Bila masak menu yang berasaskan sotong, anda rasa sotong tidak pejal dan berair. Perkongsian ini dapat bantu anda bagaimana cara cuci sotong yang betul. Hasilnya memang sotong jadi pejal dan tidak berair bila kita masak.Tak perlu lagi rebus sebelum nak masak. Mungkin boleh cuba untuk memudahkan cara nak masak sotong.
Sotong Pejal & Tidak Berair
Caranya:
1.Potong sotong ikut saiz yang dihendaki.
2.Taburkan garam kasar sesudu dua dalam bekas berisi sotong(garam halus pun boleh, tapi lagi baik garam kasar)
3.Gaul dan ramas-ramas sotong dan garam tersebut.Ramas-ramas sehingga keluar buih macam sabun. Sotong akan keluarkan buih-buih seperti buih sabun. Ramas sotong dalam 5 minit atau sampai rasa sotong tu pejal.
4.Setelah semua buih keluar dan sotong rasa pejal, basuh bersih-bersih sehingga hilang air buih/air garam tu. InsyaAllah sotong tak masin jika basuh bersih-bersih.
5.Kemudian tapis sotong untuk sejat airnya.
6.Bolehlah masak seperti biasa,insyaAllah sotong tak keluarkan banyak air lagi.
Sambal tumis sotong.
Kredit: Noris Nora
Klik sini
Resepi Quiche Ayam Sedap & Menyelerakan. 1 Adunan Ni Dapat 2 Biji
Penuh Dengan Aroma Rempah Ratus, Ini Cara Masak Kerutuk Daging
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aneka Resipi Masakan Berasaskan Sotong. Wow…Sedapnya!
Pasti ramai yang menggemari lauk pauk berasaskan makanan laut bukan? Bahkan pelbagai hidangan boleh disediakan dengan menggunakan bahan-bahan tersebut. Sama ada yang berkuah, bersambal mahu pun digoreng kering, pastinya lazat-lazat belaka. Bagi yang sangat menggemari lauk sotong, idea masakan dibawah boleh anda cuba.
1. SOTONG SUMBAT BAKAR BERSAMBAL
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor sotong saiz sederhana
- Lidi pencungkil gigi secukupnya
BAHAN UNTUK SUMBAT:
- 2 biji telur
- 200gm sayur campur
- ½ sudu makan sos ikan
- 1 labu bawang besar ]potong dadu
- Minyak masak secukupnya
- Garam secukupnya
BAHAN UNTUK SAMBAL:
- 2 batang serai ] diketuk
- 125gm santan
- 10 tangkai cili kering
- 1 labu bawang besar
- 5 biji cili padi
- 3 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat bahan sumbat; Gaul kesemua bahan untuk sumbat.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan tadi hingga layu. Tutup api dan sejukkan.
- Sumbat bahan yang telah ditumis tadi ke dalam sotong. Kemaskan dengan lidi pencungkil gigi. Kelar sedikit bahagian atasnya. Ulangi langkah hingga selesai.
- Kemudian bakar sotong di atas kuali leper atau pemanggang.
- Tutup api, angkat dan hidangkan di dalam pinggan. Tuang sambal di atasnya.
- Sedia untuk dinikmati.
2. KERUTUP SOTONG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong ]bersihkan
- 200ml santan pekat
- 5 ulas bawang merah
- 3 biji cili padi
- 1 keping asam gelugur
- 2.5 cm halia
- Garam dan gula secukupnya.
- Minyak untuk menumis dan menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:-
- Kisar bawang merah, cili padi dan halia. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
- Setelah itu masukkan santan dan asam gelugur. Kacau rata.
- Setelah mendidih, masukkan sotong tadi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kacau lagi dan biar mereneh sebelum tutup api.
- Angkat dan sedia untuk dihidang.
3. OPOR SOTONG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong ]bersihkan
- 100gm bawang merah ]kisar
- 3 ulas bawang putih ]kisar
- 10 tangkai cili kering ]kisar
- 2.5cm lengkuas ]kisar
- 1 batang serai ]kisar
- 2 helai daun limau purut
- 125gm santan
- 1 sudu makan kerisik
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk jintan
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak ke dalam kuali. Tumis semua bahan kisar sehingga naik wangi dan pekat.
- Masukkan serbuk kunyit, serbuk jintan, serbuk ketumbar, kerisik, santan dan daun limau purut. Tambahkan air secukupnya. Kacau sebati dan biar ia mereneh hingga memekat.
- Masukkan sotong dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api, angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Jika untuk lebih berkuah, boleh tambah lebih air.
4. SOTONG MASAK HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong ] celur dengan air panas, tos
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2.5cm halia
- 3 biji cili padi
- 1 sudu makan air asam jawa
- 1 sudu makan sos tiram
- Sedikit daun kucai
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
- Sedikit air
CARA MEMASAK:
- Kisar bawang besar, bawang putih, halia, cili padi bersama dengan air asam jawa dan sos tiram.
- Kemudian tumis bahan kisar tadi hingga naik bau.
- Masukkan sotong dan masak selama tiga minit. Gaul sekata.
- Tutup api, angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh tambah halia yang dicarik untuk lebih rasa halia.
5. RENDANG SOTONG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong ] potong membulat
- 2 batang serai ]kisar
- 15 biji cili padi ]kisar
- 3 ulas bawang merah ]kisar
- 1 ulas bawang putih ]kisar
- 2.5cm lengkuas ]kisar
- 2.5cm kunyit hidup ]kisar
- 2 sudu kerisik ]kisar
- 3 helai daun limau purut ]hiris kasar
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang telah dikisar bersama santan. Biarkan ia memekat. Kacau sebati.
- Masukkan sotong dan biarkan seketika. Masukkan daun limau purut yang dihiris kasar. Gaul lagi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api, angkat dan sedia dihidangkan.
6. SOTONG GORENG TEPUNG DAUN KARI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm sotong ]potong bulat
- 1 biji telur
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 tangkai daun kari
- 60gm tepung gandum
- 60gm tepung jagung
- 3 sudu makan tepung beras
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam satu mangkuk, pecahkan telur, masukkan tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, daun kari dan rempah kari. Gaul sebati.
- Kemudian masukkan sotong ke dalam adunan dan gaul lagi hingga sekata. Ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan sotong yang telah disalut tepung tadi satu persatu. Goreng dengan api sederhana besar hingga warna kekuningan. Angkat dan tos. Ulangi langkah hingga selesai.
- Sedia dihidangkan.
Cara Masak Rendang Kerang Gerenti Jadi, Sedap Untuk Raya.
Tidak dinafikan Rendang Kerang memang sedap, cuma nak mengopeknya ambil masa, tapi bila sudah masak berbaloi dengan rasanya yang sedap. Resipi lebih kurang masak rendang yang lain, cuma anda tidak perlu tunggu lama di dapur kerana tidak perlu masak lama. Anda yang ingin mencuba, berikut resipi disertakan di sini.
RENDANG KERANG
BAHAN-BAHAN:
3 kg kerang | dibersihkan dan tos
1 liter santan pekat
2 helai daun kunyit | dicarik-carik
5 batang serai | dititik
1 keping asam gelugur
3 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
3cm lengkus
3cm kunyit
CARA MEMBUAT:
- Rebus kerang seketika. Kemudian keluarkan isi dan ketepikan.
- Masukkan santan ke dalam kuali bersama bahan kisar.
- Masak sehingga kuah menjadi pekat.
- Seterusnya, masukkan kerang, daun kunyit, serai titik, asam gelugur, kerisik, garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api dan kacau selalu sehingga rendang kering.
- Sedia dihidangkan
Aneka Resipi Sotong Yang Mudah & Menyelerakan
Rasanya ramai yang bekerja dari rumah kerana penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan. Malah, kita juga digalakkan untuk memasak sendiri di rumah. Para ibu tentu sudah kehabisan resipi untuk memasak buat keluarga tercinta. Jadi, kami kongsikan aneka resipi sotong yang enak dan mudah untuk disediakan.
1. SOTONG SAMBAL PETAI
BAHAN-BAHAN:
- Bawang putih – dikisar
- Bawang merah – dikisar
- Cili kisar
- Air asam jawa
- Sotong goreng (separuh masak)
- Petai
- Garam
- Gula
CARA PENYEDIAAN:
1. Tumis bawang yang telah dikisar sehingga kekuningan.
2. Kemudian, masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sedikit air asam jawa.
4. Selepas itu, masukkan petai dan sotong.
5. Tambah garam dan gula. Siap!
*Saya letak serai atau daun limau purut sedikit. Ini rahsia sambal sotong jadi lebih sedap dan boleh hilangkan bau hanyir sotong.
Kredit resipi & foto: #homemadeByRoselyza
2. SOTONG BAKAR BERSAMBAL
BAHAN-BAHAN:
- Sotong (saiz besar kalau dapat dengan telurnya sekali)
- 15 tangkai cili kering – dikisar
- 5 biji cili merah
- 5 ulas bawang kecil
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih – beli online DISINI
- 3 biji buah keras
- 1 batang serai – beli online DISINI
- 2 sudu besar sos tiram – beli online DISINI
- Air asam jawa – secukupnya
- Garam
- Gula
- Sedikit minyak masak
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan sotong dan kelar sotong tersebut tetapi jangan sampai putus.
2. Untuk sambal, kisar semua bahan iaitu cili kering, cili merah, semua bawang, buah keras dan serai.
3. Selepas itu, masukkan sos tiram dan air asam jawa. Kemudian, masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
4. Akhir sekali, masukkan sedikit minyak. Adun semua hingga sebati.
5. Ratakan sambal di atas pemanggang, letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
6. Masak lebih kurang 5 hingga 7 minit. Untuk keringkan air, buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik-balikkan sotong) sehingga masak. Jangan terlalu lama kerana sotong akan jadi liat.
3. SOTONG PHAT PHET
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A (KISAR ATAU KISAR KASAR)
- Cili api/cili merah – ikut kepedasan sendiri
- Bawang putih
- Bawang merah
- Kunyit hidup – beli online DISINI
- Serai
- Belacan – beli online DISINI
- Lada hitam – letak sedikit sahaja
BAHAN B:
- Sotong
- Asam keping – beli online DISINI
- 1 batang serai – diketuk
- Sedikit garam dan gula
- Daun limau purut
BAHAN SAYUR:
- Kacang panjang
- Lobak merah
- Bunga kobis
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masukkan serai yang telah diketuk sehingga naik bau dan pecah minyak.
2. Setelah tumisan kering, masukkan sedikit air.
3. Kemudian, masukkan sotong, asam keping, daun limau purut, garam dan gula.
4. Akhir sekali, masukkan kacang panjang, lobak merah dan bunga kobis.
5. Kacau rata dan biarkan sayur layu sedikit.
6. Siap.
Kredit resipi & foto: Juna Natull
4. KERABU SOTONG ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
- 1 batang serai *
- 5 biji cili api merah *
- 1 biji bawang *
- 1 biji tomato *
- 2 biji limau nipis
- Sos ikan – beli online DISINI
- Daun ketumbar
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan sotong. Kemudian, panaskan air. Setelah air mendidih, masukkan sotong.
2. Kacau sotong kira-kira 5 minit. Jangan terlalu lama kerana nanti sotong akan jadi liat.
3. Bila sotong dah masak, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk besar supaya mudah untuk menggaul nanti.
4. Potong halus bahan-bahan yang bertanda * tetapi elak potong tomato dan bawang terlalu halus.
5. Masukkan semua bahan-bahan yang telah dipotong ke dalam sotong tadi. Masukkan sedikit sos ikan, garam dan gula.
6. Kemudian masukkan air limau nipis. Jika anda suka masam, tambah lagi air limau nipis ke dalam sotong.
7. Patahkan daun ketumbar dan masukkan ke dalam sotong yang sudah siap digaul.
8. Siap.
Kredit resipi & foto: Noorfazrina Aida
5. SOTONG TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 10 ekor sotong (potong nipis)
- 5 sudu besar tepung jagung – beli online DISINI
- 3 sudu besar lada sulah – beli online DISINI
- 1 biji telur
- Sedikit garam
*Gaul semua dan goreng dalam 3 – 4 minit
- Beberapa helai daun kari
- 3 batang cili padi
- 3 sudu besar salted butter
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar serbuk pati ayam
- 2 biji telur masin – rebus dan ambil kuning sahaja.
CARA PENYEDIAAN:
1. Cairkan butter dan masukkan telur kuning. Masak sehingga berbuih.
2. Masukkan cili padi, daun kari dan serbuk pati ayam. Gaul hingga sebati.
3. Kemudian, masukkan sotong yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehingga rata dan kering. Tutup api.
4. Tabur gula dan gaul dalam masa seminit agar gula sebati.
Kredit resipi & foto: Nita Wan
Jika anda mencari KUALI NON STICK, boleh klik DISINI. Banyak pilihan untuk anda.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Cara Masak Sotong Goreng Tepung Yang Rangup & Elok Kejadiannya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: