Buat Kiub Pati Ayam Homemade, Lebih Sihat & Tanpa MSG

Share

Senang saja nak buat kiub ayam sendiri.Melihat perkongsian Dr. Mazliana Mazlan ni anda pun boleh buat sendiri.Istimewanya kiub ayam dari ayam dan sayuran sebenar tanpa perasa dan MSG.Banyak sangat menggunakan perasa tambahan tidak baik untuk kesihatan. Kiub ayam bukan dari ayam sebenar dan tinggi pulak kandungan MSG dalam tu.

Kiub ayam ni menggunakan bahan apa yang ada kat rumah. Jom kita lihat bahan yang digunakan.

 

KIUB AYAM TANPA MSG

Bahan-bahan:

Ayam tanpa antibiotik dan bebas hormon

Bawang besar

Bawang putih India

Leek

Cendawan-beli online di sini

Bunga cengkih

Biji ketumbar-beli online di sini

Daun bay

Garam Himalaya-beli online di sini

Cuka epal

Air

Dapatkan SUGAR BUBBLE DISH WASHING LIQUID dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

Cara membuat:

 

1.Mula kisar ayam, kemudian kisar pulak sayur.

2.Kemudian kisar pula sayur. Masukkan semula ayam yang sudah dikisar tadi.

3.Dah siap kisar semuanya masukkan bahan-bahan lain, dan masak 25 minit. Tinggal je, tak payah tunggu depan Thermomix pun.

4.Dah siap masak nanti, kisar bagi hancur semuanya 1 minit.

5.Kalau tiada Thermomix, boleh jugak buat sendiri. Perlu kisar banyak kali untuk betul-betul halus kisarannya.

6.Boleh jugak buat versi serbuk. Kena bakar lepas dah siap masak. Mana-mana je yang mudahkan korang nak buat dan guna nanti.

7.Masukkan dalam bekas kiub silicon, kemudian bekukan.

8.Dah siap. Mudah sangat kan

Kredit: Mazliana Mazlan

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri