Buat Cendol Homemade Lagi Puas Makan, Boleh Berkali Tambah

Share

Sedapnya dapat nikmati cendol kala panas terik. Kombinasi cendol, air gula dan santan memang beri kepuasan buat penggemar cendol. Apa kata buat sendiri cendol jadi boleh berkali nak makan. Boleh saja ikut resipi yang dikongsi oleh ummi naim qalaq. Pesannya jangan bagi gelembung lama atas api untuk elak cepat bergentel/ berzig zag bila ditekan dalam air. Acuan boleh guna nozel piping atau piping bag buat kek, buat lubang kecil saja dihujungnya. Jika tidak tahan panas masa menekannya boleh guna tuala dapur dengan membalut bag piping tersebut. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:
1 cawan air -penuh
1/2 cawan biasa tepung hong kew( bermacam ejaan , lihat gambar)
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh air kapur dari ujung jari kelingking kapur, bancuh sikit air dan ambil airnya
Sikit pewarna hijau epal
Sikit esen pandan( air daun pandan lagi baik)

Cara membuat:
1.Bancuh adunan tadi.
2.Masak di atas api perlahan.
3.Bila nampak bergentel angkat dan kacau bagi semuanya jadi licin.

4.Bubuh semula atas api dan biar ada gelembung sekejap. Tak boleh lama atas api.
5.Tutup api dan masukkan cepat-cepat ke dalam acuannya, tujuan supaya kekal panasnya.
6.Sediakan air sejuk ais dan paip ke dalam air tersebut.
7.Buat sampai habis.
8.Biarkan dalam 1/2 jam. Baru toskan.

9.Selepas itu tapis. Sedia untuk dinikmati.

Kredit: Ummu Naim Qalaq @ cik noor lawa

Published by
Putri Adila Saari