Buat Kek Pandan Kampung Guna Dapur Gas

Share

Petang begini dapat makan kek pandan sedapnya. Nak masak ni senang saja hanya guna dapur gas pun elok hasilnya. Bolehlah cuba nanti ikut resipi yang dikongsi ini.

 

KEK PANDAN KAMPUNG

Bahan-bahan:

A) Sukatan cawan:

5 biji telur gred B

1/2 cawan gula halus (kalau suka manis boleh tambah)

1 sudu besar ovelatte-beli online di sini

1/2 cawan santan pekat Kara-beli online di sini

Sedikit pewarna hijau epal-beli online di sini

Sedikit perisa pandan

*1 1/2 cawan gandum

*1 sudu kecil baking powder-beli online di sini

*1/2 cawan tepung jagung

(bahan bertanda diayak)

200g unsalted butter lurpark -dicairkan(Saya guna buttercup)

 

Cara membuat:

1.Masukkan semua bahan-bahan (A) di atas kemudian aduk guna mixer sampai gebu.

2.Kemudian masukkan butter (suam) yang dah dicairkan. Kacau sebati guna senduk.

3.Lapik periuk guna pelapik besi kemudian letakkan loyang kek di atasnya.

4.Bakar dengan api kecil dalam 45 minit.

*jangan letak air dalam periuk, nanti jadi kek kukus pula.

Kredit: Azrina Rina

 

Published by
Putri