Biasa kalau makan laksa , kita akan membeli laksa kering. Kadang kala bila beli tak dapat sebagaimana tekstur laksa yang diingini. Jadi kita rajinkan diri buat laksa homemade ikut resipi ini. Jom kita buat sendiri.
Laksa beras homemade
Bahan-bahan:
500gm tepung beras c teratai
3 sudu makan tepung ubi/gandum membukit
2 cawan air panas mendidih
Secubit garam
2 sudu makan minyak
Cara membuat:
1.Letak tepung dalam bekas.
2.Larutkan garam dengan air panas.
3.Masukkan minyak ke tepung dan tuang sikit-sikit air panas sambil kacau dengan senduk.
4.Kalau rasa keras tambah sikit-sikit air panas.
5.Tekan-tekan doh dan kepal bagi jadi ketul.
6.Masukkan dalam acuan.Saya guna acuan maruku.
7.Panaskan kukusan terlebih dahulu.
8.Bentukkan laksa buat sampai habis.
9.Terus kukus dalam 20 minit.
10.Angkat dan letak dalam air biasa dalam 5 minit.
11.Buang air dan tambah air baru.
12. Kacau laksa bagi terlerai antara satu sama lain.
13.Terus tapis.
*Boleh makan dengan segala jenis kuah laksa.Laksa utara,laksa lemak kuah putih,laksa kuah kari.
Kredit: Roslina Shaari Ina Kie
INGIN MEMBELI FOOD STEAMER, BOLEH BELI DI SINI.
Resipi Mi Jawa Dengan Ramuan Kuah Yang Enak Memang Tidak Cukup Sepinggan
Kuah Padu Lengkap Sambal Merah. Ini Baru Resipi Bihun Sup Utara Original!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI