Buat Kentang Wedges, Goreng Garing-Garing Sekejap Je Licin

Share

Banyak pula lebihan kentang yang beli seguni hari tu, tapi tak tahu nak buat apa. Jom kita buat Kentang Wedges macam di restoran makanan segera tu. Letakkan pula sos cheese di atasnya. Memang sedap. Buat sendiri, puas hati sekeluarga dapat menikmatinya.

Ikuti resipi mudah membuat Kentang Wedges hasil perkongsian Hanizah Mohd Najib

ini. Sedap pula tu dapat makan panas-panas dan garing. Jom kita buat.

KENTANG WEDGES ALA KFC

BAHAN-BAHAN:

Kentang 

Rempah kari (untuk rasa pedas) – Boleh beli online di sini

Tepung Bestari – Boleh beli online di sini

Herba parsley

CARA MEMASAK:

Kentang dikupas kulitnya dan dipotong wedges.

Kukus sebentar kentang yang telah dipotong wedges terlebih dahulu.

Kemudian, campurkan kesemua bahan-bahan iaitu rempah kari, tepung Bestari dan herba parsley

.

Gaulkan perlahan-lahan kerana kentang tadi telah dikukus, bimbang terpatah pula kentangnya.

Akhir sekali, gorengkan garing-garing. Sekejap je, dah habis licin.

Nak buatkan sos cheese, boleh beli serbuk cheese yang telah dibancuh siap-siap di bakeri.

Selamat mencuba.

Kredit: Hanizah Mohd Najib

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Fazida