
Menikmati roti, salah satu cara untuk lebih sedap adalah dengan menyediakan floss. Floss adalah daging yang dicarik-carik sehingga menjadi sangat halus. RASA berikan resipi chicken floss yang selalu diletakkan di atas roti yang dijual di kedai.
CHICKEN FLOSS

Bahan-bahan
1 ulas bawang putih
Sedikit halia
Jintan manis (sangai, tumbuk)
Ketumbar (sangai, tumbuk)
2 biji bawang merah sederhana
Cili blend terpulang kalu nak pedas isi lebih sikit
1/2 cawan santan
Sedikit garam
Dada ayam direbus
Cara membuat
1. Blend bawang dan halia.
2. Sangai ketumbar dan jintan manis. Kemudian tumbuk kasar.
3. Tumis bawang blend dan cili dengan sedikit minyak.
4. Masukkan santan.
5. Perasakan dan masukkan daging ayam yang disiat-siat halus.
6. Kacau hingga kering.
Resipi oleh Usrati Delight dari Telegram KakiMakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Colek Kaki Ayam Sedap, Penuh Kolagen Untuk Awet Muda. Rugi Kalau Tak Makan

Resipi colek kaki ayam, kalau tak pernah makan kena cuba. Sebabnya ia antara cara masak kaki ayam yang sedap.
Selain itu paling penting bahagian kaki ayam ini kaya kandungan kolagen, asid hyaluronic, protein dan mineral yang menyokong kesihatan kulit, rambut, kuku, sendi, dan tulang.
Kolagen dan asid hyaluronic ini turut digelar ‘fountain of youth’ kerana ia boleh menghalang kesan-kesan penuaan. Kalau suka makan tak mustahil nampak awet muda walau dah berusia.
Namun sebelum masak kaki ayam paling utama adalah membersihkan dan memasaknya dengan betul untuk mengelakkan bakteria dan menjaga khasiatnya.
Resipi Colek Kaki Ayam
Bahan-bahan
30 batang kaki ayam (bersih, rebus dengan halia & asam keping untuk hilangkan bau)
2 biji cili besar
12 biji cili padi (merah & hijau)
8 ulas bawang putih
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar cuka makan
1/4 keping nisan (boleh ganti gula melaka)
Garam, gula & perasa secukup rasa
Daun ketumbar (hiris untuk hiasan)

Cara Penyediaan Colek Kaki Ayam
1. Kisar cili besar, cili padi dan bawang putih hingga halus.
2. Tumis bahan kisar dalam kuali hingga naik bau.
3. Masukkan kicap manis dan sos ikan, gaul rata.
4. Masukkan kaki ayam yang telah direbus, kacau hingga sebati.
5. Tambahkan cuka, garam, gula serta nisan. Perasakan ikut cita rasa.
6. Masak hingga kuah mendidih dan sebati dengan kaki ayam.
7. Siap untuk dihidangkan. Taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.
Tip
- Kalau suka lebih pedas, tambah lagi cili padi dalam kisaran.
- Untuk rasa lebih kaya, boleh tambah sedikit air rebusan kaki ayam ke dalam kuah.
- Colek ini sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih atau roti.
Kredit Resipi & Foto: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Nak Masak Cepat & Sedap, Ini Menunya!

Anda hanya ada masa 30 minit nak sediakan hidangan makan malam atau tengahari tapi tak tahu nak masa lauk apa yang ringkas, mudah dan tak guna banyak bahan tapi hasilnya sedap. Jangan bimbang, ini RASA kongsikan empat menu yang 15 minit boleh siap, dua ayam dan dua lagi daging. Sambil tunggu nasi masak, bolehlah sediakan lauk dan sayurnya ye.

DAGING GORENG KAILAN
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
- 300gm daging | hiris nipis
- 1 sudu teh kicap
- 2 sudu teh minyak sayur
- 1 sudu teh tepung jagung
- Sedikit garam dan gula
Bahan Sos:
- 2 sudu makan air
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu teh tepung jagung
Bahan Tumis:
- 3 pokok anak kailan | potong 3-4cm & celur angkat
- 2 sudu makan minyak
- 1 biji cili merah | hiris serong
- 2 biji bawang merah | hiris
- 6 ulas bawang putih | cincang kasar
- 3 sudu minyak masak
- Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
- Sambil itu sediakan sos. Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
- Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
- Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
- Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.
- Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
- Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
- Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan sedia dihidangkan.

DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
- 500gm daging | hiris nipis
- 1 sudu teh garam
- 1sudu teh gula
- 1 sudu teh kicap
- 1sudu teh minyak bijan
- 1 sudu teh tepung jagung
Bahan Sos:
- 1 sudu makan kicap pekat
- 3 sudu makan air rebusan stok ayam
- 2 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan gula
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu teh tepung jagung
- Tumis:
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 biji bawang besar | dadu kecil
- 3cm halia | hiris halus memanjang
Bahan-Bahan Lain:
- 3 sudu makan minyak masak
- 400gm kacang pis | bersihkan
- 1/2 biji cili benggala
- Garam gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk perapan daging, campurkan semua bahan, daging, garam, gula, kicap, tepung jagung, dan minyak bijan. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 15-20 minit.
- Untuk bahan sos: Campurkan kicap, stok ayam, sos tiram dan minyak bijan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumis hingga wangi.
- Seterusnya masukkan daging yang diperap, kacau rata sehingga keperangan ( lebih kurang 4-5 minit).
- Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala, kacau hingga kacang layu (2-3 minit).
- Tuangkan bahan sos dan kacau rata. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.

AYAM GORENG BERSAMA CILI BENGGALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap Ayam:
- 500gm isi ayam | hiris nipis, cuci dan tos
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh garam halus
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
- Bahan Hirisan:
- 1/2biji cili benggala hijau | hiris memanjang
- 1/2 biji cili benggala merah | hiris memanjang
- 2 tangkai cili merah | hiris
Bahan Tumis:
- 4ulas bawang putih | cincang
- 1 biji bawang besar | hiris
- 3cm halia muda | hiris halus
Bahan-Bahan Lain:
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu makan sos tiram
- 1/2 sudu teh perasa ayam
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan isi ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan ayam goreng, bahan hirisan. Kacau rata 1-2 minit.
- Kemudian perasakan dengan sos tiram, perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
- Kacau seketika, kemudian tutup api.
- Sedia dihidangkan.

AYAM LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi ayam | hiris kecil
- 50gm daun bawang
- Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
- 3 biji cili merah | hiris memanjang
- 1 biji bawang besar | dadu kecil
- 5ulas bawang putih | cincang
- 3cm halia mudah | hiris halus
- 1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos lada hitam
- 1 sudu makan kicap pekat manis
- Minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
- Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering.
- Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis.
- Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.
- Kemudian perasakan dengan garam, gula
- Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam.
- Tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.
Rahsia Ayam Gunting Tersedap! Hanya Guna Serbuk Jajan Popular Ni..

Setiap jenis ayam gunting ada rahsia kesedapan yang tersendiri. Ini rahsia yang super easy bagi amatur untuk menggoreng isi ayam sedap seperti jual di kedai. Selalunya isi ayam memang kurang digemari ini cara untuk galakkan makan isi ayam.
AYAM GUNTING
BAHAN-BAHAN:
- Isi ayam-potong nipis-nipis
- 1 kotak tepung goreng ayam yang kecil
- 1 1/2 cawan serbuk roti
- Telur
CARA MEMBUAT:
- Campurkan tepung dengan serbuk roti.
- Masukkan ayam dan gaul sekata.
- Celup ayam dalam telur.
- Masukan kembali dalam tepung tadi dan goreng deep fried. (buat sekeping-sekepinh jangan masukan semua ayam tu dalam tepung)
- Angkat toskan dan taburkan serbuk istimewa.
INFO: Ketuk isi ayam terlebih dahulu untuk dapat isi ayam lembut.
SERBUK AYAM GUNTING
- 1 kiub ayam
- 2 sudu besar serbuk paprika (kalau suka pedas boleh tambah)
- Twisties BBQ curry separuh sahaja guna dari 1 paket besar
- 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
- 1 sudu besar gula
CARA MEMBUAT:
- Kisar kering semua bahan diatas dan siap.
- Gaul dengan ayam yang baru digoreng dan gunting ikut ketebalan yang anda suka.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Are Peace
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
3 Resipi Terbaik Ayam Bakar Terlazat. Akitviti BBQ Yang Mudah Berjus.
5 Jenis Masakan Peha Ayam & Drummet Simple Yang Wajib Anda Cuba
Ratah Kepak Ayam Sweet & Spicy Istimewa Sampai Tinggal Tulang




