Teringin nak makan kuih cara, acuan pula tak ada. Acuan takoyaki adalah, tapi boleh saja kita olah cara kita. Comel pula buat kuih cara manis guna acuan takoyaki ni,makan pun senang. Seketul tu sekali ngap je.
KUIH CARA MANIS
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A – pukul dulu
2 cawan santan
1 cawan air pandan – kisar 4 helai daun pandan & 1 cawan air.Tapiskan
Sedikit gula
Sedikit garam
Sedikit esen vanilla – jika suka
Pewarna hijau
CARA MEMBUAT :
1) Masuk semua bahan-bahan di atas dalam bekas. Gaul rata.Tuang dalam blender,kisar halus.
2) Tuang dalam jag sederhana.Panaskan acuan takoyaki atas dapur gas. Api perlahan. Sapu minyak.
3) Tuang adunan penuh dalam acuan. Biarkan seketika,baru letak sedikit gula dalam adunan.Tutup dengan penutup periuk. Agak-agak nampak naik adunan atau sedikit kekuningan dekat tepi kuih,boleh angkat & keluarkan menggunakan lidi atau terbalikkan acuan atas bekas yang sesuai.
4) Untuk tuang adunan seterusnya,mesti kacau-kacau dulu adunan dalam jag,baru tuang.
5) Ulang sehingga habis adunan.Siap untuk dinikmati.
Kredit: Zura Zul
NAK BELI BLENDER, MIXER, GRINDER, BOLEH LIHAT DI SINI.