Buat Mee Sendiri Tanpa Mesin, Tetap Menjadi Cantik & Lembut

Share

Sesiapa yang nak buat mee sendiri di rumah tapi tak ada mesin untuk buat mee tu, jangan risau, boleh cuba resipi ini.  Mee tetap menjadi walaupun tanpa mesin.

Dah hasil mee yang dibuat secara manual ini, lagi puas hati kerana boleh ikut ketebalan yang diinginkan.

Resipi dan cara-cara yang dikongsikan Siti Aisyah ini, sangat mudah untuk diikuti dan pasti menjadi mee yang dibuat.

 

BUAT MEE SENDIRI TANPA MESIN

BAHAN-BAHAN:

½ kg tepung gandum – beli online di sini
Air (saya agak-agak je, tuang sedikit demi sedikit)
Pewarna kuning/kunyit – beli online di sini
1 biji telur
Garam sikit

Dapatkan Hommy 3 Tier Adjustable Trolley dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan  DISKAUN EXTRA RM5!

CARA MENYEDIAKAN:

1. Campur semua bahan sehingga menjadi doh. Kemudian uli tapi jangan lembik sangat.


2. Kemudian, canai doh tadi senipis yang boleh.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Tabur tepung nk elak doh melekat masa potong.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


4. Lipat lagi doh macam dalam gambar. Tabur tepung lagi.


5. Potong dua doh yang dilipat tadi. Tindihkan macam dalam gambar.


6. Kemudian, potong dari tepi secara nipis-nipis.


7. Lepas potong terus leraikan macam dalam gambar sebab takut nanti melekat.


8. Kemudian, celurkan mee tadi tapi jangan sampai jadi terlalu lembik.


9. Lepas celur, letak dalam bekas, gaul dengan minyak sikit. Kalau tak letak minyak, nanti takut melekat.


10. Okay, dah siap. Bolehlah buat apa-apa menu yang kita nak. Selamat mencuba.

Kredit resipi: Nama Saya Siti Aisyah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff