Makan

Buat Lempeng Sayur, Lagi Sedap Cicah Sambal. Letak Sayur Ini Saja

Share

Makan lempeng cicah sambal bilis atau sardin waktu pagi memang sedap. Kalau biasa hanya buat lempeng kosong, boleh ubah sedikit cita rasa dengan buat lempeng sayur.

Lempeng sayur ini ‘ada rasa’ berbanding yang kosong malah sayur yang dimasukkan boleh dipelbagai mengikut citarasa. Nak makan begitu saja pun boleh.  Cara membuat lempeng sayur ini dikongsi oleh Dapur Dak Maz.

Cara buat lempeng sayur

Bahan-bahan

1 paket 850g tepung gandum
1 ikat daun bawang & daun sup
1 Labu bawang merah
1 sudu teh baking powder
2 biji telur ayam
Air masak secukupnya (ikut kesesuaian adunan)
Pewarna Kuning
Garam & Serbuk Perasa
Minyak masak

Cara membuat

1. Hiris nipis bawang merah dan potongkan daun bawang serta daun sup satukan bahan tersebut.

2. Gaulkan semua bahan, pecahkan telor.

3. Masukkan air sikit demi sedikit untuk dapatkan adunan yang betul. Bancuhan tak terlalu likat dan tak terlalu cair.

4. Letakkan peras, biarkan adunan selama 1/2 jam.

5. Kemudian barulah boleh di canaikan di atas kuali leper. Sebelum canaikkan oleskan dengan minyak masak sedikit.

6. Guna api yang perlahan.Terbalikkan jika lempeng di bawah sudah nampak keperangan sedikit. Siap di hiding dengan sambal ikan bilis.

Selamat mencuba.

Sumber: Dapur Dak Maz

 

Published by
Rose