
Rasanya dah ada ke senarai menu nak masak bila ramai dah berkumpul nanti. Bolehlah buat kuih dangai ni, selalu guna acuan khas buat dangai. Kali ini kita mudahkan cara dengan membakarnya di dalam acaun muffin saja. Rasanya pun sama.Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Sarimah Kadiron
DANGAI
Bahan-bahan:
2 cawan kelapa putih
1 cawan tepung pulut
Sedikit garam.
Gula- ikut cita rasa
Cara memasak:
1.Tepung, kelapa dan garam digaul rata.
2.Sapu loyang muffin dengan sedikit minyak. Letak separuh adunan dalam Loyang
3.Kemudian taburkan gula ikut cita rasa. Tutup gula dengan adunan.Jangan padatkan adunan, sekadar letak saja.
4.Bakar sehingga keperangan dengan suhu 160 darjah ikut oven masing-masing.
Kredit: Sarimah Kadiron
Kuih Lepat Kacang Hijau Air Tangan Mak. Resipi Mudah & Sangat Sedap
Senangnya Buat Kuih Kaswi Gula Merah Sedap Untuk Minum Petang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Koleksi Resipi Aneka Sup Mudah & Sedap Untuk Berbuka Puasa.

Hidangan sup ringkas yang dimasak menggunakan bahan-bahan segar sememangnya sangat lazat. Penggunaan bahan berkualiti seperti makanan laut, isi ayam, daging dan telur memberikan rasa, aroma serta keenakan yang tersendiri. Ditambah pula dengan penambahan aneka sayur-sayuran berkhasiat serta rempah, menjadikan hidangan sebegini semestinya sangat bagus untuk dicuba dan disajikan buat keluarga lebih-lebih lagi di bulan puasa nanti.
1. SUP UDANG DAN NANAS
BAHAN-BAHAN:
- 300gm udang sederhana besar
- 1/2 biji nanas | dihiris
- 1 biji cili merah
- 2 biji cili padi
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- Sedikit daun bawang | dihiris
- Air secukupnya
- Sedikit minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan kepingan buah nanas. Tumis seketika.
- Seterusnya masukkan air dan biarkan merenih. Tambahkan cili merah dan cili padi.
- Apabila kuah mendidih, masukkan udang dan biarkan sehingga masak.
- Ubah suai rasa dengan menambah garam mengikut cita rasa anda.
- Sedia untuk dinikmati.
2. SUP KAMBING BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 5 keping isi dan tulang kambing
- 1 biji bawang Bombay | dihiris
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- 2 ulas bawang merah | dihiris
- 2 sudu makan serbuk rempah sup | tambahkan sedikit air supaya menjadi pes
- 1 kiub stok daging
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh herba basil
- 1 liter air
- 1 biji ubi kentang | dipotong kiub
- Hirisan cili merah secukupnya
- Hirisan daun bawang secukupnya
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang Bombay, bawang merah dan bawang putih sehingga layu. Kemudian masukkan pes rempah sup dan tumis seketika.
- Masukkan daging serta tulang kambing dan gaul sebati. Tambahkan air dan kacau sebati. Perlahankan api dan biarkan sup merenih.
- Tambahkan kiub stok daging, herba basil dan ubi kentang. Biarkan sehingga masak.
- Perasakan dengan garam mengikut cita rasa anda.
- Hidangkan bersama hirisan cili merah dan daun bawang.
3. SUP KELAPA DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging batang pinang
- 1 biji air kelapa
- 1 kiub stok ayam
- 100gm isi kelapa | dihiris nipis
- 2 biji cili padi merah | dihiris nipis
- Daun bawang untuk hiasan
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Lumurkan garam pada daging dan bakar pada suhu 150C selama satu jam. Setelah masak, rehatkan daging seketika dan barulah dihiris nipis. Ketepikan seketika.
- Masukkan air kelapa ke dalam periuk dan panaskan. Tambahkan stok ayam dan reneh sehingga sedikit mendidih.
- Seterusnya masukkan daging bakar dan perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam dengan secukupnya.
- Setelah mendidih, padamkan api dan taburkan cili dan daun bawang sebelum dihidangkan.
4. SUP EKOR PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
- 5 ketul ekor lembu
- 3 ulas bawang putih | diketuk
- 1 biji bawang bombay | dimayang
- 2 kiub stok daging
- 2 liter air
- 3 biji tomato ranum | dibelah empat
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan ekor lembu, bawang putih, bawang Bombay dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga empuk.
- Kemudian masukkan stok daging. Reneh menggunakan api perlahan. Tambah air jika perlu.
- Masukkan buah tomato dan perasakan dengan garam serta serbuk lada sulah dengan secukupnya.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
5. SUP MASAM MANIS ALA CINA
BAHAN-BAHAN:
- 5 sudu makan sos cili Thai
- 1 sudu makan cuka
- 750ml air rebusan ayam
- 2 biji telur
- 1 batang lobak merah | didadu kecil
- 10 keping cendawan shintake kering | dihiris nipis
- Garam, gula dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan air rebusan ayam dan campurkan dengan cuka, sos cili serta cendawan kering. Biarkan sehingga sedikit mendidih.
- Masukkan lobak merah dan biarkan sehingga lobak merah menjadi agak lembut.
- Pecahkan telur dan kacau sehingga bertali.
- Sebelum dihidangkan, perasakan sup dengan garam, gula dan serbuk lada sulah dengan secukupnya.
6. SUP AYAM ALA MAMAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | dipotong dan dibersihkan
- 1 biji bawang besar | dikisar
- 7 biji bawang merah | dikisar
- 5 ulas bawang putih | dikisar
- 1 inci halia | dikisar
- 1 paket rempah 4 sekawan
- 4 sudu makan rempah sup
- 1.5 liter air
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
- Sedikit daun sup dan daun bawang | dihiris
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan kisar sehingga kekuningan.
- Kemudian masukkan rempah sup dan empat sekawan. Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam dan rebus menggunakan api perlahan sehingga masak.
- Perasakan dengan serbuk lada dan garam secukupnya.
- Angkat, dan taburkan hirisan daun sup serta daun bawang.
7. SUP CENDAWAN TIRAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket cendawan tiram
- 5 ulas bawang putih
- 2 biji cili padi
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 liter air rebusan ayam
- Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan air rebusan ayam, sos tiram berserta bawang putih ke dalam periuk. Reneh sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan cendawan. Biar sehingga cendawan menjadi lembut.
- Ubah suai rasa dengan menambah garam dan serbuk lada sulah mengikut cita rasa anda.
- Angkat dan hidangkan segera.
8. SUP KENTANG SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
- 5 batang jagung muda | dihiris kecil
- 5 biji cendawan butang segar
- 20gm cendawan tiram
- 1/2 batang lobak merah | dipotong dadu
- 5 biji tomato ceri
- 1/2 batang leek | dihiris nipis
- 2 biji kentang | dipotong dadu
- 1 liter air rebusan ayam
- Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
- Masukkan ubi kentang ke dalam air rebusan ayam. Reneh sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan cendawan, leek, lobak merah, jagung muda dan tomato ceri. Masak sehingga semua sayuran keliahatn lembut.
- Ubah suai rasa dengan menambah garam dan serbuk lada sulah mengikut cita rasa anda.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Resipi Donat Pandan Susu Gebu. Terlajak Mudah & Senang Nak Buat. Memang Wajib Cuba!

Donat gebu rasa pandan yang harum wangi memang menambat selera. Warna hijau yang menarik dan lebih rasa lemak dengan tambahan bahan susu tepung. Nak cuba buat untuk minum petang ni? Memang sesuai sangat. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
DONAT PANDAN SUSU
BAHAN-BAHAN
- 1 sudu kecil garam
- 500gm tepung roti
- 11gm yis
- 10gm bread improver
- 20gm susu tepung
- 50gm gula pasir
- 2 biji telur gred A
- 80gm butter atau marjerin
- 160gm air sejuk
- 2 sudu kecil pes pandan
- Susu tepung untuk salut donat
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan-bahan dalam mangkuk mixer kecuali air sejuk.
2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh yang licin.
3. Asingkan kepada doh kecik dan timbang setiap satu 50gm.
4. Bulatkan dan canai sedikit dan ambik penutup botol tekan bahagian tengah doh.
5. Tunggu doh naik sedikit dan boleh di goreng menggunakan api perlahan.
6. Salutkan dengan susu atau gula halus. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zaimah Zakaria
Kuih Peria Ala Mama Sofea, Sedap Aje Mengunyahnya

Kuih tradisional peria ni memang sedap dikunyah, lembut tapi liut sikit sebab ada tepung pulut. Kuih muih Melayu memang tak lekang penggunaan tepung pulut dan santan ni.. Intinya boleh menggunakan kacang merah, kacang hijau atau kelapa.
Jom semak resipi perkongsian Farisha Sofea yang membahasakan dirinya Mama Sofea ni.
KUIH PERIA ALA MAMA SOFEA
BAHAN-BAHAN :
- 500gm tepung pulut
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan segar
- sedikit garam
- air secukupnya
- pewarna pilihan
- inti pilihan ( inti kacang merah / kacang hijau / kelapa ) secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Satukan bahan tepung di dalam mangkuk, kacau rata.
2. Masukkan santan yang dicampur sedikit garam .
3. Masukkan pula air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh .
4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan .
5. Ambil sedikit doh dan masukkan inti ( farisha guna inti kacang merah )
6. Untuk membuat corak , boleh menggunakan lidi / pisau plastik / pembalut buah .
7. Farisha gunakan menggunakan pembalut buah .
8. Letakkan kuih di tengah pembalut dan balut , tekan sedikit di kedua dua bahagian hujung kuih agar kuih terbentuk bujur .
9. Kemudian letakkan di atas baking paper,ulang sehingga habis .
10. Panaskan kukusan dan kukus selama 10 minit .
siap
.
Kredit Foto & Resipi : Farisha Sofea
JOM SEMAK RESIPI NI JUGAK :
Kerepek Gunting & Kuih Siput, Dua Menu Satu Resipi Aje, Rangupnya
DAN JUGA RESIPI INI :
Kuih Muih Orang ‘Lama’. Dulu Bakar Dengan Sabut, Sekarang Masuk Oven Aje
VIDEO INI PUN MENARIK JUGAK :