Buat Dim Sum Ayam Yang Mudah & Menyelerakan

Share

Biasa kalau nak makan dim sum akan beli saja. Sedap juga dicicah dengan sos. Bila dah suka boleh saja buat sendiri. Mudah saja pun buat dim sum. Letak isi ayam di dalamnya memang enak sekali.

DIM SUM AYAM

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • Tepung jagung
  • Lobak merah
  • Cili besar
  • Telur
  • Lada hitam
  • Garam
  • Ajinomoto

Bahan untuk kulit:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi kayu
  • Garam
  • 2 sudu besar minyak
  • Garam
  • Pewarna
  • Air panas

Cara membuat:

1.Campurkan isi ayam(cincang/tumbuk) biar halus, tepung jagung,lobak merah,cili besar (cincang),telur, lada hitam,garam,ajinomoto secukupnya. Gaul hingga sebati.

  1. Untuk kulitnya, campurkan kesemua bahan untuk kulit dan uli sampai jadi doh, ikut suka kalau nak letak warna atau tidak. Letak meriah pada doh tepung lagi meriah dimsum. Buat keping-keping kecil dan letak isi ayam tadi.

3.Kukus selama 15 minit.

4.Sedia untuk dihidang.

5.Tambah sos untuk dimakan.

Kredit: Ieyrah Deqrah

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

https://www.rasa.my/masak-gulai-ikan-sedap-guna-rempah-giling-homemade/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri