Sebut sahaja asam pedas terus terbayang akan kuahnya yang masam dan pedas. Buat asam pedas kena tahu seimbangkan rasa agar tidak terlalu masam dan cukup rasa. Rasanya asam pedas juga berbeza-beza bergantung kepada penggunaan bahan utama yang diletakkan. Rasa asam pedas ikan merah dan jenahak juga berbeza . Nah kali ini min nak kongsikan resipi membuat asam pedas daging tetel. Memang kecur liur dibuatnya.
Asam Pedas Daging Tetel Melaka
Bahan-bahan:
Daging ada juga lemak sikit bru sedap
Bawang merah
Bawang putih
Kunyit
Daun limau purut
Lengkuas -dititik
Serai -dititik
Ketumbar
Lada hitam
Jintan putih
Jintan manis sy da bcampur dgn ketumbar
Blender sekali dgn bwang kunyit di atas
Cili kisar
Kerisik
Air asam jawa
Cara memasak:
1.Tumis bahan yg di kisar & rempah ratus tadi besama cili sampai naik bau ..garing
2.Masukkan daging ketukkan serai gaulkan
3.Masukkan air tutup periuk dan renehkn pada api yang sederhana sehingga daging tu empuk
4.Bila dah empuk masukkn air asam jawa garam perasa & kerisik
Ikan bakar memang ramai peminatnya. Tapi dalam masa yang sama, ada yang kata renyah nak buat ikan bakar sebab perlu buat air asam. RASA kongsikan resipi ikan bakar yang sangat mudah nak dibuat. Tanpa ada air asam pun, dah sedap dimakan.
IKAN BAKAR TOMYAM
BAHAN-BAHAN
2 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
2 cm kunyit (tumbuk lumat)
2 cm halia (tumbuk lumat)
Cili padi (ikut tahap kepedasan yang disukai)
1 peket pes tomyam
1 tangkai serai (tumbuk / ketuk)
2 helai daun limau purut (koyak-koyakkan)
1 ekor ikan cencaru (basuh bersih)
CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk kecil, masukkan bawang putih, kunyit, halia dan cili padi.
2. Masukkan pes tomyam, serai dan daun limau purut. Gaul semuanya.
3. Ambil ikan dan belah sedikit bahagian atas ikan itu.
4. Lumur ikan dengan bahan tadi. Serai itu masukkan dalam perut ikan. Sumbatkan semua pes ke dalam bahagian perut ikan.
5. Bungkus ikan menggunakan aluminium foil.
6. Bakar ikan dalam kuali leper menggunakan api perlahan.
7. Bakar sehingga masak.
TIP RASA
1. Anda boleh gunakan resipi ini untuk membakar ikan lain selain cencaru. Boleh bakar ikan pari, kembung, siakap atau tenggiri.
2. Daun limau purut perlu dikoyak-koyak supaya aromanya lebih wangi dan menyelerakan.
3. Resipi ini tidak menambah garam atau sebarang penambah perisa. Anda masih boleh tambah bahan tersebut jika suka.
4. Sebelum makan, boleh juga perahkan limau kasturi untuk menambah rasa masam.
5. Jika tidak tambah perahan limau kasturi, boleh juga buat air asam. Tapi sebab gunakan pes tomyam, rasa masam itu sudah mencukupi.
Seminggu sesi persekolahan tahun 2018 akan bermula. Jom kita rangsang keseronokan anak-anak kembali ke sekolah, terutamanya si kecil yang baru melangkah ke alam persekolahan dengan menyediakan bekal yang sedap dan sihat. Apa kata kita tambah resipi dalam senarai menu yang ada.
Kepada ibu-ibu yang masih tercari-cari, ini Rasa kongsikan dua resipi yang mudah dan sihat untuk si kecil, terutama yang baru melangkah ke alam persekolahan.
SANDWICH BERKEJU BBQ
BAHAN-BAHAN:
6 keping roti
3 keping keju perisa BBQ | boleh didapati dipasaran
3 biji telur
½ sudu teh serbuk lada putih
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kepitkan dua keping roti dengan selapis keju di bahagian tengahnya.
Kemudian pecahkan telur dan pukul bersama sedikit garam dan juga serbuk lada putih.
Celup roti ke dalam telur.
Panaskan minyak dan goreng roti hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Masukkan ke dalam bekal anak.
BEBOLA UDANG DRAGON BALL
BAHAN-BAHAN:
6keping roti putih | dipotong dadu kecil
½kgdik isi udang besar | dicincang
Seit lada putih
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya | untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Potong roti menjadi saiz dadu kecil dan kemudian simpan di tempat sejuk beku selama 30 minit. Ketepikan.
Gaulkan udang bersama serbuk lada putih dan garam hingga sebati.
Kemudian kepalkan menjadi bebola kecil.
Keluarkan roti dari dalam peti sejuk dan kepalkan kuat-kuat pada bebola udang tadi.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.