Buat Donut & Air Katira Jimat Masa Dengan Ombak Coway, Suri Rumah Mesti Onz

Share

 

Slot RASA Gerenti Jadi kali ini memang sangat best. Kita dapat menyaksikan aktiviti memasak di dapur menggunakan Ombak Coway Perghhh, bukan calang-calang hebatnya kerana ternyata Ombak Coway memudahkan kerja memasak dan menjimatkan masa.

Bayangkanlah, betapa mudahnya menyediakan dua resipi kali ini iaitu Donut dan Air Katira. Dengan adanya Ombak Coway, penyediakan bahan-bahan memasak menjadi lebih mudah dan cepat. Rekaan model terbaharu penulen air Ombak Coway bukan sahaja bergaya moden, tapi penulen air ini sangatlah memudahkan kerja-kerja di dapur. Air daripada penulen air Ombak Coway bukan saja menyihatkan tubuh, tapi sukatan beza airnya juga menyenangkan kerja.

Penapis air moden yang sangat menepati keperluan surirumah masa kini.

 

3 CIRI-CIRI MANTAP Ombak Coway

1) 50 TETAPAN SUHU AIR


Kalau korang nak tahu, penulen air Ombak Coway ini ada 50 tetapan suhu air. Boleh pilih takat suhu mana yang menjadi idaman hati. Nak panas ke, nak sejuk ke, nak sedang-sedang saja ke. Semua ada. Boleh pilih mana satu yang korang nak.

2) TANGKI LEBIH BESAR
Jika anda tinggal dalam keluarga besar yang mempunyai lebih daripada tiga orang, penulen air Ombak Coway pasti sesuai dengan anda. Tangki lebih besar membuatkan bekalan minuman daripada penulen air ini mencukupi untuk kegunaan seisi rumah. Tangki dengan isian sehingga 13.5 liter pastinya membuat korang puas hati.

3) TETAPAN ISIPADU (KUANTITI) AIR
Senangnya memasak di dapur dengan tetapan kuantiti air. Tak perlu susah-susah nak tengok jumlah air yang keluar. Tekan saja, jumlah air yang keluar akan ikut seberapa banyak yang kita mahukan. Tak perlu sukat air untuk dijadikan kuah. Terus sahaja tekan dan tunggu jumlah air yang sudah ditetapkan. Senang, kan?

 

Tak bimbang air melimpah sebab sudah setting sukatan air yang diperlukan.

 

JIMAT MASA & MUDAHKAN KERJA

Untuk membuat air katira, perlu melarutkan air gula. Jadi dengan adanya Ombak Coway, anda tak perlu lagi memasak air panas dahulu untuk membancuh gula. Hanya perlu tekan dan set suhu air yang diperlukan. Air dengan suhu panas akan keluar. Coway Ombak boleh set suhu daripada 40 darjah selsius hingga 90 darjah selsius. Sesuai dengan semua jenis keperluan untuk memasak atau membuat minuman.

Bagi resipi donut pula, air yang diperlukan adalah pada suhu antara 40 hingga 50 darjah selsius untuk mendapatkan doh yang lembut bagaikan masakan seorang pakar pastri. Jadi, dengan adanya mesin ini kita boleh dapatkan suhu air yang tepat dengan keperluan doh donut yang hendak kita buat. Tekan sahaja, air yang diperlukan akan kita peroleh.

Masak donut lebih senang dengan adanya Ombak Coway.

 

Pada hari ini, kita semua sangat sibuk dengan rutin harian. Siapa yang ada masa lama di dapur? Jimatkan masa di dapur dan kita akan ada lebih banyak masa untuk bersama keluarga. Penulen air Ombak Coway sangat membantu jimatkan masa terutama suri rumah yang perlu bekerja, menjaga anak dan membuat kerja sampingan misalnya bisnes online. Jimatkan masa memasak dan manfaatkan masa untuk sesuatu perkara yang lain.

Dengan adanya 50 tetapan suhu air yang boleh dipilih daripada 40 darjah selsius hingga 90 darjah selsius, memang sangat best. Kemudian, boleh pula pilih kuantiti air yang dimahukan. Tak ada masalah air terlalu sikit atau terlalu banyak. Just nice, ikut jumlah yang kita nak. Kan senang? Memang dijamin puas hati dengan kelebihan yang ada pada Ombak Coway. Gaya moden, ciri-ciri hebat dan menepati keperluan seisi keluarga.

 

Sejuk atau panas, Ombak Coway mudahkan suri rumah buat air katira. Senang sungguh la wehhhh.

 

Jom klik sini untuk dapatkan info lanjut mengenai Ombak Coway
https://www.coway.com.my/products/water-purifier/ombak

Published by
Maryam Elyas