Buat Kek Cheese Leleh Guna Blender

Share

Sedapnya di waktu petang begini dapat menikmati kuih atau kek yang disukai. Kek keju leleh memang jadi kegemaran ramai. Semakin banyak lapisan keju, semakin sedap rasa kek bila dinikmati. Nak puas makan, jom buat sendiri ikut resipi yang min kongsikan ini.

Kek cheese leleh versi blender

Bahan-bahan:
*2 biji telur gread A
1 cawan tepung gandum
*1/2 cawan gula (saya kurangkan)
*2 sudu susu pekat
*1sb ovalate
2sb susu tepung
1sk baking powder
1sk soda birkabonat
*1sk esen vanilla (saya guna perisa vanilla)
1/4 cawan minyak masak

Cara-cara:
1.Blender bahan bertanda * hingga putih gebu.
2.Ayak tepung,baking powder dan soda birkabonat
3.Satukan adunan yg dah blander gebu tadi bersama bahan ayak. Masukkan susu tepung.
4.Last skali letak minyak masak dan gaul sebati
5.Tuang adunan dalam aluminium foil atau loyang. Guna bekas aluminium kecil tu kukus dlm 20@25 minit je.
6.Guna acuan plastik pun bole jg. masa kukus sama.

*Guna loyang 30 atau 40 minit atau hingga masak.

Topping
150g cream cheese
1 cawan whipping cream
1/2 cawan susu pekat
Cheddar cheese diparut secukupnya

P/s: Blender sampai sebati je. Jangan lama2 ok.
Bila kek dah sejuk, belah kek kepada 2 bahagian. Letak topping sedikit ditengah pastu tutup balik baru tuang habis topping tadi. Last skali boleh tabur cheddar cheese banyak mana korang nak. Simpan kejap dalam 1 jam di peti sejuk pastu dah boleh makan. Senang jee.

Kalo xnak pun takpe bole je pakai acuan plastik yang lubang tu pun ok je.

selamat mencuba.

credit : NorAzizah Razali

Published by
Putri Adila Saari