Suka makan Jemput-Jemput Durian? Resipi perkongsian saudari Ju Mohamad ini antara yang boleh anda cuba. Bila dimakan, terasa inti isi durian segar ditengahnya. Sangat sedap! Sesuai dijadikan hidangan waktu sarapan atau minum petang. Terasa nikmat! Anda perlu cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI JEMPUT-JEMPUT BERINTI DURIAN SEDAP
BAHAN-BAHAN:
4 cawan tepung gandum – beli online disini
2 sudu kecil mauripan (yis) – beli online disini
1 biji telur
1 sudu kecil garam – beli online disini
2 sudu makan gula – beli online disini
Air suam secukupnya
Isi durian secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Kacau yis, telur, garam dan gula bersama air suam. Biarkan yis kembang.
2. Gaul yis bersama tepung gandum. Perap adunan selama 30-45 minit.
3. Ambil isi durian dan potong-potong guna gunting supaya senang untuk letak dalam adunan tepung nanti.
4. Panaskan minyak masak dalam kuali.
5. Untuk menggoreng Jemput-Jemput, ada dua cara. Cara pertama ialah ambil senduk nasi, ratakan sedikit adunan tepung, letak isi durian dan bulatkan menggunakan sudu.
6. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga masak.
7. Untuk cara kedua, ambil isi durian yang telah dipotong kecil tadi.
9. Goreng seperti biasa hingga masak.
10. Angkat dan Jemput-Jemput inti durian sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ju Mohamad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official