Buat Murtabak Daging Mini Sedap Guna Kulit Popia. Sesuai Untuk Frozen

Share

Ada yang teringin nak makan Murtabak Daging mini panas-panas? Biasanya kalau nak makan, kena beli di pasar malam atau kedai. Dengan adanya resipi perkongsian saudari CikPuan SitiMasitah ini, anda tak perlu lagi beli. Buat sahaja di rumah. Resipinya sangat mudah malah tak perlu uli tepung. Hanya guna kulit popia sahaja. Mudah kan? Inti dagingnya memang enak. Malah resipi ini juga sesuai untuk di ‘frozen’. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

RESEPI MURTABAK DAGING MINI YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
Daging cincang/ kisar secukupnya
Bawang merah – hiris beli online disini
Bawang putih – hiris beli online disini
Serbuk kari secukupnya beli online disini
Ubi kentang secukupnya beli online disini
1-2 tangkai daun kari
Sedikit air
Garam & gula secukup rasa
Kulit popia secukupnya 
1-2 biji telur
Sedikit tepung gandum – bancuh dengan sedikit air

CARA MEMASAK:
1.Pertama sekali sediakan inti. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
2.Masukkan serbuk kari, kentang, daging cincang, daun kari dan sedikit air. Masak hingga inti empuk. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Sejukkan. Sukatan bahan inti bergantung pada selera masing-masing.


3. Pecahkan telur 1-2 biji (bergantung pada inti). Nak tambah bawang atau daun sup pun boleh. Terpulang pada cita rasa masing-masing.


4. Inti yang sudah dicampur telur.


5. Letak inti di tengah-tengah kulit popia dengan secukupnya.


6. Lipat kulit popia empat segi sebegini. Tip supaya kulit popia melekat ialah letak sedikit bancuhan tepung gandum.


7. Ulang proses yang sama untuk kepingan murtabak yang lain. Lakukan hingga habis.


8. Untuk menggoreng, masak murtabak menggunakan kuli non-stick. Kalau nak goreng murtabak guna minyak yang sedikit pun boleh.


9. Murtabak Daging mini yang sangat sedap siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.


10. Murtabak ni nak buat inti tebal mana pun boleh. Ikut cita rasa masing-masing.

Kredit resipi & foto: CikPuan SitiMasitah

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur