Buat Bebola Bergedil Ayam Pasti Jadi Rebutan Anak-Anak

Share

Kadang buntu juga memikirkan menu sarapan apa yang mengenyangkan. Sarapan ini pasti disukai oleh anak-anak juga. Boleh buat bebola bergedil ayam ni. Kombinasi ayam di dalam kentang boleh kenyang hingga tengah hari. Tambah daun bawang untuk memberi aroma rasa pada menu ini. 

BEBOLA BERGEDEL AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 6-7 biji kentang – dipotong dadu
  • Isi ayam – dikisar
  • Serbuk lada sulah
  • Garam
  • Lada merah –dihiris
  • Bawang merah – dihiris
  • Daun sup – dihiris
  • 3 biji telur
  • Bawang goreng

CARA MEMBUAT:

  1. Goreng kentang yang dah dipotong dadu, kemudian lenyekkan dalam mangkuk.
  2. Masukkan sedikit garam, lada sulah, isi ayam, hirisan daun sup, lada merah, bawang merah, sebiji telur dan bawang goreng. Gaul rata semua bahan.
  3. Kemudian gentel bulat-bulat macam meatball.

4.Simpan sebentar dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk (1/2jam) sebelum digoreng.

5.Lepas itu, pukul 2 biji telur dalam mangkuk, panaskan minyak, celupkan bergedil tadi dan boleh mula menggoreng. Siap untuk dihidangkan bersama soto, lada kicap atau dimakan begitu saja.

Kredit: Har Ryea

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Putri