1. Masukkan semua bahan di dalam bekas. Tuang air sedikit demi sedikit. Uli tepung hingga doh sebati dan licin. 2. Setelah siap diuli, bulatkan doh dan taburkan tepung banyak-banyak.
3. Canaikan doh dengan kayu pencanai hingga menjadi nipis.
6. Saya keringkan dalam ketuhar dengan bakar selama 10 minit guna suhu 170C.
7. Bila dah siap, masukkan dalam plastik. Boleh biar suhu bilik atau nak letak dalam freezer pun boleh. 8. Kalau nak makan, rebus mi dulu sampai lembut. Angkat dan toskan airnya. Rendam dalam air paip ye, sejukkan mi untuk dapatkan tekstur kenyal.
Siapa yang tak suka makan roti sapu kaya kan.. Baik yang siap terus atau makan di kedai kopitiam, tapi kalau boleh berjimat tak salah untuk kamu cuba buat resipi kaya homemade ni. Paling bagus kamu boleh kawal sendiri gula takat mana yang kamu mahukan nak manis ke kurang manis! Selamat mencuba…
RESIPI KAYA NYONYA KARAMEL
BAHAN-BAHAN:
6 biji telur gred A
600ml pati santan
300gm gula halus (blh kurangkan klau x nak manis)
4 helai daun pandan, disimpul
100gram gula pasir*
160ml air panas*(*untuk gula hangus @ karamel)
CARA MEMBUAT:
1. Masak gula pasir hingga cair dan keperangan, jangan sampai gelap, nanti pahit. Sentiasa kacau semasa memasak karamel. Kemudian tuangkan air panas, tuang hingga habis, kacau hingga sebati dan sejukkan.
2. Dalam satu bekas, masukkan telur dan gula halus, kacau rata dengan whisk hingga gula larut. Tuang santan dan karamel yang telah sejuk tadi. Kacau hingga semua sebati. Tapis bancuhan tadi.
3. Tuang ke dalam periuk, masukkan daun pandan. Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa hingga bancuhan kelihatan pekat. Kecilkan api, dan terus mengacau hingga ia kental, kurang lebih 11/2jam. Tutup api.
4. Keluarkan daun pandan. Isi kan kaya tadi ke dalam botol yang bersih. Biar kaya betul2 sejuk sebelum ditutup. simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.
RESIPI KAYA PANDAN NYONYA
BAHAN-BAHAN:
350 ml pati santan
3 biji telur gred A
5-6 helai daun pandan
150 gram gula pasir (tak nak manis blh kurangkan)
Secubit garam
1 helai daun pandan, disimpul
CARA MEMBUAT:
1. Daun pandan dicuci, kemudian lap kering. Potong kecil dan masukkan ke dalam blender. Tuang pati santan. Kisar hingga daun pandan hancur. Tuang dalam tapis dan perah hingga hampas daun pandan kering, asingkan. Ketepikan sebentar.
2. Pukul telur dan gula hingga larut dan berkrim, gunakan whisk. Tuang santan (no. 1) dan pukul sebati. Masukkan secubit garam, kacau rata dan tapis sekali lagi ke dalam periuk. Masukkan daun pandan yang disimpul. Masak dengan api kecil sambil dikacau tanpa henti.
3. Masak hingga pekat, keluarkan daun pandan dan terus memasak dengan api kecil hingga kaya kelihatan kental. Masak sekejap lagi dan boleh matikan api, biarkan sekejap. Isi kaya pandan dalam botol bersih yang telah dikeringkan terlebih dahulu. Biar kaya sejuk, baru ditutup dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
Masak taucu memang enak. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama nasi panas. Tak perlu lauk lain dah. Taucu ni sedap kalau dimasak guna ikan yang isi lembut seperti kembung, kerisi, tenggiri dan bawal. Nak buatnya pun senang je. Jom cuba!
IKAN BAWAL TUMIS TAUCU
1 ekor ikan bawal
1/2 biji bawang besar – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
1 inci halia – hiris
4 sudu makan taucu
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 biji cili merah – hiris
1/2 biji timun – hiris
2 biji cili padi – tumbuk halus
Gula secukupnya
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan dan kelar sedikit. Lumurkan dengan garam serta serbuk kunyit.
Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Bagi meneydiakan sos taucu, pananskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, cili padi tumbuk serta halia hingga kekuningan.
Seterusnya masukkan taucu. Masak lagi hingga naik bau.
Masukkan sos tiram, sos cili, gula, cili merah, bawang besar serta timun. Gaul rata.
Bila sos kelihatan agak kering, tambah sedikit air. Biarkan mendidih dan timun sedikit lembut. Rasa kuah terlebih dahulu dan pastikan semua perasa seimbang.
Akhir sekali, masukkan ikan. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Masakan bercili memang sedap terutamanya jika makan dengan nasi panas-panas. Lagi pedas, lagi laju suap ke mulut. Kata orang, bertambah selera. Kalau anda memang peminat masakan pedas, dua menu bercili ini memang kena cuba.
1. AYAM BALADO PADANG
BAHAN-BAHAN A:
500ml air
1 ekor ayam | potong kecil
2 helai daun salam
2 batang serai | dititik
3cm lengkuas | diketuk
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 sudu makan ketumbar
3cm halia
1 sudu teh garam
BAHAN-BAHAN C (TUMBUK KASAR):
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili merah
1 biji tomato
3 sudu makan air asam
1 sudu teh gula
½ sudu teh garam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan bahan-bahan A dan bahan-bahan B yang telah dikisar lalu rebus hingga air kering.
Angkat ayam dari periuk.
Goreng ayam di dalam minyak yang panas hingga keperangan. Toskan. Ketepikan.
Bahan-bahan C ditumbuk kasar dan gaul sebati. Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan C hingga harum dan sesuaikan rasanya. Tuang ke atas ayam yang digoreng tadi.
Sedia dihidangkan.
INFO CHEF : Boleh tambah cili padi jika mahu lebih pedas.
2. DAGING KASTURI BERCILI
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | potong kecil dan rebus empuk
1 cawan air rebusan daging
1 cawan santan
3 batang serai muda | ketuk
3 helai daun limau purut | siat
4-5 biji limau kasturi | ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
10 biji cili merah
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm lengkuas
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga cili masak.
Masukkan serai dan daun limau purut.
Masukkan daging yang telah direbus bersama santan dan air rebusan daging. Didihkan hingga semua bahan masak sebati.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan tambah jus limau kasturi lalu kaup-balikkan sebati.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.