Anda peminat tortilla? Boleh cuba buat kulit tortilla sendiri. Kelebihannya boleh frozen.Nak makan boleh defrost dan bakar sekejap saja, mudah kerja dan jimat. Boleh buat bekal untuk sarapan pagi.
3/4 cawan air panas (bukan 3/4 cawan ye tapi tiga per empat- separuh kemudian tambah sikit lagi)
Ads
Dapatkan Karcher K2 Winner High Pressure Cleaner dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
Cara membuat:
1.Kalau nak buat garlic tortilla, 3 sudu besar minyak tu dipanaskan dan tumis 2 ulas bawang putih yang dicincang halus sampai naik bau (jangan hangit).Tutup api,biarkan sejuk dan baru campur dengan tepung dan barang lain.
2.Masuk semua, gaul.Agak dah suam, terus uli jadi doh yang lembut. Kemudian tutup dengan kain lembap dalam masa 20 minit.
3.Kemudian boleh bulat kecil-kecil dan canaikan.
4.Bakar atas pan. Kalau nak buat frozen, bakar sekejap je. Kalau nak terus makan, bakar anggaran 1 minit.
Ads
*Untuk inti ikut selera masing-masing. Saya cuma perap dengan sos tiram/sos lada hitam dan grill. Letak salad, lobak merah, timun, tomato, bawang dan sos cili.
**Pastikan sayur-sayur di tos sampai kering untuk elakkan cepat basi.
**Boleh juga isi ayam celup tepung/fillet ikan celup tepung.Tambah mayonis/cheese.
Bila makan soto wajib ada bergedil isi ayam. Kalau tak ada umpama tak lengkap rasa soto yang dinikmati. Nak buat bergedil ayam yang sedap boleh cuba resipi yang diperturunkan ini. Arwah kakak dulu turun kan resepi ni untuk mak.Dulu tak berani cuba sebab selalu pecah berderai.Rupanya memang mudah dan senang kalau tau tekniknya.Kali ni buat yang ekstra isi ayam aduhai sedapnya.
Bergedil isi ayam
Bahan-bahan hiris:
Daun sup
Daun bawang sikit
Bahan lain:
1kg kentang kupas
Garamkan kentang-potong wedges
Goreng jangan terlalu garing
Ayam bahagian dada
Letak garam dengan asam keping
Rebus,carik halus
lada hitam aji shio kalau rajin beli yang biji lagi sedap
Tumbuk dalam 2 sudu besar
5 ulas bawang putih dan merah(masing-masing hiris dan goreng)
Cara membuat:
1.Campurkan kentang,ayam,tumbuk sampai agak hancur.
2.Masukkan garam,ajinomoto, daun sup,daun bawang hiris tadi,lada hitam dan bawang goreng.
3.Tumbuk-tumbuk sikit, gaul rata.
4.Kepal dan bentukkan.Pastikan kejap dan kepal kuat buat sampai habis.
5 biji putih telur
5.Panaskan api, dah panas perlahankan sedikit.Masukkan bergedil yang dah dimasuk dalam putih telur tadi.
6.Pastikan hanya terbalikkan bila sebelah bahagian garing.
Kalau anda tengah mencari kudapan yang rangup, mudah dan cepat disediakan, resipi Tauhu Telur Goreng Crispy ni memang wajib cuba! Hidangan ini sangat sedap dimakan begitu saja dengan sos kegemaran, atau dijadikan lauk sampingan bersama nasi panas. Rasanya yang lembut di dalam dan rangup di luar memang membuka selera.
Kenapa Tauhu Telur Goreng Crispy Wajib Anda Cuba
Tauhu telur sememangnya bahan serbaguna yang sedap digoreng, dimasak sos atau dimasukkan dalam sup. Tapi kali ini, kita ubah gaya dengan menjadikannya versi goreng crispy yang sangat mudah nak buat. Bahannya pun semua ada di dapur, jadi tak perlu beli mahal-mahal pun!
TAUHU TELUR GORENG CRISPY
Bahan-bahan:
2 pek tauhu telur
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Sedikit daun bawang, dihiris
2 biji cili padi, dihiris
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 sudu teh mushroom seasoning
1 sudu teh serbuk lada putih
¼ sudu teh garam
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk, hancurkan tauhu telur. Tak perlu sampai terlalu halus, cukup kasar-kasar saja.
Masukkan mushroom seasoning, serbuk lada putih, garam, bawang putih, bawang merah, daun bawang, cili padi, tepung jagung dan tepung beras. Gaul hingga semua sebati.
Panaskan minyak dan goreng adunan hingga keperangan. Pastikan adunan tidak terlalu tebal supaya lebih crispy.
Bila dah keperangan, angkat dan toskan.
Dah siap! Tauhu Telur Goreng Crispy boleh terus dimakan bersama sos pilihan.
Petua & Tip Untuk Tauhu Telur Goreng Crispy:
Jangan guna api terlalu besar semasa menggoreng. Tauhu telur cepat masak dan boleh pecah kalau suhu minyak terlalu panas.
Kalau suka rasa lebih pedas, tambah hirisan cili padi atau sedikit serbuk cili.
Untuk versi lebih ‘berisi’, boleh tambah udang cincang atau isi ayam dalam adunan sebelum digoreng.
Kombinasi tepung beras dan tepung jagung jangan diabaikan — dua bahan ni lah yang buat tekstur kekal rangup lama walaupun dah sejuk!
Kesimpulan
Tauhu Telur Goreng Crispy ni bukan saja mudah, tapi juga sangat sedap dan rangup. Sesuai dijadikan hidangan petang atau lauk sampingan bila tak tahu nak masak apa. Cubalah resipi ni hari ini dan rasai sendiri kerangupannya!
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Menu simple untuk minum petang cukup sempurna bagi lengkapi hari anda. Yang penting sedap dan buat berebut nak makan. Hanya menggunakan roti , isi ayam dan bahan bahan seperti telur dan serbuk roti menjadikan menu minum petang jadi istimewa. Boleh buat lebih untuk disimpan sebagai stok andai ada tetamu nak berkunjung ke rumah.
1.Tumis bawang besar dan bawang putih guna marjerin/butter. Tumis sampai naik bau.
2.Kemudian masukkan ayam. Letak garam, ajinomoto dan serbuk lada hitam. Masak sampai kering air ayam tu.
*Bahan ini boleh dapat banyak tau, 1 mangkuk nasi. Tak habis boleh simpan dalam freezer beku. Inti ini boleh buat toping pizza homemade juga.
Bahan lain :
Roti Serbuk roti 4 biji telur Cheese
Cara membuat:
1.Lenyek roti. Kemudian sapu telur atas roti tadi,
2.Letak inti dan cheese.
3.Lipat roti dan tekan keliling ( proses ni kadang-kadang kulit roti tu terbuka balik, jangan risau normal la tu, korang terus je buat yang lain nanti dah lama tekan balik yang terbuka tadi.
4.Kemudian celup roti berinti dalam telur dan gaulkan dalam serbuk roti.
5.Ulang semua langkah sampai siap.
6.Goreng dengan api sederhana. 7.Siap untuk dihidang.
*Makan dengan cheezy, sos cili atau mayonis. Sedap sangat sangat tau.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.