Makan

Buat Jem Nenas Cara Cepat Siap & Tahan Lama. Simpan Setahun Pun Elok Lagi

Share

Dalam beberapa minggu lagi kita akan memasuki bulan Ramadan. Rasanya dah boleh mula untuk sediakan bahan-bahan bagi membuat kuih raya.

Salah satu kuih yang selalu ada waktu raya adalah tart nenas. Ramai yang buat sendiri tapi menggunakan jem nenas ready made. Memang mudah cuma rasanya kurang sedap.

Nak sedap memang kena buat sendiri. Jika nak cuba boleh ikut perkongsian Nureen Jalaly

ini. Jem nenas homemade ini bukan saja enak tapi juga tahan lama. Boleh tahan setahun. Nak buat juga tak lama. 10 biji nenas boleh siap dalam 1 1/2 jam.

Cara mudah dan cepat buat jem tart nenas

 

Di sini saya kongsikan cara-cara buat jem tart nenas. Hanya perlukan 1  1/2 jam untuk membuat inti untuk 10 biji nenas.

Bahan-bahan:

10 biji nenas – dibuang kulitnya dan matanya
Gula
2 penutup kecil pewarna kuning
10 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
1 penutup kecil esen vanilla
1 biji limau nipis

Cara membuat:

1.10 biji nenas diparut/disagat dan jangan sampai bahagian tengah nenas. Kalau tak nanti inti yang kita buat tak akan kering dan mengambil masa yang lama untuk memasak.

2. Setelah semua nenas habis disagat tapiskan airnya sehingga kering.

3. Seterusnya ambil isi nenas tadi disukat pakai mangkuk. 1 mangkuk nenas 1/2 mangkuk gula pasir dan kalau dapat 2 mangkuk 1 mangkuk gula pasir. Pastikan guna mangkuk yang sama.

4. Selepas itu masukkan ke dalam kuali isi nenas bersama gula. Masukkan juga pewarna kuning, esen vanilla,bunga cengkih, kulit kayu manis kemudian hidupkan api. Kacau sehingga kering dan likat (guna api sederhana kecil).

5. Akhir sekali setelah tutup api perahkan asam limau nipis (inti ini boleh tahan setahun jika disimpan dalam peti ais).

Semoga bermanfaat.

Sumber: Nureen Jalaly

 

Published by
Rose