Baru-baru ini viral mengenai resipi Kek Hari Jadi dari buku teks Bahasa Melayu darjah 2. Ramai yang telah mencubanya dan ternyata menjadi dengan sempurna. Wow…Anda dah cuba? Resipi ini adalah resipi asas kek sahaja dan bebas untuk menambah bahan-bahan lain supaya hasilnya lebih enak dan gebu. Jika nak rasa, boleh ‘try’ resipi yang dicuba oleh saudari Shuai Shaik ni. Beliau telah mencuba resipi ini namun tepung gandum ditukar kepada tepung naik sendiri. Beliau juga menambah perisa coklat dan red velvet supaya kek kelihatan lebih menarik. Jom lihat cara-caranya.
RESIPI KEK DARI BUKU TEKS BM DARJAH 2
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
150gm gula – beli online disini
230gm mentega – beli online disini
200gm tepung gandum / tepung naik sendiri – beli online disini
1 sudu teh esen vanilla – beli online disini
BAHAN TAMBAHAN (JIKA SUKA):
Perasa coklat & red velvet – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Ayak tepung gandum ke dalam bekas yang bersesuaian.
2. Dalam bekas berlainan, pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur satu persatu diikuti tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau adunan hingga semua bahan sebati.
4. Kemudian masukkan esen vanilla. Sebatikan. Jika ingin buat kek yang bercorak, boleh bahagikan adunan dan letak perasa atau pewarna ikut kreativiti masing-masing.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
6. Sapukan minyak pada loyang dan tuang adunan kek tadi. Boleh guna loyang saiz 7.
7. Bakar adunan kek selama 45 minit atau sehingga masak.
8. Bila kek telah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: Shuai Shaik
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official