
Labu masak lemak ini bukan saja sedap tapi gulai paling senang nak buat. Kalau buat lauk ini bagusnya tak perlu banyak lauk, lawan paling sedap adalah ikan goreng.
Kalau tambah sambal belacan boleh pergi dua pinggan nasi. Bagi yang tak pernah buat bolehlah cuba ikut resipi yang dikongsi oleh SuiSan Aliezsha. Bahan untuk buat masak lemak ini cuma tiga saja. Tak perlu cili atau bawang.
Cara buat masak lemak labu, lauk paling mudah

Bahan-bahan:
Labu (buang kulit dan potong)
Daun kunyit
Kelapa parut – perah santannya (jangan kedekut santan).

Cara membuat:
- Sediakan kuali, satu labu, daun kunyit dan santan di dalamnya
2. Kacau-kacau hingga santan dan labu masak.
3. Perasakan dengan garam secukup rasa. Siap! Makan dengan ikan goreng atau ikan kering, memang terbaik.

Selamat mencuba.
Sumber: SuiSan Aliezsha
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Salad Tembikai, Boleh Tahan Sedapnya

Bagi peminat sayuran atau salad pasti akan suka dengan salad tembikai. Rasanya rangup-rangup. Kalau dimakan, boleh menyihatkan badan. Sebab penuh dengan sayur dan buah. Cubalah.
SALAD TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN
4 potong tembikai
1 pek salad campur
1/2 cawan keju feta
10 helai daun pudina (dihiris)
Sedikit taugeh
BAHAN SOS
3 sudu besar minyak zaitun
3 sudu besar jus limau
3 sudu besar madu
Garam

CARA MEMBUAT
1. Hiris tembikai ikut bentuk yang disukai. Masukkan dalam mangkuk besar.
2. Masukkan salad campur, keju feta, daun pudina dan taugeh.
3. Bahan sos disatukan dalam mangkuk lain dan gaul sebati. Kemudian tuangkan ke atas salad dan gaul.
4. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Resipi Gulai Pede, Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang

Pernah cuba makan Gulai Pede? Pasti ramai yang tidak biasa dengan menu ini bahkan nak menyebut namanya juga agak susah. Cara sebutan huruf e adalah guna ‘e’ pepet. Contohnya sebutan huruf e dalam perkataan ’emak’.
Menurut empunya resipi, makanan ini popular dan boleh didapati di daerah Jerantut. Tempat lain di negeri Pahang pun banyak juga sebenarnya seperti di daerah Pekan dan juga Temerloh.
Menerusi perkongsian Salam Tewkesbury, beliau menunjukkan resipi Gulai Pede yang dimasak cara ibunya. Kata beliau lagi, andai ke majlis kenduri yang menghidangkan menu Gulai Pede ini, pasti lauk lain orang tak pandang dah kecuali ayam goreng dan ikan masin. Kerana dua lauk ini sesuai dipadankan dengan Gulai Pede.
Gulai Pede mempunyai iras-iras Gulai Daun Kayu tapi tidak menggunakan tempoyak. Ia diganti dengan budu. Ada sesetengah tempat memanggil sajian ini dengan nama ‘masak budu’. Rasanya pula ada masam-masam, manis dan pedas. Memang sedap.
Anda nak cuba resipi istimewa orang Pahang ni? Jom lihat bahan-bahan dan cara memasaknya.
RESIPI GULAI PEDE ISTIMEWA ORANG PAHANG

BAHAN KISAR:
- Cili api
- Kunyit
- Bawang
- Ikan bilis – beli online disini
BAHAN-BAHAN:
- Daun Kadok – hiris halus
- Pucuk ubi – hiris halus
- Bunga kantan – hiris halus
- Daun kunyit – hiris halus
- Daun kesum – hiris halus
- Belimbing buluh – hiris halus
- Serai (kadang letak, kadang tak letak) – hiris halus
- Terung Manggor
- Santan – beli online disini
- Asam keping – beli online disini
- Budu – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan kisar kemudian kisar halus. Cili jika letak lebih banyak, lagi sedap.
2.Dalam periuk yang bersesuaian, satukan kesemua bahan. Masak sekali harung sampai mendidih.

3.Jika ada letak ubi dalam gulai ini, teruskan masak sehingga ubi empuk dan enak dimakan. Selain yang dinyatakan, gulai ini juga enak jika dicampur dengan batang keladi, batang lambuk, ubi keledek, ubi keladi, petai dan jering.
4.Rasa gulai. Tidak perlu letak garam kerana budu sudah masin. Jika kurang masin, tambah lagi budu. Lebih sedap guna budu yang warna merah.
5.Untuk masakan ini, sukatannya ikut selera.

Kredit resipi & foto: Salam Tewkesbury
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Daun Pandan Bakal Popular & Jadi Trend Makanan Terbaru di UK & AS

Daun pandan sememangnya antara daun herba beraroma yang sangat banyak gunanya dalam masakan. Bermula dari penyediaan kuih muih, minuman hinggalah ke penghasilan lauk pauk, daun ini banyak digunakan sebagai penambah rasa, penyedap sajian dan memberikan warna pada masakan.

Terbaru, chef selebriti terkemuka antarabangsa, Nigella Lawson menjangkakan bahawa daun pandan akan menjadi trend makanan terbaru dan bakal menjadi kegilaan penduduk di United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Menurut beliau, trend penggunaan daun pandan dalam masakan dilihat semakin popular di kalangan pengusaha restoran juga suri rumah di Amerika Syarikat. Malah bahan ini juga hanya menunggu masa untuk menceroboh ke dapur-dapur di Britain.

Chef ini juga berkata semakin ramai tukang masak di Amerika yang mula memasukkan pandan ke dalam masakan roti dan kek mereka kerana baunya yang wangi seakan vanilla.
Di Amerika dan UK, daun pandan kini dilihat semakin popular dan mungkin akan menggantikan avokado untuk menjadi trend global terbaru. Saya rasa ia akan menjadi Matcha yang baru. Saya mungkin silap, tapi kita nampaknya berminat kepada benda itu (daun pandan). – Nigella Lawson.
Ia suatu yang tidak mustahil. Menurut The Independent, Nigella sememangnya terkenal sebagai seorang trensetter kerana sebelum ini beliau pernah menyebabkan hasil jualan avacado mencanak naik sebanyak 30% apabila beliau membawanya ke kaca TV.
BOLEH CUBA: RESIPI KUIH SERABAI LEMBUT
Jika benar apa yang dijangkakan ini, rakyat Malaysia patut berbangga kerana kita terlebih dahulu kenal dan guna daun pandan ni. Malah ia juga boleh menjadi satu permulaan bagi usahawan-usahawan Malaysia untuk mengkomersilkan daun pandan ke peringkat antarabangsa.

ANDA MESTI SUKA: RESIPI CENDOL HOMEMADE
Bila tahu mat salleh pun dah hargai herba tempatan ni, rasa bangga pula kan? Naik semangat nak masak pun ada. Ha…Jom admin belanja resipi Ayam Pandan Thai. Mudah & Sedap!

AYAM PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
- 4 biji bawang putih | kisar halus
- 1 biji bawang besar | kisar halus
- 3cm halia | kisar halus
- 3cm lengkuas | kisar halus
- 6 tangkai cili padi | kisar halus
- 2 batang serai dihiris halus | kisar halus
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Daun pandan secukupnya
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam bersama kesemua bahan kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk kunyit, serbuk pati ayam, garam dan gula.
- Perap semalaman bagi mendapatkan rasa yang lebih enak.
- Setelah itu bungkuslah ayam tersebut dengan daun pandan seperti membungkus ketupat palas.
- Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api yang agak sederhana besar agar ayam masak sekata.
- Ayam pandan siap untuk dihidangkan.
Info chef: Jika hendak cepat, ayam bolehlah diperap selama dua jam.
BACA JUGA: CARA KEKALKAN KESEGARAN DAUN PANDAN LEBIH DARI SEBULAN

