Sedapnya dapat nikmati cendol kala panas terik. Kombinasi cendol, air gula dan santan memang beri kepuasan buat penggemar cendol. Apa kata buat sendiri cendol jadi boleh berkali nak makan. Boleh saja ikut resipi yang dikongsi oleh ummi naim qalaq. Pesannya jangan bagi gelembung lama atas api untuk elak cepat bergentel/ berzig zag bila ditekan dalam air. Acuan boleh guna nozel piping atau piping bag buat kek, buat lubang kecil saja dihujungnya. Jika tidak tahan panas masa menekannya boleh guna tuala dapur dengan membalut bag piping tersebut. Selamat mencuba.
Bahan-bahan: 1 cawan air -penuh 1/2 cawan biasa tepung hong kew( bermacam ejaan , lihat gambar) 1/4 sudu teh garam 1/4 sudu teh air kapur dari ujung jari kelingking kapur, bancuh sikit air dan ambil airnya Sikit pewarna hijau epal Sikit esen pandan( air daun pandan lagi baik)
Cara membuat: 1.Bancuh adunan tadi. 2.Masak di atas api perlahan. 3.Bila nampak bergentel angkat dan kacau bagi semuanya jadi licin.
Ads
4.Bubuh semula atas api dan biar ada gelembung sekejap. Tak boleh lama atas api. 5.Tutup api dan masukkan cepat-cepat ke dalam acuannya, tujuan supaya kekal panasnya. 6.Sediakan air sejuk ais dan paip ke dalam air tersebut. 7.Buat sampai habis. 8.Biarkan dalam 1/2 jam. Baru toskan. 9.Selepas itu tapis. Sedia untuk dinikmati. Kredit:Ummu Naim Qalaq@ cik noor lawa
Sekian lama asyik makan nasi lemak dan nasi goreng masa sarapan, apa kata tukar menu kepada mi wantan. Sedap jugak mi wantan ni. Mi wantan ni, banyak guna kicap. Nak dapatkan rasa mi wantan sebenar, tambah minyak bijan dan sos ikan. Baru macam asli rasanya.
BAHAN SOS
1 sudu sos soya cair
1 sudu kicap pekat
1 sudu kicap manis
1 sudu minyak bijan
1 sudu sos ikan
CARA MEMASAK
1. Rebus mi wantan dan sayur sampai masak. Angkat dan basuh dengan air bersih sehingga sejuk dan toskan.
2. Satukan semua bahan sos mi wantan dalam mangkuk. Masukkan mi wantan dan gaul sehingga bersalut semua bahagian.
3. Masukkan dalam pinggan dan letakkan ayam, sayur, telur rebus (jika suka) dan hiaskan dengan daun ketumbar dan cili merah.
Sedapnya Daging Goreng ThaiTyle perkongsian Chef Azahari Abdullah ni. Bahan-bahan nampak mudah dan hasilnya pun buat rasa tak sabar nak cuba. Anda bercadang nak masak lauk daging hari ni? Resipi terbaik ni antara yang boleh dipertimbangkan. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESEPI DAGING GORENG THAI STYLE
BAHAN-BAHAN:
800gm daging
5 sudu teh biji ketumbar – dikisar / ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk / dihiris halus
1 sudu makan lada hitam – dikisar / ditumbuk
2 sudu makan sos tiram
Garam secukup rasa
Mentega atau marjerin untuk menumis
BAHAN SOS:
3 sudu makan serbuk cili thai
Gula kabung atau gula somtam – jika tiada, guna 2 sudu makan gula putih
2 sudu makan beras – sangai dan kisar halus
2 sudu makan jus limau nipis
3 sudu makan air asam jawa
Kicap sotong atau sos ikan secukupnya
3 ulas bawang merah kecil – hiris nipis
Daun ketumbar & daun bawang secukupnya
Sedikit air – jika perlu
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan daging dan hiris nipis. Kemudian satukan dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap 30 minit atau 2 jam.
3. Panaskan mentega dalam kuali dan tumis bawang putih hingga wangi. 4. Masukkan daging yang telah diperap. Masak hingga air daging keluar dan daging kelihatan keperangan. 4. Tambahkan sos. Gaul sebati dan masak lagi hingga daging empuk.
Sebut saja menu seafood atau makanan laut, tidak kira di pelusuk dunia mana, pasti ramai yang menyukainya dan dimasak dengan cara dan tradisi bangsa, budaya sesebuah negara itu. Namun tidak salah jika kita menyukai menu masakan negara lain dan mengolahnya mengikut kesesuaian selera sendiri atau tempatan.
Untuk itu, Chef Mohd Faizal dari Sime Darby Convention Centre, SDCC, berkongsi enam menu olahan seafood beberapa negara jiran dan barat yang disesuaikan dengan selera kita orang Malaysia.
KARI PEKAT UDANG GALAH BAHAN-BAHAN:
500gm udang galah
5 sudu makan serbuk kari |bancuh dengan sedikit air
1 sudu teh halba
3 sudu makan pes cili kisar
3 biji kentang
1 cawan susu cair
1/2cawan yogurt
1 tangkai daun kari |lurut dari tangkai
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5cm halia
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis halba dan daun kari hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar, kacau rata.
Apabila agak kering masukkan pes cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan pes kari yang telah dibancuh dengan air tadi.
Masukkan air asam jawa, kacau hingga pecah minyak, kemudian masukkan kentang.
Apabila kentang empuk, masukkan santan, biarkan mendidih.
Akhir sekali masukkan udang dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Udang sedia dihidangkan.
LALA MASAK SAMBAL HIJAU BAHAN-BAHAN:
500gm lala |bersih dan toskan
1 biji bawang Holland
BAHAN KISAR KASAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili hijau
15 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, kacau lagi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan hirisan bawang Holland, setelah bawang layu masukkan lala.
Kacau rata rata 3-4 minit atau hingga cengkerang lala bertukar warna.
Tutup api dan Sambal Hijau Lala sedia dihidangkan.
KUPANG MASAK TOMATO BERKEJU BAHAN-BAHAN:
1kg kupang | bersih dan tos
80gm bawang merah | hiris
50gm bawang putih | dihiris
200gm batang saderi |hiris
200gm lobak merah | potong dadu
500gm sos tomato pronto
1 biji lemon
30gm minyak zaitun
20gm keju parmesan
5gm daun parsli Inggris
100 gm buah zaitun hitam
10gm jeruk kaper
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bakar bawang putih dalam ketuhr dengan suhu 150 C sehingga garing dan lembut.
2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang merah, saderi dan lobak merah.
3. Kemudian masuk bawang putih yang dibakar tadi.
4. Tambahkan ke dalamnya sos tomato pronto dan kacau selama 5 minit.
5. Perasakan dengan garam dengan lada hitam secukupnya.
6. Masukkan kupang, gaul rata hingga kupang terbuka sepenuhnya.
7. Perahkan lemon di dalamnya, kemudian masukkan buah zaitun, sayur kaper dan taburkan keju parmesan di atasnya.
8. Tutup api, kupang sedia dihidangkan.
SALAD KULIT TEMBIKAI BERSAMA SOTONG BAHAN-BAHAN:
500gm sotong | bersihkan dan tos
200gm kulit putih bahagian dalam kulit tembikai
1 biji bawang holland | hiris
5 biji cili padi | hiris
1 biji lemon | ambil jus
1 sudu makan minyak zaitun
Sedikit belacan | hancurkan
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Sotong dihiris, kemudian celur sekejap dan toskan airnya.
Kulit tembikai dihiris halus memanjang.
Kisar kasar cili padi dengan belacan, sedikit garam dan gula hingga sebati.
Masukkan kulit tembikai, sotong dan hirisan bawang besar ke dalam mangkuk.
Tambahkan minyak zaitun, bahan bumbu yang dikisar tadi ke dalamnya.
Perahkan jus lemon, gaul hingga rata dan cukup rasa.
Setelah cukup rasa, salad sedia dihidangkan.
KERABU KERANG DENGAN PERIA BAHAN-BAHAN:
1 kg kerang | bersihkan dan rebus seketika
5 biji peria katak | hiris nipis
1 sudu makan kerisik
1/2 cawan santan pekat
1 biji lemon| ambil jus sahaja
2 biji bawang Holland | hiris
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3 biji cili merah
Sedikit belacan
CARA MEMASAK:
Kopek kerang kemudian tos dan ketepikan.
Celur peria sekejap dalam air panas.
Masukkan peria dalam mangkuk bersama kerang, santan, kerisik, bahan kisar.
Gaul rata dan perasakan dengan garam, gula dan jus perahan limau Kasturi.