Ketika negara kita dilanda wabak COVID dua tahun lalu, ramai yang mula tercari-cari sesuatu untuk diusahakan demi meraih pendapatan. Begitu jugalah dengan wanita bernama Najihah Fidri yang sememangnya suka berniaga.
Dia mengambil keputusan untuk membuat bisnes pencuci mulut (dessert) disebabkan hidangan itu mempunyai ramai peminat. Namun, dia tiada kemahiran membuat kuih. Justeru, dia memilih untuk menjual dessert orang lain dan hanya mengambil komisyen sahaja.
“Saya tak pandai dan tak minat baking. Tapi saya sendiri suka dessert dan saya suka berniaga. Bagi saya, tiada salahnya menjual produk orang lain dan hanya ambil komisyen. Itulah yang saya buat sejak tahun 2019 dulu sampailah sekarang,” katanya.
Mengakui jualan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih tinggi berbanding sekarang, namun Najihah tetap menjual dessert kerana permintaan sentiasa ada.
“Masa PKP dulu, memang sangat laju jualan disebabkan semua orang duduk rumah. Sekarang pun masih OK walau tak macam dulu. Tapi dessert ni tetap ada permintaan sebab orang suka makan dessert,” katanya lagi.
Najihah menyenaraikan lima dessert yang paling laris jualannya.
Rasa premium dan dibuat dalam saiz small bite. Mudah untuk dibawa ke majlis dan mudah untuk tetamu makan.
HARGA: RM40/box
Kek dimasak pada hari yang sama kek ini dijual. Jadi, pelanggan akan dapat kek yang memang baru dimasak. Bukan yang disimpan. Pelanggan selalunya memaklumkan kek ini cair di mulut. Rasa mentega dan cip coklat itu memang sedap.
HARGA: RM15/pek
Memang ramai orang menjual brownies. Namun brownies yang dijual oleh Najihah sangat fudgy and bukan rasa kek. Kebanyakan brownies sangat mampat macam kek. Namun brownies ini teksturnya fudgy and chocolatey!
HARGA: RM45/box for plain & walnut brownies.
Harga yang sangat mampu milik. Hanya RM25 untuk empat ketul pavlova. Pavlova ni dibuat kurang manis. Kalau anda suka pavlova tapi mahu yang kurang manis, inilah pilihannya.
HARGA: RM25 (4 ketul)
Cita rasa kek toornado ini sangat sedap setanding kedai kek yang terkenal di tanah air. Namun, harganya masih murah. Sangat berbaloi untuk menikmati kek ini.
HARGA RM15
Bagi anda yang mahu membeli dessert melalui Najihah, bolehlah dm ke instagram beliau. Kawasan sekitar Shah Alam dan Subang.
Sumber: Instagram @najeafidri