Makan

Buat Lempeng Kampung Gebu Lembut, Ikut Sukatan Ini. Cicah Dengan Sambal Tumis Memang Ngam

Share

Buat lempeng walaupun nampak senang tapi ada juga yang cuba dan tak menjadi. Tak dapat hasil lempeng kampung yang gebu dan lembut.

Kalau begini boleh guna cara yang dikongsi oleh Fuad Ismail Iskandar

ini. Elok gebu kejadian lempeng nanti. Dah siap cicah dengan sambal tumis, memang ngam. Tak cukup sekeping.

Cara buat lempeng kampung gebu

Bahan-bahan

2 1/2 cawan tepung gandum
3 cawan air (lebih kurang)
2 biji telur
3 sudu minyak masak
Sedikit garam
Serbuk perasa (jika suka)

Cara membuat:

1. Kisar semua bahan ini hingga sebati.

2. Kemudian tuang sedikit atas kuali non stick. Saiz boleh buat ikut cita rasa.

3. Bila bahagian bawah dah masak, terbalikkan.

4. Dah sejuk boleh gulung dan makan dengan sambal.

Selamat mencuba

Sumber: Fuad Ismail Iskandar 

 

IKLAN