
Cara mudah, sedap, dan jimat masa untuk menghasilkan kek brownies yang sedap seperti masakan orang profesional. Tidak perlu bahan yang banyak hanya guna 3 bahan sahaja, kek idaman seisi keluarga dan boleh di mnikmati. Cubalah!
Resipi Nutella Brownies


BAHAN-BAHAN:
- 3 Bahan Saje
- 1 1/4 cawan Nutella
- 2 Biji Telur
- 1/2 cawan tepung serbaguna(All purpose flour)
CARA MEMASAK:
- Satukan semua 3 bahan ini dalam mangkuk dan kacau sehingga rata
- Bakar selama 15 minit pd suhu 350’F
Selamat mencuba
https://www.facebook.com/216902795543418/videos/251386985428332/
Kongsi resipi: Taste
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Menu Dari Tembikai Susu Dahlah Sedap, Boleh Jadi Sihat & Cantik Pulak Tu…

Tembikai susu oh tembikai susu. Kalau dipotong dan dikeluarkan dari peti sejuk memang syok dan segar dimakan. Lebih-lebih lagi di hari panas terik, perrggh.


Tembikai susu ni ada 2 jenis ada yang warnanya kuning pucat/ hijau muda dan ada pula warna kuning. Bahasa Inggerisnya disebut sebagai honeydew melon atau honey melon .Buahnya berat dan banyak kandungan airrnya. Dan baunya memang harum dan punya lah manis bila masak ranum.
Selain daripada rasanya yang sedap, tembikai susu ni juga mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan. Tapi paling mengujakan ada khasiat mencantiikkan kulit.
1. Kulit Sihat Dan Cantik

Tembikai susu kaya dengan Vitamin A, B Komplek dan C menjadikan ia makanan paling sesuai untuk menjaga kesihatan kulit dan saraf. Kalau makan hari-hari boleh menyebabkan kulit bersih, lembab dan bermaya. Eh, memang nampak cantiklah.
2. Mencegah Barah
Tembikai susu mengandungi carotenoid, salah satu daripada zat-zat makanan yang boleh mencegah barah. Makan tembikai susu dapat memberi perlindungan daripada barah tujuh kali lebih baik daripada pemakanan yang yang mengandungi kandungan karotena yang rendah.
3. Menurunkan berat badan
Bagi mereka yang berhasrat untuk menurunkan berat badan, tembikai susu adalah antara makanan yang sesuai diamalkan pada setiap hari kerana ia mempunyai kandungan air dan serat yang tinggi manakala kalorinya rendah.
4. Mengawal tekanan darah

Tembikai susu adalah sangat berkesan untuk menangani masalah darah tinggi kerana tembikai susu mengandungi potassium. Pottasium mampu mengawal serta mengekalkan paras darah yang sihat dalam tubuh.
5. Merawat Hepatitis Dan Ketumbuhan
Tembikai susu adalah antara ramuan popular dalam dunia perubatan Cina untuk merawat penyakit hepatitis. Di Filipina pula ianya digunakan sebagai ramuan utama untuk merawat mereka yang menghadapi masalah pengaliran darah haid tidak teratur manakala di India ianya digunakan untuk mengubati kebengkakan dan ketumbuhan.
Nah, ni bonus 2 resipi berasaskan tembikai susu.
AISKRIM TEMBIKAI SUSU

BAHAN-BAHAN :
- 500gm tembikai susu
- ±100gm gula kastor (bergantung pada kemanisan buah)
- 1 biji putih telur
- 200ml krim putar
- Pewarna hijau * ikut citarasa warna kesukaan
CARA MEMASAK:
1. Potong kecil tembikai susu dan bekukan di dalam peti ais semalaman.
2. Sesudah dibekukan, kisar tembikai susu beku tadi dengan cara memasukkannya ke dalam pengisar sedikit demi sedikit.
3. Selepas itu masukkan putih telur dan kisar lagi.
4. Kemudian masukkan pula krim putar, sambung kisar. Pastikan semua bahan dikisar sebati.
5. Selepas dikisar, adunan dimasukkan ke dalam bekas untuk disejukkan. Jika suka, bolehlah dimasukkan pewarna dan digaul rata.
6. Masukkan bekas tadi ke dalam peti ais untuk dibekukan sepenuhnya.
7. Sedia dihidang.
*jika nak diletakkan pewarna, pilih warna hijau epal atau kuning.
Kredit resipi dan foto : FB Malaysia Viral Story
HONEYDEW PUDDING

(Dapat 4 biji seperti dalam gambar)
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan air
- 1 sudu kecil serbuk agar-agar
- 5 susu makan serbuk perisa tembikai susu *ada dijual di kedai bakeri
- 1 ½ sudu makan krimer *Coffemate
CARA MEMASAK :
1. Masukkan air, serbuk perisa tembikai susu, krimmer dan serbuk agar-agar dalam periuk.
2. Kacau hingga krimmer dan serbuk tembikai susu larut.
3. Kemudian nyalakan api, masukkan gula dan masak hingga mendidih
4. Tuang dalam bekas yang sesuai dan biar selama 2-3 jam sehingga pudding keras.
5. Bila sejuk sedikit boleh lah dimasukkan dalam peti ais.
6. Sedia untuk dinikmati
Kredit foto dan resipi : ilhamdapur.blogspot.com
5 Jenis Nasi Goreng Paling Sedap, Pilihan Menu Makan Malam Sempoi.

Orang Malaysia memang sinonim dengan Nasi Goreng, sebab itulah pelbagai menu nasi goreng yang sedap dan sesuai dengan selera tempatan tercipta. Sangat mudah disediakan dan sedap, campak-campak dan goreng, kurang dari lima minat siap. Tak percaya cuba lima menu nasi goreng yang boleh anda semua cuba.

.NASI GORENG IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 2 mangkuk nasi
- 100gm sudu ikan bilis halus
- 3 ulas bawang merah | cincang halus
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 2 biji cili padi | hiris halus
- 1/2 batang lobak merah | dadu halus
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan perencah Nasi Goreng Kampung
- Garam secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN SAMPINGAN:
- Keropok Nasi
- Ikan bilis goreng
- Telur dadar
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian tumiskan pula bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
- Masukkan sos tiram, perencah nasi goreng , kacau rata.
- Seterusnya masukkan nasi gaul rata kemudian perasakan dengan garam secukup rasa.
- Setelah cukup rasa taburkan ikan bilis goreng, gaul rata dan tutuk api.
- Hidangkan nasi goreng dengan telur dadar dan ikan bilis goreng.

.NASI GORENG TAUHU DENGAN KACANG BUNCIS
- BAHAN-BAHAN:
- 3 mangkuk nasi
- 100gm kacang buncis
- 2 ketul tauhu | goreng sedikit
- 4 ulas bawang merah | hiris nipis
- 3 sudu makan udang kering | tumbuk kasar
- 3 biji telur
- 1 batang lobak merah | hiris
- 1 sudu teh serbuk lada putih
- Garam secukupnya
- Minyak masak secukupnya
UNTUK HIASAN:
- Sedikit daun bawang
- Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah yang telah dihiris dan tauhu yang telah dipotong dadu kecil. Masak hingga bawang naik bau, kemudian masuk udang kering, lobak merah dan kacang buncis.
3. Setelah itu masukkan telur, kacau jangan terlalu masak telur itu. Kacau sekata.
4. Masukkan nasi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sedia dinikmati.

NASI GORENG KOBOI
BAHAN-BAHAN:
- 3 mangkuk nasi putih
- 5 biji telur
- 1 sudu teh serbuk lada putih
- 2 sudu makan udang kering
- 2 biji bawang merah
- 1 sudu teh serbuk ikan bilis
- Sedikit garam
- Sedikit bawang goreng
- Sedikit daun bawang
- Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Pecahkan telur, asingkan putih dengan kuning telur. Ketepikan.
- Panaskan minyak, masukkan bawang merah yang telah dihiris halus.
- Masukkan udang kering, gaul sehingga nampak kekuningan dan masukkan kuning telur. Gaul sedikit.
- Masukkan nasi, daun bawang, serbuk lada putih dan serbuk ikan bilis, gaul sehingga rata dan matikan api.
- Hidangkan bersama sambal belacan, telur dadar, hirisan timun dan daun salad. Sedia dinikmati.

.NASI GORENG INDONESIA
BAHAN-BAHAN:
- 3 mangkuk nasi putih
- 4 biji telur
- 2 biji cili merah
- 4 biji cili padi
- 4 batang kacang buncis | potong kecil
- 300gm isi dada ayam
- 1 tangkai daun bawang | potong kecil
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 1 sudu makan kicap lemak manis
- 1 inci belacan
- 1 sudu teh stok ayam
- ½ sudu makan udang kering
- 1 sudu makan bawang goreng
- Garam secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar isi dada ayam, cili padi, cili merah,bawang putih, udang kering dan belacan.
- Ketepikan. panaskan kuali, masuk kan bahan yg di kisar tadi, hingga naik bau.
- Masukkan kacang buncis dan nasi tadi, gaul rata, kemudian masukkan stok ayam, garam dan kicap lemak manis. Gaul sekata.
- Matikan api dan masukkan hirisan daun bawang bersama bawang goreng.
- Siap untuk dihidangkan bersama telur mata, sambal belacan dan sedikit hirisan timun.

.NASI GORENG KAMBING
BAHAN-BAHAN:
- 2 mangkuk nasi
- 4 batang kacang panjang | hiris halus
- 5 biji cili padi merah | hiris halus
- 1/2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan pes cili
- 1 sudu makan kicap pekat
- 2 ulas bawang putih | ketuk
- 1/2 biji bawang besar | potong dadu kecil
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya untuk menumis
BAHAN PERAPAN KAMBING:
- 150gm daging kambing | potong dadu kecil
- 2cm halia | kisar halus
- 2 ulas bawang putih | kisar halus
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh kicap pekat
- 1 sudu teh air asam Jawa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Mula sediakan bahan perapan daging kambing, campurkan semua bahan perapan dengan daging kambing. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 10-15 minit.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging hingga kering airnya, angkat dan ketepikan.
- Seterusnya, sediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
- Masukkan pes cili, hirisan cili dan kacang panjang, kacau rata dan masukkan nasi putih.
- Gaul rata, kemudian masukkan daging kambing yang telah digoreng tadi, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Cara Buat Kuih Getas Yang Sangatlah Mudah, Hidang Panas-Panas Mesti Habis Licin

Siapa pernah makan Kuih Getas masa kecil-kecil dulu? Kuih orang lama-lama ini sampai sekarang masih ada pengikut setianya. Selalunya nenek-nenek dan juga mak-mak kita yang suka masa Kuih Getas ini. Selain mudah nak buat, Kuih Getas ini cepat hendak dimasak. Jom kita cuba buat Kuih Getas ikut resipi seperti yang dikongsikan oleh Fiqa Syafiqa
RESIPI KUIH GETAS

BAHAN-BAHAN:
1 peket tepung pulut –BELI ONLINE
1 biji kelapa parut putih
Sedikit garam –BELI ONLINE
1 cawan air (secukupnya menjadi doh)
Minyak untuk menggoreng –BELI ONLINE
BAHAN-BAHAN SIRA:
1 cawan gula
1/2 cawan air panas
1 helai daun pandan

CARA MEMBUAT:
1. Gaul semua bahan hingga menjadi doh. Boleh bentuk-bentukkan jadi panjang dan leper.


2. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan hingga kekuningan sedikit, kemudian angkat. Ketepikan.


3. Masukkan bahan-bahan untuk membuat sira di dalam kuali yang telah dpanaskan. Masak sehingga likat.


4. Masukkan kuih yang telah siap digoreng tadi. Kacau hingga gula menjadi kering. Siap untuk dihidangkan.
Sumber kredit: Fiqa Syafiqa
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

