Anak-anak suka makan kuih cakoi, dapat pula cicah dengan kaya pandan. Memang ketagih nak makan.Cara nak buat pun sangat simple hanya guna empat bahan. Buat kecil-kecil memang layan makan. Sesuai untuk sarapan dan minum petang.
KUIH CAKOI
Bahan-bahan:
3/4 air suam
1/2 sudu yis
2 sudu gula
*kacau dan tunggu selama 15 minit sehingga naik buih
2 cawan tepung gandum
Cara membuat:
1.*uli bersama bahan di atas selepas 15 minit dan rehatkan lagi selama 60 minit.
2.Setelah kembang, bolehlah dipotong memanjang dan digelek.
3.Potong kecil-kecil dan cantumkan antara satu sama lain dengan sedikit air disapu pada permukaan.
4.Goreng sehingga keemasan.
5.Sedap dimakan bersama sangkaya pandan yang dibuat sendiri.
Kredit: Sophea Amri
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official