Makan malam apa ye untuk hari ni. Kalau dah bosan dengan menu nasi, boleh buat menu yang simple, mi hailam. Kuah mi hailam ni istimewa dan lain sedikit sebab ditumis dengan lada hitam. Sedap dimakan terus, panas-panas.
MI HAILAM
Bahan-bahan untuk 1 – 1 1/2 peket mi:
11 ulas bawang putih dikisar/ tumbuk
1 sudu besar biji lada hitam ditumbuk kasar
Daging yang dipotong kecil-kecil (kalau rebus dulu lagi senang dan cepat)
1 mangkuk stok air udang, kalau ada
15 ekor udang (terpulang nak banyak mana)
4 ekor sotong yang dihiris (terpulang juga)
1 biji tomato dibelah dua
1-2 biji cili merah dipotong
Kubis dihiris dan sawi dipotong
Kicap masin, kicap manis dan sos tiram secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
Ads
Sedikit serbuk cendawan atau perisa
1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Resipi makan malam yang paling mudah, ringkas dan mengenyangkan perkongsian dari saudari Cik Pooja. Kalau sesiapa suka makan bihun supPAMA, ha…resipi ni rasa dia memang hampir sama. Buat sendiri barulah boleh makan puas-puas. Selamat mencuba!
BIHUN SUP ALA PAMA ( sukatan 2 orang makan)
BAHAN UTAMA:
2 ulas bawang putih – ditumbuk
2 ketul kiub pati ayam
1 sudu teh lada sulah (lada putih)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Bihun secukupnya
1 liter air
BAHAN LAIN:
Secubit garam – jika perlu
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan air, kiub pati ayam, lada sulah, daun sup dan daun bawang. Kacau hingga kiub pati ayam larut.
3. Bila kuah dah mendidih, masukkan bihun. Renehkan hingga bihun masak sempurna.
4. Rasa kuah dan jika kurang masin, tambah sedikit garam.
5. Siap dan sedia untuk dinikmati.
INFO:
Serbuk lada sulah / lada putih amat penting dalam resipi ini kerana bahan ini yang membuatkan sup jadi lebih sedap dan wangi.
Jika suka pedas, boleh tambah serbuk cili.
Untuk lebih sedap, boleh juga tambah isi ayam atau lobak merah yang dipotong dadu.
Anak-anak sekarang memang suka pasta sebab kebanyakan pasta tak pedas, kurang campuran sayur dan mudah dimakan, semudah 1, 2, 3. Sebab itulah, RASA kongsikan menu Pasta Udang Berkrim yang terlajak sedap ni. Sure anak-anak suka.
PASTA UDANG BERKRIM
BAHAN-BAHAN:
100gm udang | buang kulit
200gm pasta rebus
250gm susu cair | 1 kotak kecil susu rendah lemak
½ biji bawang Holland | dadu kecil
2 ulas bawang putih | cincang halus
150gm mentega
Garam, paprika, lada sulah dan lada hitam secukupnya
Sedikit daun parsli | cincang halus
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Masukkan isi udang bersama serbuk lada hitam, lada sulah, serbuk cili dan garam secukupnya, Gaul rata dan ketepikan.
LANGKAH 2: Panaskan sedikit mentega dalam kuali, tumiskan udang hingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
LANGKAH 3: Dalam kuali lain, panaskan mentega, tumis bawang Holland diikuti bawang putih, kacau rata hingga wangi. Kemudian masukkan susu cair dan kacau lagi.
LANGKAH 4: Perasakan dengan garam, lada sulah dan lada hitam, kacau rata.
LANGKAH 5: Masukkan pasta dan udang yang telah digoreng tadi, kacau rata.
LANGKAH 6: Setelah digaul rata, taburkan daun parsli dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika mahu lebih berkrim dan pedas, boleh tambah parutan keju dan sebelum dihidangkan.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.