Buat Cempedak Goreng, Guna Bahan Ini Untuk Lebih Rangup

Share

Cempedak goreng memang sedap dibuat hidangan minum petang. Hidang pula dengan teh atau kopi O panas. Memang mengundang selera.

Tetapi, untuk mendapatkan tepung bancuhan salutan cempedak yang rangup, Ben Safwan ada berkongsi rahsianya. Menurutnya, untuk membuat pisang goreng atau cempedak goreng, letakkan sedikit air kapur. Tetapi jangan terlalu banyak. Hasilnya, salutan tepung tersebut akan menjadi rangup bila dimakan.

Bancuhan tepung ini sesuai untuk gorengan pisang, cempedak, ubi, sukun dan sebagainya. Cubalah.

CEMPEDAK GORENG RANGUP

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung beras – Boleh beli online di sini

1 cawan tepung jagung

½ cawan tepung gandum – Boleh beli online di sini

1 biji telur saiz C (jika  saiz A, ½  biji sahaja)

½ sudu teh serbuk kunyit

4 sudu besar air kapur (guna 1 sudu teh kapur yang dilarutkan dengan 4 sudu besar air ) – Boleh beli online di sini

½ sudu teh garam

1 sudu besar mentega (membukit) – Boleh beli online di sini

2 cawan air sejuk (air sejuk boleh guna air dari peti sejuk atau ketukkan ais)

CARA MEMASAK:

Satukan semua bahan di atas.

Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit sampai dapat kepekatan yang sesuai.

Tepung melekat cantik pada buah cempedak.

Setelah itu, bolehlah digoreng dengan minyak cukup panas suhu 60-70 C atau sesedap rasa. Jangan terlalu panas.

Selamat mencuba.

Kredit: Ben Safwan

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Fazida