Ketika ini ramai yang dalam usaha mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat demi menurunkan berat badan. Tapi dalam masa yang sama teringin nak makan kuih muih.
Kalau dah teringin sangat boleh saja menikmatinya tapi pastikan sihat. Salah satu yang boleh dibuat adalah lepat pisang dua bahan versi sihat. Caranya dikongsi oleh Ayu Zule.
Resipi lepat pisang sihat
Saya kongsi resipi sihat lepat pisang tanpa tepung dan tanpa gula. Hanya guna 2 bahan sahaja iaitu rolled oat dan pisang.
Sangat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet dan nak makan kuih tapi dalam versi sihat.
Ads
Bahan-bahan
-1/4 cawan rolled oat – gunakan yang biasa, kisar kering sehingga hancur.
-1 biji pisang – dilenyek, gunakan pisang berangan atau pisang lain pun tiada masalah)
Cara Membuat:
1. Gaul rolled oat dan pisang yang telah dilenyek tadi sehingga sebati.
2. Selepas itu, layurkan daun pisang di atas api untuk mudahkan cara nak membungkusnya.
3. Letakkan 1 ½ sudu besar bancuhan kuih tadi di atas daun pisang dan balut seperti biasa.
Ads
4. Kukus kuih dalam pengukus selama lebih kurang 15 – 20 minit.
5. Tekstur dan rasa sama sahaja seperti menggunakan tepung biasa.
Tak perlu letak gula sebab pisang itu pun dah cukup manis. Resipi ini boleh dapat 3 biji kuih lepat tapi makan 2 biji pun dah kenyang. Kalori anggalan dalam 250kcal untuk 3 biji.
Ads
Jika nak buat banyak, boleh saja gandakan bahan tersebut dan frozen dalam peti ais. Nak makan boleh kukus seketika.
Kuih Talam Berlauk, antara kuih pedas yang disukai ramai dan membuatnya juga senang. Jadi kenapa perlu membeli untuk makan kalau selalu tidak cukup dan puas makan kerana harga kuih sekarang juga mahal. Sesekali cuba buat sendiri kerana kuih ini sangat senang dibuat boleh isi bahan lauk dengan banyak, biar mewah dan sedap.
TALAM BERLAUK:
BAHAN-BAHAN:
2 cawang tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
200ml santan segera
1 biji telur ayam
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN UNTUK LAUK:
200gm daging kisar
1 biji bawang besar | dadu halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan rempah kari
Garam dan gula secukup rasa
2 biji cili padi | hiris halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
3 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata 1-2 minit.
Masukkan daging kisar, gaul rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum angkat, masukkan hirisan cili dan daun bawang, gaul rata.
Tutup api dan ketepikan.
Untuk menyediakan talam, campurkan semua bahan, masukkan dalam pengisar, kisar hingga sebati.
Tapiskan dalam periuk, renehkan menggunakan api perlahan hingga keluar wap dan sedikit pekat. Tutup api.
Masukkan dalam loyang yang telah disapukan minyak masak dan dilapiskan dengan plastik.
Tuangkan adunan tadi di dalam loyang dan kukus menggunakan pengukus yang telah sedia dipanaskan.
Setelah separuh masak, tuangkan bahan tumisan daging kisar di atas permukaan talam, ratakan dan taburkan sedikit lagi daun bawang dan bawang goreng.
Terus kukus hingga talam masak, lebih kurang 15 minit lagi.
Tutup api, dan buka penutup kukus dan biarkan sejuk sebelum dipotong.
Kaswi Pandan Lemak Manis antara kuih berkukus yang mudah disediakan dan tidak perlu banyak bahan, apa yang penting adalah kemahuan membuatnya. Apa kata anda cuba membuat sendiri dan boleh buat lebih untuk disedekahkan kepada jiran-jiran sebelah menyebelah, dapat pahala. Kalau yang belum pernah buat, ini resipi RASA kongsikan di sini.
KASWI PANDAN LEMAK MANIS BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung gandum 1 cawan tepung ubi 1 1/2 cawan santan pekat 1 cawan air pandan | 6 helai daun pandan yang dikisar 4 cawan air 1 1/4 gula 1 sudu teh air kapur 1/2 sudu teh pewarna hijau 1 cawan kelapa parut | putih sahaja 1/2 sudu teh garam halus
CARA MEMBUAT:
Sediakan loyang 10 X10 sapu sedikit minyak.
Panaskan pengukus
Seterusnya satukan semua kecuali kelapa parut dan garam.
Tuang dan tapis ke dalam loyang yang telah disediakan tadi.
Masukkan dalam pengukus yang telah dipanaskan dan kukus selama lebih kurang 40 minit.
Buka penutup kukus dan biarkan kan 10 minit lagi dalam pengukus dengan penutup terbuka(tujuannya bagi air pada permukaan kaswi kering/ boleh lap dengan tisu dapur jika permukaan masih berair.
Tutup api dan keluarkan kuih.
Setelah sejuk potong dan gaulkan dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam dan kukus sekejap.
Sajian ringan yang sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Bukan sahaja sesuai dinikmati sebagai sarapan, malah nak makan masa tengah hari, petang atau malam pun boleh. Bila dibentuk menjadi kelopak bunga ros, anda boleh jadikannya sebagai buah tangan. Nampak unik & cantik!
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 1/2 cawan air
1 sudu makan minyak masak
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar hingga halus dan sebati. Tuang adunan ke dalam mangkuk.
Panaskan kuali leper dan oleskan sedikit minyak.
Sendukkan sedikit adunan ke dalam kuali. Ratakan dan biar masak.
Dengan menggunakan pisau tajam, hiris 4 penjuru lempeng namun jangan sampai putus.
Letakkan inti sambal bilis di tengah lempeng dan gulung bagi membentuk kelopak bunga. Ulang langkah hingga habis.