
Buat kudapan enak untuk anak-anak, bebola kek coklat cheese yang mudah. Hanya guna 3 bahan mudah je.
Menerusi perkongsian resipi oleh Iedaa Jahaya ini, hanya gaulkan bersama tanpa menggunakan mixer.
BEBOLA KEK COKLAT CHEESE

BAHAN-BAHAN:
1 peket biskut marie (perisa coklat atau asli, mana-mana pun boleh, kisar halus, gaul bersama)
250g cheese tatura
Gula icing (optional – Kalau nak lebih sikit manis, boleh tambah gula icing, kalau tak nak manis tak perlu letak) – beli online di sini
Coklat masakan
TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live
TONTON Mango Baked Cheesecake | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Kisar halus biskut marie. Kemudian, gaulkan dengan cheese tatura sehingga sebati.

2. Bulat-bulatkan seperti dalam gambar.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Cairkan coklat masakan secara double boiler.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

4. Golek bebola adunan dalam coklat cair. Kalau nak tabur badam pun boleh. Sejukkan.

Kredit resipi: Iedaa Jahaya
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Rempah Kambing Perap Yang Sedap, Mudah & Jimat

Kambing perap ni kalau beli yang sudah ‘readymade’ memang agak mahal. Tak puas makan. Kalau nak nikmati untuk satu keluarga, lebih baik anda perap sendiri guna resipi perkongsian saudari Farmiza Masur ni. Sangat simple dan tak guna banyak bahan. Sangat berbaloi untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT REMPAH KAMBING PERAP YANG SEDAP
BAHAN PERAPAN KAMBING:
- 2 kg kepingan kambing
- 1 paket sos lada hitam
- 1 labu bawang putih – kupas

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan kambing dan toskan bagi membuang lebihan air.

2. Ambil bawang putih. Separuh dipotong dadu dan separuh lagi dikisar bersama sos lada hitam.
3. Ambil kepingan daging kambing tadi dan celupkan ke dalam sos hingga rata.
4. Letak daging kambing ke dalam bekas dan perap sebaiknya 2 hari supaya rasa perapan benar-benar menyerap pada isi kambing.

5. Untuk menikmatinya, panggang daging kambing hingga masak. Nikmatinya bersama Kentang Putar dan sos lada hitam.

BAHAN SOS LADA HITAM SEDAP
- 1 tin sos carbonara berkrim
- 2 biji ubi kentang rebus – hancurkan
- Susu full cream/ susu segar/low fat milk – sukatan 1 tin sos carbonara
- 3/4 sudu makan lada hitam – kisar halus
- 3 ulas bawang putih – dadu
- 2 sudu makan mentega
- Kicap manis secukupnya
- Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega dan tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan sos carbonara, susu dan kentang yang dilenyek tadi. Kacau sentiasa supaya tidak hangus.
3. Masukkan serbuk lada hitam dan kicap. Sukatan kicap agak-agak hingga dapat warna yang dikehendaki. Tambahkan juga garam secukup rasa.
4. Kepekatan sos juga ikut cita rasa masing-masing. Boleh tambah air atau susu hingga dapat tekstur yang disukai.
5. Sos siap dimasak dan sedia dinikmati bersama kambing panggang dan kentang putar.

Kredit resipi & foto: Farmiza Masur
Suka maka BBQ tapi belum ada PEMANGGANG ELEKTRIK? Nah..Pilih je DISINI. RASA sediakan seleksi barangan terbaik yang boleh dimiliki pada harga mampu milik. Memang berbaloi.
Nak lebih banyak resipi best guna Pemanggang Elektrik? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Kek Oren Klasik Yang Lembut Dan Gebu, Tiada Oven Boleh Bakar Guna Air Fryer

Kek Oren Klasik antara kek yang cukup diminati ramai. Parutan kulit limau menjadikan kek harum semerbak. Tekstur kek yang lembut dan gebu pula menjadikak Kek Oren Klasik begitu sedap dimakan. Nak-nak kalau dihidangkan panas ketika baru dikeluarkan dari oven, memang terbaiklah. Kalau anda tiada oven, tiada masalah. Kek Oren Klasik ini boleh dibakar menggunakan air fryer. Ini resipi Kek Oren Klasik yang dikongsikan oleh Zalekha Zabidi
RESIPI KEK OREN KLASIK

BAHAN-BAHAN:
11/4 cawan tepung naik sendiri – BELI ONLINE
1/2 cawan gula kastor – BELI ONLINE
1/2 cawan marjerin – BELI ONLINE
2 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla – BELI ONLINE
2 sudu besar pati oren sunquick
Parutan kulit oren
CARA MEMBUAT:
1. Pukul marjerin dan gula hingga kembang. Masukan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga sebati.
2. Masuklan pula esen vanilla, pati oren serta parutan kulit oren, kacau rata.
3. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Balik-balikkan sampai sebati.
4. Masukkan dalam acuan yang telah disapukan dengan marjerin dan tepung.
5. Masukkan dalam air fryer. Bakar sampai masak Kek Oren klasik. Suhu 160C selama 30 minit. Angkat, siap untuk dihidangkan.



Sumber kredit: Zalekha Zabidi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Bebola Kek Coklat Cheese Puas Hati Makan, Mewah Dengan Rasa Coklat
Sedapnya Makan Punten Dengan Sambal Bilis, Sekali Pekena Terus Tak Boleh Lupa
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
5 Biji-bijian Super Sihat Ni , Harus Anda Jadikan Snek Ringan . Usah Makan ‘Jajan’ Lagi…

Biji-bijian yang asalnya adalah dari biji benih mempunyai segala khasiat mencukupi untuk ia tumbuh membesar menjadi tumbuh-tumbuhan. Jadi bila dijadikan makanan dan snek ringan memang penuh nutrisi.
Eloknya dipanggang atau disangai aje, jangan pula ditambah gula. Buat sendiri lagi terbaik, beli biji-bijian mentah buat sendiri, Dah tentu tak ada perasa, gula atau garam berlebihan. Barulah kekal khasiatnya.

Snek ringan ini memang kaya dengan sumber serat. Ia juga mengandungi asid lemak tak tepu iaitu asid lemak sihat monounsaturated dan lemak polyunsaturated serta banyak kandungan vitamin, mineral dan anti oksidan.
Ia boleh menjadi sebahagian amalan diet sihat terbaik yang dipercayai boleh mengurangkan paras gula darah, kolestrol dan tekanan darah.
Jom semak 6 biji-bijian super sihat nih :
*RDI merujuk kepada pengambilan nutrisi mencukupi untuk keperluan tubuh sihat, Amerika Syarikat)
1. FLAXSEEDS ( Biji flaks )

Flaxseeds adalah sumber serat dan asid lemak omega 3 yang baik terutamanya asid alpha linolenic (ALA). Bagaimanapun asid lemak omega 3 ini hadir dalam kulit luar biji yang sukar dihadam oleh manusia. Cara terbaik eloknya dimakan flaxseed yang sudah dikisar (serbuk).
Setiap 28m flaxseeds mengandungi nutrisi :
Kalori : 152
Fiber : 7.8gm
Protein :5.2gm
Lemak Monounsaturated (tak tepu) : 2.1gm
Lemak Omega 3 : 6.5gm
Manganese : 35 % daripada RDI (Reference Daily Intake )
Thiamin (vitamin B1) : 31% daripada RDI
Magnesium : 28 % daripada RDI
Flaxseeds juga mengandungi beberapa polyphenols berbeza terutamanya lignan yang bertindak sebagai anti oksidan di dalam tubuh.
Lignan seperti juga serat dan lemak omega 3 kesemuanya membantu mengurangkan kolestrol dan beberapa faktor risiko penyakit jantung. Kajian mendapati flaxseeds boleh menurunkan paras kolestrol LDL (jahat) dalam badan.
Terdapat kajian yang menunjukkan ia boleh menurunkan tekanan darah jika dimakan setiap hari selama lebih dari 12 minggu. Khasiat lain ia juga dipercyai boleh mengurangkan risiko kanser.
Lignan di dalam flakseeds juga mengandungi phytoestrogens yang mempunyai persamaan dengan hormon estrogen wanita jadi ia boleh mengurangkan pertumbuhan tumor kanser payu dara. Juga ia diyakini dapat mengurangkan paras gula darah dan mengurangkan risiko diabetis.
2. BIJI CHIA

Pernah dengar biji chia. Anda boleh juga memasukkan dalam minuman. Kaya dengan serat dan omega 3 di samping nutrisi lain.
Setiap 28gm biji chia mengandungi nutrisi :
Kalori : 137
Fiber/serat : 10.6gm
Monounsaturated Fat (lemak tak tepu) : 0.6gm
Lemak omega 3 : 4.9gm
Lemak omega 6 : 1.6gm
Thiamine (vitamin B1) : 15% daripada RDI
Magnesium : 30 % daripada RDI
Manganese : 30 % daripada RDI
Seperti flaxseeds ia juga dikatakan mengandungi antioksidan penting polyphenols. Menariknya terdapat kajian yang menyatakan biji chia boleh meningkatkan paras ALA iaitu asid lemak omega 3 yang boleh menurunkan keradangan.
Biji Chia juga dipercayai dapat menurunkan paras gula darah. Biji chia yang sudah dikisar menjadi serbuk boleh dimakan sebaik selepas makan untuk menurunkan gula darah dengan lebih efektif.
Manfaat lain adalah ia boleh mengurangkan selera makan , baik untuk mereka yang berdiet. Dan boleh mengurangkan penyakit jantung.
Lebih mengagumkan biji chia boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan keradangan akibat bahan kimia yang diambil oleh tubuh.
3. BIJI BIJAN

Di negara barat dan Timur Tengah bijan dikenali sebagai tahini.
Setiap 28gm bijan mengandungi nutrisi :
Kalori : 160
Fiber/ serat : 3.3 gm
Protein : 5gm
Lemak Monounsaturated (lemak tak tepu) : 5.3gm
Omega 6 : 6gm
‘Copper’ : 57% daripada RDI
Manganese : 34% daripada RDI
Magnesium : 25 % daripada RDI
Seperti flaxseeds ia juga mengandungi banyak lignans, dan salah satunya disebut sesamin. Sebenarnya bijan adalah sumber terbaik lignans.
Sesamin dalam bijan boleh bertukar menjadi sejenis lignan yang lain iaitu enterolactone oleh bakteria baik dalam usus. Ia bertindak seperti hormon seks estrogen yang berkait boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser payu dara.
Ada kajian yang menyatakan wanita pos-menopos yang memakan 50gm serbuk bijan setiap hari selama lima minggu dikatakan mengalami kadar penurunan kolestrol dalam darah dan meningkatkan status hormon seks.
Bijan juga dipercayai menurunkan keradangan dan ketegangan oksidatif termasuk arthritis dan kerosakan otot.
4. BIJI LABU

Biji labu rasanya lemak manis memang jadi kegemaran. Tapi bukan yang putih tu ya, yang masin betul tu. Tu dah diproses
Ia sumber yang kaya dengan fosforus, lemak monounsaturated dan Omega 6.
Setiap 28gm biji labu mengandungi nutrisi :
Kalori : 151
Fiber : 1.7gm
Protein : 7gm
Lemak monounsaturated (lemak tak tepu) : 4gm
Lemak Omega 6 : 6gm
Manganese : 42% daripada RDI
Magnesium : 37% daripada RDI
Fosforus : 33% daripada RDI
Biji labu adalah sumber yang baik mengandungi phytosterols yang boleh membantu menurunkan kolestrol darah.
Dikatakan mereka yang mengambil biji labu dan biji bunga matahari menunjukkan pengurangan risiko kanser payu dara. Dan juga mengurangkan risiko batu karang dengan menurunkan jumlah kalsium dalam air kencing.
Kajian menunjukkan minyak biji labu boleh membantu memperbaiki simpton gangguan prostat dan pundi kencing. Di kalangan wanita post menopos pula baju labu juga dikatakan boleh membantu mengurangkan tekanan darah, meningkatkan HDL kolestrol (baik) dan mengatasi masalah simpon menopos.
5. BIJI BUNGA MATAHARI

Biji bunga matahari mengandungi jumlah protein, lemak mounounsaturated, dan Vitamin E.
Setiap 28gm biji bunga matahari mengandungi nutrisi :
Kalori : 164
Fiber/serat : 2.4gm
Protein : 5.8gm
Lemak monounsaturared (lemak tak tepu) : 5.2gm
Lemak Omega 6 : 6.4gm
Vitamin E : 47% daripada RDI
Manganese : 27% daripada RDI
Magnesium : 23% daripada RDI
Biji bunga matahari sering dikaitkan dengan penurunan keradangan di kalangan orang pertengahan usia dan warga emas. Bijian ini dikatakan boleh menurunkan risiko penyakit jantung.
Terdapat kajian yang mendapati memakan biji labu boleh mempengaruhi parass kolestrol darah di kalangan wanita post menopos yang mengalami diabetes tahap 2.
Didapati diet biji bunga matahari mengurangkan triglycerides di dalam darah lebih dari memakan badam. Bagaimana pun, biji bunga matahari juga turun menurunkan paras HDL kolestrol (baik), bermakna ia mengurang kan kedua-dua kolestrol baik dan jahat.

Kesemua biji-bijian ini juga boleh ditambah ke dalam salad, yogurt, sajian oat dan ‘smoothies’ selain dijadikan snek ringan.

