Bila tiba musim durian, bubur kacang durian memang biasa dihidangkan terutama untuk makan petang. Tapi untuk rasa yang lain dari biasa, boleh gunakan resip yang dikongsi Afy Al Habib. Rasanya berbeza kerana diletakkan sedikit hirisan halia di dalamnya.
Buat bubur kacang durian, letaklah halia
Bahan-bahan
3 cawan kacang hijau
3-4 ulas durian
Air secukupnya
2 cawan santan pekat
1 hiris halia
2 helai daun pandan
3 sudu besar guna Melaka atau gula kerek/nisse
Gula pasir secukupnya
1/2 sk garam
Cara membuat:
1. Basuh dulu kacang hijau kemudian rendam lebih kurang satu jam.
2. Selepas sejam buang air rendaman tadi. Masukkan air baru dalam 4-5 cawan dan rebus menggunakan api perlahan sampailah kacang empuk. Nak tahu empuk ke belum, kacang yang empuk sudah kembang bijinya dan lembik bila dipicit. Boleh tambah air jika kacang masih keras.
Ads
3. Selepas kacang hijau empuk, masukkan santan pekat sebanyak 2 cawan. Kalau nak kuah banyak, tambah lagi air dan santan.
4. Seterusnya untuk menaikkan aroma kuah, masukkan sehiris nipis halia dan dua helai daun pandan. Halia dimasukan sekejap saja supaya baunya tak mengatasi daun pandan. Lepas seminit dua dah boleh keluarkan balik.
Ads
4. Masukkan gula melaka sebanyak tiga sudu besar.
5. kemudian boleh asukkan beberapa ulas isi durian kampung.
Ads
6. lagi sedikit gula dan 1/2 sudu kecil garam untuk melemakkan rasa santan. Kkuantiti gula bergantung kepada citarasa sendiri. Biarkan kuah mendidih beberapa kali. Kacau sesekali.
6. Tutup api selepas sebati ke semua rasa. Boleh makan terus, atau buat aiskrim pun sedap menggunakan bubur ini.
Selalunya bukan senang orang nak share sesuatu yang boleh dibuat bisnes. Tetapi kebaikan wanita ini dipuji ribuan Netizen. Ikhlas untuk rakan-rakan FBnya, Suhaila Masran bukan sahaja kongsi cara anyam bekas tako melalui video tetapi juga bermurah hati memberikan resepi yang biasa dibuatnya. Resipi yang lebih mudah dan sedap. Malah sangat sesui untuk dibuat makan sekeluarga, jualan atau memenuhi tempahan keluarga dan handai taulan.Semoga keikhlasan beliau ini diberikan rezeki yang melimpah ruah.
Inilah katanya melalui fbnya.
“Khas buat rakan-rakan muka buku mommy cara-cara nak nganyam daun pandan utk kuih tako 3 segi. Mommy sertakan juga resepi kuih tako kat video tu.Semoga bermanfaad buat kalian”
Klik link di bawah untuk : VIDEO CARA MENGANYAM BEKAS TIGA SEGI DAN CARA BUAT KUIH TAKO.
5 cawan air (blh buat 4cwn air tapis+1 cwn air pandan)
1 1/2 cawan gula pasir
4-5 biji sengkuang cina potong dadu
Secubit garam
CARA MEMASAKl
Kacau/bancuh semua bahan kecuali sengkuang hingga sebati. Masak atas api sampai adunan memekat. Dah pekat masukkan sengkuang cina dan kacau sikit lagi sampai adunan berkilat. Siap. Tuangkan dlm acuan pandan
Lapisan Atas
1 cwn tepung jagung
9 cwn santan sederhana pekat
1 sdb gula
1 sdk garam
CARA MEMASAK:
Kacau/bancuh semua bahan bg sebati. Kacau ats api sampai adunan pekat berkilat. Siap. Tuang adunan putih ats adunan hijau tadi. Sejukkan. Boleh la makan beramai2
Pankek biasa mungkin sudah jemu kita makan, apa kata ubah selera dengan membuat pankek pandan bersama sos kastard ini.
Teksturnya pankek yang lembut gebu dengan rasa pandan dilapis sos kastard pekat memang sedap bila dimakan. Sesuai dihidangkan untuk sarapan ataupun makan petang.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.