Buat Kerepek Peria Garing, Ikut Cara Ni Takkan Rasa Pahit Sedikit Pun

Share

Kalau sebut tentang sayur peria tidak ramai yang menggemarinya kerana rasanya pahit. Namun ia mempunyai banyak khasiat. Ada cara untuk memasaknya agar rasanya tidak terlalu pahit.
Peria juga boleh dijadikan kerepek dan sedap digoreng garing.Makan nasi panas dengan peria goreng ni memang layan.Boleh cuba resipi dan tip yang dikongsi oleh Zizah Mizie

.

Peria Garing

Bahan-bahan:
Peria
Tepung bestari pedas
Tepung beras
Garam
Minyak masak

Cara membuat:


1. Belah peria kepada dua bahagian. Buang bijinya.


2. Hiris nipis dan rendam dalam air garam selama 10 hingga 15 minit.


3. Tos dan basuh beberapa kali.


4. Perahkan peria dan letak dalam mangkuk. Gaulkan dengan tepung bestari dan tepung beras.


5. Peria yang sudah digaul sempurna dengan tepung.


6. Sedia untuk digoreng dalam minyak panas.
7. Peria siap digoreng.

Kredit: Zizah Mizie

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Putri Adila Saari