Ada yang mengidam nak makan bubur Asyura. Boleh cuba cara mudah ni hanya guna dua cawan tepung dan guna santan kotak. Rasa pun sedap
Bubur Asyura Utara
Bahan A
2 cawan tepung beras
2 sudu tepung jagung
1 kotak santan (200ml)
4 cawan air (ikut cawan sukatan tepung)
1 sudu kecil garam
3 helai daun pandan
1 cawan gula putih, gula merah agak-agak nak manis atau warna macam mana. Masak atau bancuh dengan 1 cawan air panas
Campur semua bahan A siap-siap dalam kuali. Jangan buka api lagi Setelah kacau semua baru buka api perlahan.
Bahan B
Jagung tin (tak guna semua)
½ biji ubi keledek (potong dadu dan rebus)
½ cawan kacang hijau (rebus dulu)
½ cawan kacang merah (rebus dulu)
½ cawan kacang kuda (rebus dulu)
Dapatkan DEROYAL 3 IN 1 CORDLESS CHOPPER & MIXER dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Cara membuat:
1.Campur semua bahan B setelah bahan A hampir nak masak.
2.Masak bagi lama dengan api yang perlahan sehingga berkilat.
3.Tuang dalam bekas dan tunggu sejuk boleh dinikmati.
Kredit: Nur Aishah Md Saad
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official