Banyak pula lebihan kentang yang beli seguni hari tu, tapi tak tahu nak buat apa. Jom kita buat Kentang Wedges macam di restoran makanan segera tu. Letakkan pula sos cheese di atasnya. Memang sedap. Buat sendiri, puas hati sekeluarga dapat menikmatinya.
Ikuti resipi mudah membuat Kentang Wedges hasil perkongsian Hanizah Mohd Najib ini. Sedap pula tu dapat makan panas-panas dan garing. Jom kita buat.
Kalau boleh setiap hari kita nak bekalkan makanan untuk anak ke sekolah, tetapi kadang-kadang mati idea juga, betulkan? Ini RASA nak kongsikan menu Bebola kentang Inti Pop Corn Ayam, mak-mak jangan risau ini menu yang mudah, sedap dan sihat. Siap dengan DIY membuat supaya lebih senang mencubanya. Jangan tak sempat simpan untuk bekal sudahlah…
BEBOLA KENTANG INTI AYAM AYAM
BAHAN-BAHAN:
2 biji kentang | buang kulit dan kukus
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan hirisan bawang
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya| untuk menggoreng
1 cawan pop corn ayam
1 cawan nestum
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Lenyekkan kentang hingga hancur.
LANGKAH 2: Campurkan daun bawang. lada sulah, garam dan serbuk perasa ayam, gaul rata.
LANGKAH 3: Masukkan tepung, gaul rata dan bulatkan seperti guli.
LANGKAH 4: Leperkan dan letakkan di dalamnya poplcorn ayam, kemudian bulatkan semula.
LANGKAH 5: Celupkan dalam telur, kemudian golekkan di dalam mangkuk berisi nestum.
LANGKAH 6: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng bebola kentang hingga keperangan.
Suka makan Jemput-Jemput Durian? Resipi perkongsian saudari Ju Mohamad ini antara yang boleh anda cuba. Bila dimakan, terasa inti isi durian segar ditengahnya. Sangat sedap! Sesuai dijadikan hidangan waktu sarapan atau minum petang. Terasa nikmat! Anda perlu cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK: 1.Kacau yis, telur, garam dan gula bersama air suam. Biarkan yis kembang. 2. Gaul yis bersama tepung gandum. Perap adunan selama 30-45 minit. 3. Ambil isi durian dan potong-potong guna gunting supaya senang untuk letak dalam adunan tepung nanti. 4. Panaskan minyak masak dalam kuali. 5. Untuk menggoreng Jemput-Jemput, ada dua cara. Cara pertama ialah ambil senduk nasi, ratakan sedikit adunan tepung, letak isi durian dan bulatkan menggunakan sudu.
Klik pada gambar untuk tonton video
6. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga masak. 7. Untuk cara kedua, ambil isi durian yang telah dipotong kecil tadi. 8. Letak dalam adunan tepung, salutkan dengan adunan dan bentukkan jadi cekodok.
Klik pada gambar untuk tonton video
9. Goreng seperti biasa hingga masak.
10. Angkat dan Jemput-Jemput inti durian sedia untuk dinikmati.
Suka makan Salad Buah? Jika ya, resipi perkongsian Mak Frida @fridajoincoffee ni antara yang anda boleh cuba. Menggunakan campuran buah-buahansegar dan dinikmati bersama sos enak. Hmm…Tengok gambar je pun dah terliur. Jom cuba. Anda pasti sukakannya.
SALAD BUAH PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji buah tembikai susu ( honeydew)
1/2 biji buah tembikai
200gm buah mata kucing @ longan
1 biji buah nanas
1 biji buah naga
200gm buah anggur
160gm susu pekat manis
160gm yogurt Greek
160gm mayones
200gm keju cheddar
CARA MEMASAK:
Potong buah-buahan berbentuk dadu kecil. Buah anggur dibelah dua dan buah mata kucing dibuang bijinya. Campurkan kesemua buah dan gaul rata.
Dalam bekas berasingan, campur susu pekat manis, yogurt dan mayonis. Kacau sebati.
Tuang sos tadi ke atas campuran buah.
Seterusnya, parut keju cheddar di atas buah dengan secukupnya.