Buat Lepat Jagung, Tiada Daun Pisang Pun Boleh Menjadi. Gunakan Ini

Share

Enaknya lepat jagung dinikmati ketika minum petang. Paling sedap, jika tergigit ketulan-ketulan jagung halus itu. Dapat pula lepat yang lembut. Memang teringat-ingat rasanya.

Keenakan lepat jagung ini bukan sahaja terletak pada rasanya, namun terletak juga pada rupa parasnya yang dibungkus dengan kulit jagung. Jika sebelum ini, cubaan kita untuk membuat lepat sering tertangguh gara-gara tiada daun pisang. Tetapi, kali ini gunakan sahaja kulit jagung itu sendiri yang dicuci bersih. Mudah, bukan?

Untuk mendapatkan lepat jagung yang lembut dan sedap, rasa ketulan kecil jagungnya, cubalah resipi perkongsian daripada Lily Marion ini. Selamat mencuba.

BAHAN-BAHAN:

2 tongkol jagung (disagat/ guna mincer atau kisar dengan santan)*

1 tongkol jagung (dihiris halus)*

1 cawan santan ( ¾ santan pekat dicampur ¼ air)* – Boleh beli online di sini

½ cawan tepung beras* – Boleh beli online di sini

¼ cawan tepung jagung* – Boleh beli online di sini

¼ tepung gandum* – Boleh beli online di sini

¼ cawan gula*

Secubit garam*

Kuit jagung (dicuci bersih)

CARA MEMASAK:

Satukan semua bahan bertanda (*) di dalam periuk. Kacau atas api yang sederhana sehingga sebati dan kental.

Sementara itu, didihkan air di dalam pengukus. Cedok sedikit bancuhan lepat tadi ke dalam kulit jagung dan kemaskan.

Setelah siap, susun lepat dalam periuk kukusan dan kukus dalam masa lebih kurang 20 minit.

Dah siap.

Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba.

Kredit: Lily Marion

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Fazida