
Buat lempeng walaupun nampak senang tapi ada juga yang cuba dan tak menjadi. Tak dapat hasil lempeng kampung yang gebu dan lembut.
Kalau begini boleh guna cara yang dikongsi oleh Fuad Ismail Iskandar ini. Elok gebu kejadian lempeng nanti. Dah siap cicah dengan sambal tumis, memang ngam. Tak cukup sekeping.
Cara buat lempeng kampung gebu

Bahan-bahan
2 1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air (lebih kurang)
2 biji telur
3 sudu minyak masak
Sedikit garam
Serbuk perasa (jika suka)
Cara membuat:
1. Kisar semua bahan ini hingga sebati.
2. Kemudian tuang sedikit atas kuali non stick. Saiz boleh buat ikut cita rasa.

3. Bila bahagian bawah dah masak, terbalikkan.
4. Dah sejuk boleh gulung dan makan dengan sambal.

Selamat mencuba
Sumber: Fuad Ismail Iskandar
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
10 Resipi Kuih Muih Tempatan Untuk Sarapan & Minum Petang

Bila bab makan pagi atau minum petang, orang kita memang suka tengok pelbagai aneka kuih-muih yang dijual di gerai.
Rambang mata rasanya tengok pelbagai jenis dan warna yang ada. Kalau rasa nak buat sendiri kuih-muih dan makan di rumah, boleh cuba 10 resipi ini.
KASWI JAGUNG

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum – beli online di sini
1 cawan tepung ubi –beli online di sini
1 cawan gula (nak manis lagi boleh tambah)
5 cawan air
3 sudu besar kordial jagung
½ sudu kecil air kapur
TONTON KEK LEMON GLAZE AIR FRYER | Dapur Rasa Live Bersama Che Ila
CARA-CARA:
1. Tepung gandum, tepung ubi, gula masukkan dalam bekas, kacau sebati kemudian masukkan air, kordial jagung dan air kapur. Kacau sebati semua bahan, nak senang lagi kisar je.
2. panaskan air kukusan sehingga mendidih..tuang adunan ke dalam loyang.
3. Loyang sapu sikit minyak masak @ lapik plastik.
4. Kukus selama 20-25 minit @ sehingga masak.
Kredit resipi: Siti Hadirah
SERI MUKA PANDAN

BAHAN-BAHAN: (saya sukat guna cawan metrik)
LAPISAN BAWAH:
2 cawan pulut – beli online di sini
2 cawan santan sederhana pekat (sukat ikut paras pulut )
Sedikit garam
Loyang 8×8 atau 9×9 inci oles minyak dan alas dengan plastik jernih
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA-CARA:
1. Basuh bersih beras pulut dan rendam lebih kurang 4 jam, toskan (saya tak rendam sebab guna pulut susu)
2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukus selama 30 minit api besar
3. Tekan pulut yang telah masak tadi supaya rata dan padat, cakarkan permukaan atas pulut tersebut dengan garpu, ketepikan.
LAPISAN ATAS:
2 cawan santan pekat – beli online di sini
1 cawan air pandan (saya guna 3 helai daun pandan, kisar bersama 1 cawan air)
3/4 cawan gula pasir – beli online di sini
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastad – beli online di sini
1 biji telur (saya guna size A )
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau epal & beberapa titik pewarna kuning lemon
CARA-CARA:
1. Dalam satu bekas, campurkan semua bahan, kacau rata dengan whisk sampai adunan sebati dan pastikan tak da tepung yang berketul kemudian tapis.
2. Masak adunan di atas api perlahan sehingga naik wap sahaja.
3. Tuang adunan atas lapisan pulut yang telah masak tadi, kukus selama 30 minit api sederhana besar.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Jika selepas masak, terdapat air wap bertakung atas permukaan, angkat lengat ke tepi periuk, sendengkan supaya air wap dalam loyang jatuh ke dalam periuk.
5. Atau kukus tanpa penutup selama 5-8 minit, sampai air kering, boleh juga guna tisu dapur untuk serap air.
6. Nak dapatkan permukaan kuih yang cantik dan licin kenalah rajin lap bawah penutup kukusan.
7. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. Balut penutup periuk dengan tuala bersih (saya tak balut sebab saya rajin lap)
Kredit resipi: Nawar Azhar
APAM GEBU GEBAS

BAHAN-BAHAN:
1 biji telur*
½ cawan gula* (tak mau manis boleh kurangkan)
½ sudu besar ovalett*
100ml susu segar (tak kisah jenama apa)
1 cawan tepung gandum (saya guna tepung cap rose)
½ sudu kecil baking powder
½ sudu kecil soda bikarbonat
Esen vanilla
Pewarna
CARA-CARA:
1. Mixed bahan bertanda * sehingga kembang dan gebu dengan kelajuan tinggi.
2. Kemudian masukkan susu segar dan esen vanilla, mixed lagi.
3. Akhir sekali masukkan tepung+baking powder+soda bikarbonat yang siap diayak. Kacau menggunakan spatula sehingga sebati.
4. Bahagi kepada 2 bahagian. Titik sedikit pewarna yang kita nak.
5. Sapu acuan dengan minyak, tuang adunan. Kukus selama 10 minit.
p/s: pastikan air kukusan mendidih dahulu dan penutup dibalut dengan kain.
Kredit resipi: Siti Hadirah
APAM NASI LEMBUT

BAHAN-BAHAN
1 cawan nasi
1 cawan gula
1 ½ cawan air
2 cawan tepung beras (saya guna cap Teratai)
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh yis kering (mauripan)
1 paket Eno (paket biru)
Pewarna merah, kuning, hijau, ungu
1 biji kelapa parut (ambil putih saja)
¾ sudu teh garam halus
1 sudu besar gula
1 helai daun pandan | dipotong kecil
CARA-CARA:
1. Kisar nasi, gula dan air hingga betul-betul halus.
2. Kemudian, masukkan tepung beras, tepung gandum dan yis. Kisar lagi hingga sebati.
3. Tuang adunan ke dalam bekas bertutup dan perap selama 3-5 jam pada suhu bilik. Saya perap semalaman.
4. Kacau sekejap adunan dan campur eno. Kacau perlahan-lahan hingga sebati. Bahagikan beberapa bahagian dan warnakan.
5. Sapu minyak pada acuan. Sudukan adunan hingga hampir penuh. Kukus 20 minit dengan api sederhana.
6. Keluarkan apam dari acuan. Satu adunan saya dapat 21 biji guna acuan love ni.
7. Kacau kelapa dengan garam dan gula. Letak daun pandan di atasnya dan kukus 5-10 minit hingga wangi. Tujuan kukus supaya kelapa tahan lama. Hidangkan apam bersama kelapa parut
Kredit resipi: Nor Al Fatihah
KUIH LOMPANG PANDAN

BAHAN A:
3 cawan air
¾ cawan gula pasir
2 helai daun pandan
*masak gula dengan air, masukkan 2 helai daun pandan sekali. Gula hancur dan mendidih, tutup api. Sejukkan.
BAHAN B:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung ubi
1 cawan air pati daun pandan
Sedikit pewarna hijau star brand
Secolek kapur sireh
Sedikit garam halus
CARA-CARA:
1. Satukan tepung beras dan tepung ubi dalam besen. Masukkan 1 cawan air pati pandan dan 3 cawan air gula yang dah sejuk tadi. Kacau-kacau sebati.
2. Masukkan sedikit garam halus dan secolek kapur sirih. Masukkan sedikit pewarna hijau sekiranya warna bancuhan kurang cantik.
3. Kacau hingga semua larut kemudian tapiskan. Sementara itu, panaskn kukusan. Oles minyak dalam acuan lompang terlebih dahulu.
4. Setelah air didih, panaskan sekejap acuan lompang terlebih dahulu. Kemudian kacau-kacau dulu bancuhan tepung tadi sebelum tuang ke dalam acuan.
5. Tutup pengukus dan kukus selama 10 ke 12 minit dengan api sedang. Sejukkan kuih lompang dahulu barulah boleh dicungkil keluar. Ulang proses yang sama hingga bancuhan habis.
6. Hidangkan dengan kelapa parut yang telah dikukus sebentar supaya tak mudah basi kelapa tu nanti.
*Air gula mesti sejukkan dahulu.
*Bancuhan kena sentiasa dikacau dahulu sebeuom tuang ke dalam acuan.
*Sukatan air gula mesti 3 cawan dan 1 cawan air pati pandan.
Kredit resipi: Rozza Roha
DONUT KAMPUNG

BAHAN A:
145g air suam (anggaran 2/3 cawan)
1 sudu besar gula kastor
1 sudu besar susu pekat
½ sudu besar yis (1/2 paket)
*Bancuh bahan di atas dan biarkan sehingga berbuih.
BAHAN B:
2 cawan (250g) tepung gandum
2 sudu besar (30g) marjerin pelangi
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil garam
CARA-CARA:
1. Ramas bahan B hingga menjadi serbuk roti. Masukkan bahan A dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
2. Doh memang macam lembik sedikit tapi jangan risau. Bila doh dah kembang ia jadi okay. Pastikan doh lembut ye barulah dapat donat yang gebu.
3. Perap doh hingga kembang sekali ganda lebih kurang 45 minit.
4. Selepas tu, buat bulat-bulat ikut besar mana yang disukai. Bila doh doh naik sikit, leperkan sedikit sahaja dan tebuk lubang guna belakang nozel @ penutup botol.
5. Bila donat dah naik kembang elok, bolehlah goreng.
*sukatan sudu dan cawan, saya guna sudu dan cawan metrik.
Kredit resipi: Rahmah Rosmin
BINGKA UBI

BAHAN-BAHAN: (guna loyang 8 inci)
4 cawan ubi yang disagat
2 cawan santan
1 cawan gula (saya nak kurang manis, 3/4 cawan saja)
½ sudu kecil garam
Pewarna kuning
CARA-CARA:
1. Ubi tu memang saya tak perah. Campur kesemua bahan di atas. Panaskan ketuhar dulu ya, suhu 200C.
2. Selepas adunan dah sebati, masukkan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam, bergantung pada ketuhar masing-masing.
Kredit resipi: Ain Athirah
KUIH CARA

BAHAN-BAHAN:
1 cawan santan
1 cawan air pandan
1 ½ cawan tepung gandum
1 biji telur
Secubit garam
Pewarna hijau
CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan. Kisar kalau nak lagi senang.
2. Kemudian, oleskan acuan dengan minyak. Tuang adunan ke dalam acuan.
3. Tabur gula di dalam adunan tadi. Bakar sehingga masak.
Kredit resipi: Jan Ena
KUIH KOCI PULUT HITAM

BAHAN-BAHAN: (boleh dapat 20 hingga 25 biji)
UNTUK DOH:
250g tepung pulut
½ cawan tepung pulut hitam
2 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
100gm santan kotak
1 ½ cawan air (agak-agak tapi jangan terlebih)
UNTUK INTI:
1 biji kelapa parut putih basah (yang tidak terlalu tua)
1 ketul gula melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan | disimpul
½ cawan air
BAHAN UNTUK KUAH SANTAN
3 sudu besar tepung beras
200gm santan kotak
2 cawan air
Secubit garam (kuah santan biar masin)
BAHAN LAIN:
Daun pisang secukupnya | dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci
Minyak masak secukupnya
CARA BUAT INTI:
1. Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
2. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
3. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
CARA BUAT KUAH SANTAN:
1. Satukan air, santan, garam dan tepung beras dalam periuk. Kacau bancuhan sampai tepung sebati.
2. Jerang atas api perlahan hingga kuah pekat. Biar mendidih dengan air yang perlahan. Tutup api dan ketepikan.
CARA BUAT DOH:
1. Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Saya tambah tepung gandum.
2. Tuang santan dan air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
J3. ika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan dulu.
UNTUK MEMBUAT KUIH KOCI:
1. Didihkan air rebusan dalam periuk. Ambil sejemput doh (27gm) dan leperkan, letak inti (13gm).
2. Tutup inti dengan doh dan bulat-bulatkan. Buat sampai habis.
3. Kemudian masukkan dalam air rebusan tadi biar sampai terapung. Angkat masukkan dalam kuah santan.
4. Guna sudu ambil doh sekali dengan kuah santan letak atas daun pisang yang disapu sedikit minyak. Kemudian lipat seperti bantal/nasi lemak.
5. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus sekejap 7 minit untuk aroma daun pisang. Dah siap.
Kredit resipi: Lind Razak
KUIH BOM BIJAN

INTI KELAPA
1 biji kelapa parut muda
½ cawan air
1 cawan gula melaka
3 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan | disimpul
1 sudu besar tepung gandum
KULIT BOM:
2 ½ cawan tepung pulut
1/3 cawan tepung gandum (4 sudu besar)
½ sudu teh garam halus
2 sudu besar gula pasir
1 cawan air
Bijan putih & hitam
CARA-CARA:
1. INTI – Cairkan gula bersama air dan daun pandan. Setelah mendidih, masukkan kelapa parut. Kacau. Bila air mulai kering, masukkan tepung gandum. Kacau hingga agak kering.
2. KULIT – Satukan tepung-tepung dan garam. Kacau gula dengan air. Kemudian, tuang ke dalam tepung. Gaul hingga menjadi doh.
3. Ambil sedikit doh, leperkan dan letak inti. Tutup kemas dan gentel bulat.
4. Golekkan dengan bijan. Gentel bulat lagi supaya bijan kuat melekat pada kuih. Rehatkan semalaman di dalam peti ais.
5. Goreng di dalam minyak yang panas dengan api sederhana kecil.
Kredit resipi: Nor Al Fatihah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sedap Makan Sejuk-Sejuk, Resipi Mini Cheese Cake Mudah & Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Donut Berinti Leleh. Sangat Lembut Dan Gebu.

Donut sering menjadi kegemaran kerana rasanya yang lembut dan bergula. Rasa manis, tekstur lembut serta bentuknya yang unik mempunyai banyak penggemar.Donut dengan tekstur lembut memang menggoda selera. Nah ini caranya membuat donut yang lembut dan gebu.
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan yis kering-BELI ONLINE DI SINI
1/2 gelas air panas
1 sudu teh gula pasir
2 1/2 gelas tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
2 butir telur-ukuran besar
1/4 gelas gula pasir
2 sudu makan mentega tawar, suhu bilik
2 sudu teh garam
Minyak canola, untuk menggoreng
Jem strawberi
Dadih lemon
Gula halus
CARA MEMBUAT:
1. Gabungkan yis, air dan 1 sudu teh gula ke dalam mangkuk dan biarkan selama 10 minit.
2. Masukkan gandum ke dalam mangkuk ukuran besar dan tambahkan telur, campuran yis, 1/4 gelas gula,mentega dan garam. Gaul hingga tercampur rata.
3. Pindahkan ke permukaan yang telah ditaburi tepung dan adun selama 8 minit,
hingga adunan halus dan kenyal.Pindahkan ke dalam mangkuk yang telah diletak minyak dan tutup dengan plastik pembungkus.
Tempatkan di tempat yang panas dan biarkan mengembang 2 kali lebih besar, selama 1 jam.
4. Uli adunan ke permukaan yg telah ditepung dan uli hingga setebal ¼-inci. Menggunakan pemotong kuih bulat ukuran 2 inci, potong 20-30 lingkaran.
Pindahkan ke kertas roti yang telah diletak tepung dan tutup dengan plastik pembungkus. Biarkan mengembang selama 20 minit.
5. Tuangkan minyak ke dalam periuk berukuran besar dan panaskan menggunakan termometer hingga mencapai 370F. Goreng beberapa donut, masak sehingga nampak kekuningan. Pindahkan ke rak besi untuk menyejukkan dan mengeringkan sisa minyak.
6. Buat lubang di tepi donut dengan menggunakan chopstick. Masukan jem strawberi dan dadih lemon ke dalam piping bag dan isi donat dengan kedua isian.
7. Letakkan gula halus ke dalam mangkuk dan masukan donut satu persatu, gerakkan mangkuk hingga semua sisi donut dilapisi dengan gulas halus.
by @tastemadeindonesia
Nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU.
Resipi Kuih Kalakatar @ Bingka Kelapa Muda. Kuih Orang Banjar Paling Sedap!
Cara Buat Kuih Cara Manis Tanpa Santan & Telur

Teringin nak buat kuih cara manis tapi tiada telur atau santan di dapur. Usah kempunan, kita tetap boleh membuatnya tanpa dua bahan ini. Caranya boleh guna resipi Aida Bani.
Cara buat kuih cara manis tanpa santan dan telur
Bahan-bahan
Dua cawan tepung gandum
Dua cawan air pandan
Secubit garam
Satu sudu kecil minyak masak
Pewarna hijau sikit
Bahan inti
Gula secukupnya

Cara memasak
1. Satukan semua bahan, kisar hingga sebati kemudian tapis.
2. Panaskan acuan kuih cara manis yang telah disapu dengan minyak atas dapur.
Kecilkan api.
3. Tuang adunan kuih cara, kemudian bubuh gula di tengah-tengah.
4. Tutup acuan guna penutup periuk dan biarkan sampai masak. Siap.

Kredit resipi & foto: Aida Bani

