cili, kari ikan & ayam dengan sedikit air.
2. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk
3. Masukkan rempah, tunggu sehingga rempah masak dan pecah minyak baru masukkan air asam jawa.
4. Masukkan air lebih kurang 3 mangkuk.
5. Tunggu sehingga kuah betul-betul pekat. Kari mamak yang sedap ialah kari yang pekat. Perlu mendidih berkali-kali dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
INFO: Rebus telur masin dan sayur bendi melengkapkan hidangan. Boleh juga tambah dengan lauk lain contoh acar timun.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Dila Noordin
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA VIDEO MASAKAN INI :
JOM SALIN RESIPI INI :
Resipi Daging Masak Kandar Penang. Sedap & Memang Kena Cuba.
Koleksi 13 Menu Pengantin Yang Sedap & Boleh Buat Sendiri.
Terdesak tak ada orang nak masak masakan untuk pengantin, jangan risau ini RASA kongsikan sembilan menu super senang dan sedap. Menu hari-hari tetamu diinovasikan sebagai makanan pengantin, teliur dibuatnya sebab tu, korang semua kena cuba buat. Bab hiasan ikut kreativiti. Sesuai sangat musin orang kahwin sekarang ni.
SIAKAP LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap | siang dan bersihkan
- 1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
- 1 biji bawang besar | hiris bulat
- 3 ulas bawang putih| mayang halus
- 2cm halia | mayang halus
- 1 sudu makan puri tomato
- 1/2 sudu makan kicap pekat
- 3 sudu makan kicap manis
- Garam secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng hingga garing. Ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan hirisan halia, bawang putih, bawang besar hingga wangi.
- Kemudian masukkan puri tomato, kicap pekat dan kicap manis.
- Seterusnya perasakan dengan sedikit garam dan kacau rata.
- Setelah cukup rasa, tutup api, kemudian tuangkan sos lada hitam ke atas ikan goreng tadi.
- Ikan sedia dihidangkan.
SIAKAP MADU TIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap | siang dan besihkan
- 1 biji tomato | dadu kecil
- 1 keping nanas dalam tin | dadu kecil
- 1/4 batang timun | potong dadu
- 1/4 lobak merah | potong dadu
- 1 sudu makan sos cili
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
Bahan Kisar:
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 2 biji cili merah
- 5 tangkai cili padi
- 1 batang serai
- 1 sudu makan jus limau nipis
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Panaskan minyak (pastikan minyak banyak dan betul-betul panas), goreng ikan hingga garing. Ketepikan dalam pinggan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumis bahan kisar hingga wangi dan timbul minyak.
- Masukkan bahan sayur-sayuran yang telah dipotong dadu tadi. Kacau rata lebih kurang tiga minit.
- Masukkan sos cili dan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali, tuangkan sos atas ikan goreng tadi dan hidangkan.
AYAM GOLEK THAI SOS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam Golek:
- 1 ekor ayam | bersih dan tos
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- Garam secukupnya
- Minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Sos Thai::
- 4 ulas bawang putih | cincang
- 4 biji cili merah | kisar kasar
- 3 sudu makan sos cili
- 2 sudu makan cuka
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit daun ketimbar | hiris
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam dengan semua bahan perapan dan garam. Perapkan 30 minit.
- Panaskan minyak, goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
- Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali lain, tumiskan bawang putih hingga wangi.
- Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau hingga pecah minyak
- Seterusnya masukkan sos cili, cuka dan hirisan daun ketumbar.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Tutup api, tuangkan sos ke atas ayam dan hidangkan.
NASI BRIYANI
BAHAN-BAHAN;
- 1kg beras basmati pusa | rendam 30 minit
- 10gm rempah briyani
- 2 helai daun pandan | simpul
- 1 batang serai | titik
- 2 biji bawang besar | kisar
- 2 ulas bawang putih | kisar
- 3cm halia | kisar
- 1 cawan susu cair
- 1 liter air
- 1 kiub pati ayam
- Sedikit biji gajus
- Sedikit kismis
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak sapi
- 2 sudu makan minyak masak
Rempah Penumis:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 ulas buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk.
- Goreng biji gajus dan kismis. Ketepikan.
- Tumiskan bahan kisar, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun pandan hingga wangi.
- Baru masukkan rempah briayani. Kacau hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan beras dan gaul rata. Kemudian masukkan air, susu cair, garam dan pati ayam.
- Tuangkan dalam periuk nasi elektrik dan biarkan nasi sehingga separuh masak.
- Kemudian masukkan buah gajus dan kismis yang telah digoreng tadi, gaul rata.
- Tutup semula periuk nasi dan biarkan nasi masak lebih kurang lima minit lagi.
- Setelah masak, hidangkan bersama lauk pauk.
AYAM PERCIK
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam:
- 1 ekor ayam | bersihkan
- Garam secukupnya
- Sedikit serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 sudu teh lada sulah
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Sos Percik:
- 1 liter santan pekat
- 4 biji bawang besar | kisar
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 4cm halia | kisar
- 3cm lengkuas | kisar
- 3cm kunyit hidup | kisar
- 3 biji cili merah | kisar
- 3 batang serai | kisar
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan ayam golek, gaulkan ayam dengan bahan perapan.
- Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 15 minit. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali (minyak mesti banyak dan panas).
- Goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan letakkan di atas pinggan hidangan.
- Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak.
- Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
- Masukkan pula santan, garam dan gula secukupnya.
- Apabila kuah mula pekat, kecilkan api. Biar kuah mereneh hingga timbul minyak.
- Akhir sekali, tutup api dan tuangkan kuah di atas ayam sebelum dihidangkan.
AYAM GOLEK SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
Bahan Ayam:
- 1 ekor ayam | bersih dan tos
- Garam secukupnya
- Sedikit serbuk kunyit
Bahan Sambal:
- 3 biji bawang besar | kisar
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 6cm halia | kisar
- 2 batang serai | kisar
- 3 sudu makan pes cili kering
- 100ml susu cair
- 1 sudu makan air asam jawa
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
Rempah penumis:
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan ayam golek. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.
- Panaskan pengukus, kukus ayam lebih kurang 15 minit, angkat dan toskan.
- Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan panas), goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan siapkan dalam pinggan hidangan.
- Untuk menyediakan sambal.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili. Kacau rata.
- Selepas beberapa minit, masukkan air asam jawa, susu cair, garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api, biarkan kuah sambal mereneh seketika dan timbul minyak.
- Tutup api, dan tuangkan sambal di atas ayam golek yang telah digoreng tadi.
UDANG SOS OREN
BAHAN-BAHAN:
Bahan Udang Goreng:
- 500gm udang saiz XL | bersih dan toskan
- 100 gm tepung jagung
- 2 biji telur | kacau sebati
- Secubit garam
- Minyak untuk menggoreng
Bahan Sos:
- 1 ulas bawang putih | cincang
- 1 sudu makan pati oren
- 1/2 sudu makan gula
- Garam secukup rasa
- ½ sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan betul-betul panas).
- Celupkan udang dalam telur yang telah dikacau dengan sedikit garam.
- Kemudian golekkan udang dalam tepung jagung dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Untuk menyediakan sos, gunakan kuali lain.
- Panaskan mentega, tumis bawang putih hingga keperangan.
- Masukkan pati oren, gula dan sedikit garam.
- Kacau seketika atas api sederhana.
- Apabila cukup rasa, angkat dan hidangkan sos bersama udang yang telah digoreng tadi.
SOTONG SUMBAT SRI ASTANA
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor sotong basah | bersihkan dan buang kulit luar.
- 150ml pati santan
- 1 helai daun pandan
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan Sumbat;
- 2 biji tauhu | hancurkan
- 1 pokok daun bawang | hiris
- 1 biji bawang besar | cincang
- 1 tangkai cili merah | cincang
- 1 biji telur
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan bahan sumbat. Masukkan tauhu dalam mangkuk bersama hirisan daun bawang, bawang dan cili.
- Seterusnya masukkan telur dan secubit garam. Kacau sebati.
- Setelah sebati dan cukup rasa, sumbatkan dalam sotong.
- Kemudian kemaskan hujung sotong dengan lidi. Lakukan hingga habis. Ketepikan.
- Masukkan santan dalam periuk bersama daun pandan.
- Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
- Masak atas api sederhana, apabila mendidih masukkan sotong.
- Biarkan kuah mereneh dan kacau sekali sekala.
- Apabila kuah pekat dan melekat pada sotong angkat dan hidangkan.
BAWAL KICAP SRI PENGANTIN
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan bawal | bersih, kelar dan tos
- 1 biji bawang besar | hiris bulat
- 3 ulas bawang putih | hiris
- 4 cm halia | hiris
- 1 batang serai | titik
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan kicap manis
- ½ sudu makan kicap pekat
- Garam dan perasa secukupnya secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi, masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak. Masukkan kicap pekat manis, kicap pekat, kemudian perasakan dengan sedikit garam (jika perlu kerana kicap sudah masin).
- Setelah secukup rasa, tuangkan sos kicap di atas ikan.
- Sebelum dihidangkan hias atasnya dengan hirisan daun bawang dan cili.
UDANG PANJAT
BAHAN-BAHAN:
- 15 ekor udang saiz besar | bersihkan
- 1 biji nanas madu
- 200gm tepung jagung
- 3 biji telur ayam
- 1 sudu teh lada sulah
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
- Lidi satay | untuk cucuk udang
CARA MEMASAK:
- Cucuk udang dengan lidi satay hingga habis.
- Pecahkan telur dalam mangkuk, kemudian kacau dengan sedikit garam dan lada sulah.
- Panaskan minyak (pastikan minyak banyak dan betul-betul panas).
- Celupkan udang dalam telur dan golekkan di dalam tepung jagung.
- Kemudian segera goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Untuk menghias, potong dua nanas, ambil bahagian atas ( bahagian yang berpucuk).
- Letakkan dalam pinggan, kemudian cucukkan udang di sekeliling nanas seakan udang panjat.
- Udang sedia dihidangkan dengan sos pilihan.
SOTONG PANJAT
BAHAN-BAHAN:
- 6 ekor sotong basah saiz besar | bersihkan
- 250 gm tepung jagung
- 3 biji telur ayam
- 10 biji telur burung puyuh
- 10 biji tomato ceri warna merah
- 10 biji tomato ceri warna kuning
- 1 biji nanas madu
- 1 sudu teh lada sulah
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
- Lidi satay | untuk cucuk sotong
CARA MEMASAK:
- Cucukkan sotong pada lidi satay. Lakukan hingga habis.
- Pukul telur dalam mangkuk bersama sedikit garam dan lada sulah.
- Sementara itu panaskan minyak.
- Seterusnya, celup sotong dalam bancuhan telur, kemudian golekkannya di atas tepung jagung dan segera goreng dalam minyak panas.
- Setelah garing angkat dan toskan minyak.
- Sambil itu, cucukkan tomato ceri warna merah, diikuti telur puyuh dan diakhiri dengan tomato ceri warna kuning.
- Potong nanas, ambil bahagian atas (bahagian pucuk). Kemudian cucukkan lidi sotong dengan tomato mengelilingi nanas secara berselang seli dengan lidi buah tomato.
- Setelah siap bolehlah dihidangkan bersama sos cili di meja makan beradab pengantin.
NASI PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg beras basmathi pusa | rendam sekurang-kurangnya setengah jam
- 3 helai daun pandan | simpul
- 150ml air pandan
- 60 ml susu cair
- 1 liter air
- 1 batang serai | titik
- 3 biji bawang besar | kisar
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 3cm halia muda | kisar
- Sedikit pewarna hijau
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan minyak sapi
- 2 sudu makan minyak masak
Bahan Rempah Penumis:
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga.
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk, tumiskan bahan kisar bersama daun pandan, serai dan rempah penumis hingga wangi.
- Masukkan beras, gaul rata kemudian masukkan air, susu cair, air daun pandan, pewarna hijau dan perasakan dengan garam.
- Setelah cukup rasa, pindahkan dalam periuk nasi elektrik dan masak lebih kurang 20-30 minit.
- Setelah masak, hidangkan bersama lauk pauk yang telah disediakan.
BAWAL SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan bawal siang dan bersihkan
- 3 sudu makan pes cili kering
- 1 biji bawang besar | kisar
- 4 ulas bawang putih | kisar
- 3cm halia | kisar
- 1 batang serai | kisar
- 100 gm sos tomato
- 100 gm sos cili
- 1/2 cawan susu cair
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ikan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ikan hingga garing. Ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan susu cair, sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api, terus kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
- Tutup api, tuangkan sos sambal di atas ikan goreng.
- Hidangkan panas-panas.