Hidangan cekodok pisang ini siapa saja yang tak suka. Tapi tak semua mahir hasilkan cekodok pisang yang elok cantik, garing dan lembut di dalamnya. Salah cara, cekodok jadi keras dan kempis bila dah sejuk.
Nak buat cekodok pisang yang menjadi elok pun kena ada ilmunya. Diturunkan oleh mak mentuanya, Aina Nik berkongsi cara buat cekodok pisang yang bulat comel dan yang penting sedap. Cekodok pisang ini juga rangup di luar tapi lembut di dalam.
Cara buat cekodok pisang garing di luar, lembut di dalam
1. Kupas pisang yang dah masak ranum. Pisang sesuai untuk buat cekodok ialah pisang awak. Lenyek sampai halus.
2. Kemudian, masukkan 3 sudu gula. Lenyek lagi sehingga gula larut.
Ads
3. Lenyek lagi sehinga halus. Kalau masih ada bintil-bintil, tandanya belum lagi halus.
4. Masukkan tepung gandum yang telah diayak. Sukatannya boleh agak-agak, masukkan sedikit demi sedikit. Kalau nampak terlalu lembik, boleh masukkan sedikit tepung. Jangan sesekali masukkan air.
5. Selepas itu, gaul sebati. Hasilnya, adunan tidak terlalu lembik dan tidak terlalu pekat.
6. Panaskan minyak dengan api sederhana. Pastikan minyak banyak.
Ads
7. Bila dah panas, cubit adunan dengan hujung jari dan masukkan ke dalam kuali. Jangan terlalu besar, supaya bila sejuk cekodok tak kemek. Pastikan bila menggoreng, jangan letak cekodok terlalu banyak dalam kuali. Bila dah nampak keperangan, kaup balik dan leraikan. Adun guna belakang sudip sehingga garing.
8. Bila dah masak, angkat dan tos. Boleh nampak hasil cekodok yang kecil dan bulat-bulat. Cekodok ini garing di luar, lembut di dalam. Bila dah sejuk pun masih comel.
Ads
9. Sedap dan lembut. Tak cukup kalau makan sebiji.
Jangan risau kalau nak buat cekodok tapi tiada banyak tepung di rumah. Yang ada hanyalah roti manakala tepung hanya ada sikit je. Korang tetap boleh buat cekodok menggunakan roti tu. Gebu pun gebu tau. Nah, RASA kongsi resipi cekodok dibuat daripada roti.
CEKODOK ROTI BERUDANG
Bahan-bahan:
1 biji bawang besar (dimayang)
1 biji telur ayam
Cili besar
Udang ikut suka nak banyak mana (potong-potong)
Daun bawang atau kucai (jika mahu)
Air
Garam dan perasa secukupnya
4-5 keping roti Gardenia (koyak-koyakkan)
8 sudu besar tepung gandum
Minyak masak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1. Dalam mangkuk, satukan bawang besar, telur ayam, cili, udang dan daun bawang.
2. Tambah air ikut kesesuaian. Saya tambah air jadi separuh bowl. Macam kita buat jemput-jemput biasa tu.
3. Masukkan garam atau perasa. Gaul-gaul biar sebati.
4. Masukkan roti. Kaup balik biar roti kembang dan hancur sikit bersama adunan tadi.
5. Tambah tepung. Gaul sebati. Agak-agak je tepungnya. Jangan sampai adunan keras atau pejal. Kalau terlebih tepung, tambah air lagi.
6. Goreng macam biasa sehingga masak. Hasilnya rangup di luar lembut di dalam.
Kek buah memang paling legend dalam koleksi kek raya. Memang evergreen lah, langsung tak tergugat kedudukannya walaupun di tengah kemeriahan pelbagai kek moden kini.
Kek buah versi bakar berwana kuning kek mentega ini istimewa, dengan aroma pati oren dan rasa oren vanilla yang super sedap. Resepi dari Hadiyana Che Halim ini memang terjamin lazat untuk dicuba.
KEK BUAH DENGAN PATI OREN
BAHAN-BAHAN :
400gm mentega/majerin
1 ¹/² cawan gula halus
4 biji telur gred A
1 sudu teh ovelet
3 ¹/² cawan tepung naik sendiri | diayak
2 cawan campuran buah
1 sudu esen vanila
3 sudu besar oren sunquik
*campuran buah rendam sekejap dengan air suam dan toskan , kemudian gaulkan dengan tepung. Kalau tak nak pun takpe, gaul aje dengan tepung supaya tak melekat buah-buah tu.
CARA MEMASAK :
Satukan mentega, gula dan ovelet dan pukul sampai kembang.
Masukkan telur, esen vanilla dan oren sunquick
Kemudian masukkan tepung, kacau guna spatula, masukkan buah dan tinggalkan sedikit untuk tabur di atas adunan.
4. Masukkan dalam loyang saiz 9 x 9. Taburkan baki buahan campuran .
5. Panaskan oven dalam 10 minit, dan bakar dalam suhu 170 darjah Celsius dalam 45-50 minit. Ikut jenis oven masing-masing.
Kredit : Hadiyana Che Halim ,FB : Sheila Rusly Fans
Pulut panggang adalah salah satu kuih Melayu tradisional. Kini pulut panggang telah diperbaharui resipinya yang membolehkan kuih ini disejukbekukan. Jadi, anda boleh menikmati pulut panggang pada bila-bila masa anda mahu. Cuma perlu dikeluarkan daripada peti sejuk, kemudian dipanggang sahaja.
PULUT PANGGANG
BAHAN PULUT
1 kg beras pulut
1 cawan santan
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT PULUT
1. Cuci beras bulut bersih-bersih. Rendam selama 30 minit. Kemudian kukus sehingga masak.
2. Keluarkan pulut yang sudah dikukus tadi. Gaul dengan sedikit santan dan garam. Kukus lagi beberapa minit.
3. Matikan api dan biarkan sejuk.
BAHAN INTI
7 tangkai cili kering
3 cm kunyit hidup
1 sudu besar udang kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 inci halia
2 batang serai
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 biji kelapa (diparut)
1 cawan air
Gula perang secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT INTI
1. Kisar cili kering, kunyit hidup, udang kering, jintan manis, jintan putih, halia, serai, bawang merah dan bawang putih.
2. Panaskan kuali dan masukkan kelapa parut. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi.
3. Masukkan air. Masak inti dengan api sederhana. Selalu kacau.
4. Masukkan gula perang dan garam. Kacau sehingga inti kering. Matikan api, ketepikan.
CARA PENYEDIAAN
1. Ambil pulut. Kepal-kepalkan. Letak inti. Kemaskan.
2. Gulung dalam daun pisang. Kemaskan. Kemudian klip dengan lidi atau dawai kokot (stapler)
3. Panggang atas api atau guna air fryer pun boleh. Siap.
Pulut panggang yang dah siap.
Beginilah rupanya.
Nota: Mana yang belum mahu dipanggang, masukkan dalam bekas plastik. Boleh simpan dalam peti sejuk untuk disejukbekukan.