
Minum petang hari ni teringin nak pau goreng yang gebu. Nak membuat doh yang gebu boleh ikut cara Cik Yaty ni. Malah doh ini boleh buat donat,bomboloni,beger Malaysia. Untuk pau goreng ni, letaklah inti di dalamnya, goreng dan makan panas-panas memang layan.
PAU GORENG GEBU
Bahan doh:
500g tepung gandum
1 biji telur
2 sudu makan marjerin-beli online di sini
1 sudu kfc garam
2 sudu makan gula
1 pek (11g)yis/mauripan kering-beli online di sini
1 sudu teh bread improver-beli online di sini
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan susu pekat
Air suam 260ml
Cara membuat:
1.Air suam,gula,susu,yis/mauripan (kacau sebati biarkan dalam 10-15 minit).
2.Kemudian kacau tepung,garam,baking powder,bread improver dan marjerin hingga sebati.
3.Masukkan sebiji telur dan gaul rata.
4.Masukkan air tadi dalam tepung.Masuk sikit-sikit,gaul biar sebati dan tak lekat dekat tangan.
5.Kalau rasa lembik atau melekat dekat tangan,letak minyak masak sikit dekat tangan dan uli doh.
6.Rehatkan dalam setengah jam.Bekas biar besar kalau tak melimpah doh tu.
7.Keluarkan doh,tumbuk-tumbuk sikit kemudian bolehlah buat bentuk ikut suka hati.
Kredit: Noor Hayaty
Bubur Nasi Resipi Abah Yatie Kitchen Ni, Dapat Semangkuk Gerenti Ketagih Nak Lagi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Aneka Puff Pastri Lapis Yang Gerenti Gebu Dan Sedap

Puff Pastri atau Pastri Lapis memang renyah sikit buatnya. Memanglah ada dijual pastri yang siap diproses tetapi kadang-kadang kurang rasa marjerin atau menteganya. Anda boleh memilih samada hendak menggunakan mentega atau marjerin
Setiap kali proses mencanai dan melipat , jangan lupa merehatkannya dalam peti sejuk. Bila dah buat doh tu, buat lebih sikit kerana doh yang sama boleh digunakan untuk pelbagai menu berasaskan pasteri .
Ni min kongsikan 3 puff pastri dari Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam
1. CHEESE CREAM PUFF
BAHAN-BAHAN UNTUK KRIM KEJU:
- 250gm krim keju
- 250gm gula ising
- 2 sudu makan susu pekat
BAHAN UNTUK PUFF PASTRI:
- 125gm tepung tinggi protein
- ½ sudu kecil garam
- 15gm marjerin
- 70gm pastri marjerin
- 65gm air
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan krim keju; Pukul krim keju dan gula aising hingga kembang. Masukkan dua sudu makan susu pekat dan gaul sebati. Ketepikan.
2. Untuk membuat puff pastri; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.
3. Ambil pastri majerin dan canai pastri marjerin, dapatkan bentuk petak dengan dilapiskan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.
4. Kemudian ambil pula doh tadi canai doh dan dapatkan bentuk petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.
5 .Selepas itu, canai doh yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.
6.Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
7.Kemudian canai semula doh pastri membentuk petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
8.Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
9.Keluarkan doh pastri dan canai lebar. Potongkan memanjang selebar saiz 1-1.5 cm atau saiz jari. Sapukan sedikit marjerin pada sudu garpu dan gulung puff pastri pada sudu garpu seperti bentuk siput.
10.Sapukan telur di permukaan puff pastri dan bakar pada suhu 200 ˚C selama 20-25 minit hingga perang keemasan.
11.Angkat dan terus keluarkan puff pastri daripada garfu.
12.Paipkan krim keju ke dalam puff pastri dan sedia untung dihidangkan.
Info chef: Boleh kurangkan gula ising jika tidak suka terlalu manis ketika membuat krim keju.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 2 jam
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa manis dan lemak krim keju
Jenis masakan : Pastri
Cara memasak : Bakar
PUFF BEBOLA AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 40 biji bebola ayam
- 20 batang lidi pencucuk
BAHAN UNTUK PUFF PASTRI:
- 125gm tepung tinggi protein
- ½ sudu kecil garam
- 15gm marjerin
- 70gm pastri marjerin
- 65gm air
CARA MASAK:
1. Untuk membuat puff pastri; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.
2. Canai pastri marjerin dengan dilapiskan dengan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.
3. Kemudian canai doh pula dan dapatkan bentuk petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.
4. Selepas itu, canai doh yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.
5. Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
6. Kemudian canai semula doh pastri membentuk petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
7. Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
8. Keluarkan doh pastri, canai lebar dan potong memanjang sebesar saiz bebola ayam.
9. Balutkan bebola dan potong membulat dan cucukkan pada lidi.
10. Goreng di dalam minyak panas hingga perang keemasan dan garing.
11. Hidangkan bersama sos dan mayones.
Info chef: Lapiskan cheddar pada puff pastri dan gulung pada bebola ayam untuk memberikan sedikit kelainan. Bebola ayam boleh digantikan dengan sosej ataupun udang.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak : 2 jam
Jenis Hidangan: Pastri
Keistimewaan: Rasa lemak keju dan bebola ayam sedap
Cara memasak: Bakar
PUFF PIR
BAHAN-BAHAN:
UNTUK PASTRI PUFF:
- 125 g tepung tinggi protein
- ½ sudu teh garam
- 15gm marjerin
- 70gm pastri marjerin
- 65gm Air
BAHAN UNTUK INTI PIR:
- 50gm gula perang
- 50gm air
- 1 biji pir |potong dadu kecil
- 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat inti pir; mula-mula panaskan air dan gula perang hingga mendidih dan masukkan serbuk kulit kayu manis.
2. Setelah itu, masukkan buah pir dan kacau rata hingga air kering, angkat dan sejukkan. Ketepikan.
3. Untuk membuat pastri puff; Sebatikan tepung, marjerin dan garam menjadi seakan serbuk roti. Masukkan air dan uli lagi hingga menjadi doh. Rehatkan doh lebih kurang 20 minit.
4. Canaikan pastri marjerin, dapatkan bentuk petak dengan dilapiskan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada permukaan meja dan rolling pin.
5. Kemudian canaikan pula doh dan bentukkan petak. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk menstabilkan pastri marjerin supaya tidak terlalu lembut.
6. Selepas itu, canaikan doh pertama yang direhatkan tadi menjadi lebar petak memanjang. Letakkan pastri marjerin di tengah-tengah doh. Pastikan pastri marjerin tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Kemudian balut/tutup kemas pastri marjerin di dalam doh.
7. Canai doh pastri memanjang dan dapatkan bentuk petak supaya senang dilipat. Lipat doh pastri dengan anggaran tiga bahagian sama besar, lipat kiri kanan ke dalam (lipatan tunggal). Dan rehatkan doh di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
8. Kemudian canai semula doh pastri petak memanjang dan lipat lagi sekali dengan mendapatkan empat bahagian sama besar dan lipat menjadi satu bahagian (lipatan buku). Rehatkan di dalam peti sejuk lebih kurang 10 minit.
9. Ulangi langkah nombor 7 tadi untuk mendapatkan pastri yang berlapis-lapis.
10. Keluarkan doh pastri biarkan seketika. Canai lebar dan terap menggunakan pastry cutter berbentuk bulat. Pastikan besar daripada saiz lubang muffin tray.
11. Letakkan di dalam muffin tray dan letakkan inti di tengah. Sapukan telur di kelilingnya.Tutup dengan satu lagi kepingan doh pastri saiz yang sama. Kemaskan dengan menekan garpu pada sekeliling puff.
12. Sapukan telur di permukaan puff dan bakar dengan suhu suhu 200 ˚C selama 20-25 minit hingga perang keemasan.
13. Keluarkan dari oven, biarkan suam sedikit dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Inti buah pir boleh dicampurkan dengan buah epal untuk rasa inti yang lebih enak. Jangan mencanai terlalu nipis untuk mendapatkan lapisan puff pastri yang baik.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak : 2 jam
Jenis Hidangan: Pastri
Keistimewaan: Rasa pir yang masam manis
Cara memasak: Bakar
Cara Hasilkan Twister Ayam Homemade Sedap & Jimat.

Jika rasa nak makan sesuatu yang sedap, enak tapi tidak terlalu berat, boleh cuba resipi Twister Ayam homemade ala restoran makanan segera perkongsian saudari Mastura Razali ni. Bahan-bahannya mudah sahaja dan senang didapati di pasaraya. Cara nak buat pun tak susah. Anda boleh cuba. Sangat sesuai dinikmati semasa minum petang atau dijadikan sajian makan malam.
CARA MASAK TWISTER ALA RESTORAN MAKANAN SEGERA
BAHAN-BAHAN:
- Roti tortilla – dibakar sekejap dalam kuali non stick selama 2-3 minit
- Isi ayam bahagian dada – digoreng tepung
- Mayones secukupnya
- Sos Thousand Island secukupnya
- Daun salad secukupnya
- Tomato – potong dadu
- Lobak merah – disagat
- Timun – disagat
- Keju – ikut citarasa. Tak nak pun tak mengapa
BAHAN PERAP AYAM
- Tepung gorengan serbaguna
- Telur – dipukul
- Bahan perasa
CARA MEMASAK:
1. Ambil isi ayam dan perapkan dengan sedikit perasa. Biarkan selama 15-30 minit.
2. Kemudian celupkan isi ayam dalam bancuhan telur dan golekkan dalam bekas berisi tepung serbaguna.
3. Celup dalam bancuhan telur sekali lagi diikuti tepung serbaguna. Tekan-tekan sedikit ayam tadi kemudian goreng dalam minyak hingga garing dan berwarna keemasan.
4. Untuk menyediakan twister, ambil roti tortilla dan bakar seketika di atas kuali non stick. Ia bertujuan untuk memudahkan proses menggulung.
5. Sapu mayones pada keseluruhan roti tortilla.
6. Susun daun salad, lobak merah, timun dan tomato. Kemudian paipkan sos Thousand Island dengan secukupnya.
7. Susun kepingan isi ayam yang digoreng tadi diikuti kepingan keju. Balut dengan kemas.
8. Bakar gulungan Twister sekali lagi untuk mencairkan keju. ( boleh bakar guna kuali non stick sahaja.) Jika tak nak bakar pun tak apa.
9. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mastura Razali
Buat Pizza Mini Lembut & Gebu Untuk Minum Petang

Resipi Pizza Mini homemade resipi perkongsian saudari Natasha Jeffrey ni nampak mudah dan sangat sedap. Toppingnya ringkas sahaja seakan pizza bajet yang biasa dibeli di kedai-kedai roti. Anak-anak memang suka pizza begini. Jom belajar buat sendiri. Memang jimat. Sesuai sangatlah dihidangkan di waktu minum petang di musim PKP ni.
CARA BUAT PIZZA MINI HOMEMADE
BAHAN DOH:
250ml cawan air suam
1 paket yis mauripan – beli online disini
1 sudu teh gula – beli online disini
1 sudu teh susu pekat manis – beli online disini
4 cawan tepung gandum – beli online disini
1 biji telur
1/4 sudu teh garam – beli online disini
1 cawan marjerin – beli online disini
CARA MEMBUAT DOH:
1. Campurkan gula dan susu pekat manis ke dalam bekas berisi air suam. Kemudian masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.
2. Dalam mangkuk yang lain, masukkan tepung gandum, marjerin, garam dan telur ke dalam mangkuk dan gaul sehingga menjadi seakan serbuk roti.
3. Kemudian masukkan campuran yis yang telah kembang tadi. Tuang sedikit demi sedikit.
4. Uli doh sehingga tidak melekat di tangan. Kemudian tutup doh menggukan kain atau plastic dan biarkan selama 20-30 minit supaya doh naik 2 kali ganda.
BAHAN TOPPING PIZZA:
Tomato puri
Sayur campur
Sosej
Keju cheddar atau mozarella
Sos cili – beli online disini
Mayones – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian.
2. Susun atas dulang, sapu sos dan letak topping ikut cita rasa masing-masing.
3. Bakar dalam ketuhar pada suhu 190C selama 20 minit atau hingga masak (empunya resipi guna oven kecil). Waktu memasak mungkin berebza mengikut ketuhar masing-masing.
Kredit resipi & foto: Natasha Jeffrey
Anda ada banyak tip memasak yang menarik? Jom kongsi dengan kami! Mana tahu wang tunai RM500 bakal menjadi milik anda.
Nak Kongsi Tip Memasak anda? Klik DISINI untuk penyertaan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Pes Botok-Botok Johor Sedap. Sekali Cuba Pasti Puas Hati
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official