Ada peminat korean garlic bread? Jom buat Korean garlic bread versi mudah.Hanya guna roti keping yang ada dekat rumah, tak perlu susah-susah beli roti burger atau uli doh.Sesuai untuk minum petang atau buat bekal untuk anak-anak ke sekolah.
Korean Garlic Bread
Adunan butter untuk celup roti:
100gm butter 5 ulas bawang putih- (cincang halus) 1 biji telur 2 sudu besar madu Daur parsley kering – sikit
Cara membuat:
1.Panaskan butter dengan api perlahan, dah cair masukkan bawang putih, tutup api.
2.Bila dah agak sejuk, masukkan telur, madu dan daun parsley. Aduk rata.
Adunan Cream Cheese untuk letak dalam roti: 150gm Cream cheese – (saya pakai jenama tatura) 3 sudu besar susu sejat 2 sudu besar susu pekat manis
Ads
Cara membuat: 1.Campur semuanya, kacau sampai rata.
Cara penyediaan:
1.Letakkan adunan cream cheese di atas roti.
2. Lipat dua roti dan tekan dengan garpu sekeliling roti agar ia melekat.
Ads
3.Celupkan roti dengan adunan butter dan susun di loyang.
4.Bakar dengan suhu 180c selama 15 minit. Ikut kepanasan oven masing-masing.
Nampak mudah nak buat pizza roti burger ni, amat sesuai untuk dijadikan bekal anak ke sekolah, bekal nak ke pejabat atau buat jamuan hari jadi. Boleh berjimat, mudah nak buat dan cepat disediakan. Boleh cuba untuk menu makan malam atau hujung minggu. Selamat mencuba!
RESIPI PIZZA ROTI BURGER Bahan-Bahan:
Roti burger rm4.50 (10biji belah 2)
Bahan sos:
Tomato puree (kecil) jenama Tesco rm2.80
Lobak merah 2btg potong dadu rm1.50
Bawang besar potong dadu
Bawang putih 3 ulas dadu
3 sudu sos cili
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Daun sup 3btg hiris
Garam secukup rasa
Sosej ayamas sebungkos kecil potong nipis boleh letak byk2 rm3
Sedapnya Cinnamon Roll ni. Biasanya kalau teringin nak makan, kenalah beli. Tapi menerusi perkongsian saudara Adri Oppa ni, puan-puan boleh buat sendiri. Lebih istimewa lagi resipi ini sangat mudah dan tak perlu adun guna mixer pun. Guna tangan je. Hasilnya? Tentulah gebu. Memang berbaloi.
CINNAMON ROLL SEDAP & MUDAH. ULI GUNA TANGAN JE
BAHAN A:
3 1/2 cawan tepung gandum / tepung roti
1/4 cawan gula halus
2 sudu teh yis
1 biji telur A
1/4 cawan mentega
1 1/4 cawan susu segar
1-2 cubit garam
BAHAN-BAHAN LAIN:
1 cawan kismis/buah campuran – dicincang
1 cawan gula merah + 1 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 cawan mentega cair
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, gula halus, garam dan mentega. Gaul guna hujung jari (kaedah ‘finger tip’) sampai mentega bergaul rata dengan tepung. Masukkan yis.
2. Masukkan telur dan susu segar. Adun dan uli dengan tangan hingga jadi doh dan tidak melekat pada mangkuk.
3. Rehatkan doh selama 30 minit kemudian leperkan doh menjadi bentuk petak. Pastikan doh tidak terlalu nipis.
4. Sapukan mentega cair diatas doh dan tabur gula merah yang telah digaul dengan serbuk kayu manis. Ratakan.
5. Taburkan juga kismis/buah campuran. Gulung doh seperti membuat kek gulung.
6. Kelim @ matikan bahagian hujung doh. Potong doh dengan ketebalan yang sekata.
7. Susun doh di atas loyang dan letak seperti dalam gambar di bawah.
8. Rehatkan doh sehingga kembang seperti dalam gambar.
9. Bakar doh pada suhu 180C selama 25-30 minit sehingga keperangan atau sedikit kecoklatan.
Roti bakar kastard yogurt ini sedap walau pun cara pembuatannya versi lebih sihat. Roti dibakar dan tak menggunakan minyak. Bahkan terdapat buah-buahan juga.
Siapa cakap makanan untuk orang diet tak sedap ye? Roti bakar kastard yogurt atau Yogurt Custard Toast ini cukup mudah nak membuatnya. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Tuan Adrianna Arissa ini.
Ambil sekeping roti, lenyekkan nipis bahagian tengah dengan menggunakan sudu.
Dalam satu bekas, campurkan bahan yogurt, sirap maple, serbuk kulit kayu manis dan telur. Kacau sebati. Kalau tak suka rasa dan bau kayu manis, boleh skip.
Letakkan campuran yogurt itu di atas roti tadi dan susun buah-buahan pilihan. Terpulang berapa banyak nak letak dan buah apa.
Susun roti di dalam tray di dalam air fryer. Bakar suhu 160 -170 selama 10 minit. Siap!
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.