Jom buat Kuih Belimbing sedap ni. Ada yang panggilnya Churros. Resipinya sangat mudah. Sesuai sangat buat untuk hidangan suami dan anak-anak. Sekali buat ni, dijamin berebut makan. Makan panas-panas, memang sangat sedap. Garing je. Best! Pn Habsah Ngah ada kongsikan resipi dan cara-cara membuatnya. Jom cuba!

RESIPI KUIH BELIMBING SEDAP & MUDAH

Buat Kuih Belimbing Sedap Guna Resipi Mudah, Dijamin Puas Hati

BAHAN AYAK BERSAMA:
1/2 kg tepung gandum – beli online disini
1 sudu teh baking powder – beli online disini

 

BAHAN-BAHAN:
4 cawan air
3 sudu besar gula beli online disini
3 sudu besar marjerin – beli online disini
3 biji telur gred A/B – jika guna gred C, guna 4 biji
Sedikit garam
1 sudu teh esen vanilla – beli online disini

CARA MEMASAK:

1.Panaskan air. Masukkan marjerin, gula, garam dan esen vanila. Kacau dan biarkan hingga menggelegak.
2.Bila sudah menggelegak, kecilkan api.
3.Dengan perlahan-lahan, masukkan tepung gandum yang sudah diayak dengan baking powder tadi. Kacau sampai tiada ketul-ketul tepung.
4.Bila sudah tiada ketul tepung, padamkan api. Tuang adunan tadi dalam bekas.
5.Pecahkan telur satu persatu. Kacau adunan tadi sampai sebati.

Buat Kuih Belimbing Sedap Guna Resipi Mudah, Dijamin Puas Hati

Ads

6.Rehatkan adunan selama 20 minit sebelum digoreng.
7.Ambil acuan biskut semperit @ acuan biskut dahlia.

Buat Kuih Belimbing Sedap Guna Resipi Mudah, Dijamin Puas Hati

8.Adunan memang lembut. Rajin basahkan tangan kalau taknak doh melekat sangat masa nak picit adunan masuk ke dalam acuan.
9.Cara empunya resipi pula, beliau terus picit doh masuk ke dalam kuali dan gunting penghujung adunan.
10.Masak guna api sederhana dan rajin terbalikkan adunan supaya kuih masak sekata. Goreng hingga kekuningan.
11.Angkat kuih dan toskan minyaknya. Bila sudah suam, bolehlah tabur gula halus.

Buat Kuih Belimbing Sedap Guna Resipi Mudah, Dijamin Puas Hati

Kredit resipi & foto: Pn Habsah Ngah

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan

Nampak Sedap! Resipi Kerang Masak Cili Ala Sheila Rusly

Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je

Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji  

Ads

Sangat Sedap, Resipi Sambal Lada Bilis Extra Pedas

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Ads

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI