Rasanya dah ada ke senarai menu nak masak bila ramai dah berkumpul nanti. Bolehlah buat kuih dangai ni, selalu guna acuan khas buat dangai. Kali ini kita mudahkan cara dengan membakarnya di dalam acaun muffin saja. Rasanya pun sama.Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Sarimah Kadiron
DANGAI
Bahan-bahan:
2 cawan kelapa putih
1 cawan tepung pulut
Sedikit garam.
Gula- ikut cita rasa
Cara memasak:
1.Tepung, kelapa dan garam digaul rata.
2.Sapu loyang muffin dengan sedikit minyak. Letak separuh adunan dalam Loyang
3.Kemudian taburkan gula ikut cita rasa. Tutup gula dengan adunan.Jangan padatkan adunan, sekadar letak saja.
4.Bakar sehingga keperangan dengan suhu 160 darjah ikut oven masing-masing.
Kredit: Sarimah Kadiron