Bila masak menu yang berasaskan sotong, anda rasa sotong tidak pejal dan berair. Perkongsian ini dapat bantu anda bagaimana cara cuci sotong yang betul. Hasilnya memang sotong jadi pejal dan tidak berair bila kita masak.Tak perlu lagi rebus sebelum nak masak.
Mungkin boleh cuba untuk memudahkan cara nak masak sotong.Sotong Pejal & Tidak Berair
Caranya:
1.Potong sotong ikut saiz yang dihendaki.
2.Taburkan garam kasar sesudu dua dalam bekas berisi sotong(garam halus pun boleh, tapi lagi baik garam kasar)
3.Gaul dan ramas-ramas sotong dan garam tersebut.Ramas-ramas sehingga keluar buih macam sabun. Sotong akan keluarkan buih-buih seperti buih sabun. Ramas sotong dalam 5 minit atau sampai rasa sotong tu pejal.
4.Setelah semua buih keluar dan sotong rasa pejal, basuh bersih-bersih sehingga hilang air buih/air garam tu. InsyaAllah sotong tak masin jika basuh bersih-bersih.
5.Kemudian tapis sotong untuk sejat airnya.
6.Bolehlah masak seperti biasa,insyaAllah sotong tak keluarkan banyak air lagi.
Sambal tumis sotong.
Kredit: Noris Nora
Klik sini