Mi goreng kicap saja, tiada rencah atau sayur pun. Garam dan gula pun tak masuk tapi sedap sungguh pada tekak kita waktu sekolah dulu. Sampai hari-hari boleh makan mi goreng ini waktu rehat.
Bila dah lama tinggalkan alam persekolahan ada masa teringin pula nak makan mi goreng makcik kantin ini. Jangan kempunan, tak dapat makan di kantin sekolah kita goreng sendiri saja di rumah. Mi ini memang nampak gelap tapi rasanya sedap.
2 bungkus mi kuning
3 ulas bawang putih (cincang)
Cili kisar
Kisar pedas (jenama Ikhwan)
Kicap lemak manis (jenama Jalen)
Kicap pekat (jenama Jalen)
Minyak bijan
1. Celur mi kemudian tos. Masukkan dalam bekas dan tuang semua jenis kicap. Gaul mi dengan kicap ini sampai rata.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan pes cili kisar hingga naik bau.
3 Masukkan mi kicap tadi, besarkan api dan kacau sebati.
4. Jika nak basah, masukkan sedikit air. Bila mi dah lembut tutup api dan renjis minyak bijan. Siap!
5. Miini memang tak letak garam dan gula hanya menggunakan kicap sebagai perasa. Sukatan kicap boleh sesuaikan kita citarasa.
Sumber: Neny Lai Han