Pecal sayur antara menu sihat yang sangat sedap oleh dimakan dengan nasi sebagai sayur dan dijadikan appetizer, menu pembuka selera bila berbuka puasa.

Kalau buat lebih sambalnya, bolehlah disimpan dan bila-bila teringin tinggal bancuh dengan air panas je, sangat mudah dan boleh divariasikan sayurnya. Terpulang pada selera anda.

 

PECAL SAYUR

 

BAHAN-BAHAN :

IKLAN

BAHAN SAMBAL PECAL:

  • 250gm kacang tanah | goreng sangai dan tumbuk
  • 15 biji cili padi | buang tangkai
  • 4 biji bawang merah| hiris
  • 2 ulas bawang putih | hiris
  • 4-6 biji cekur |saiz kecil
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 3-4 sudu makan gula merah dan gula putih
  • Garam secukup rasa
  • Air panas secukupnya
  • Sedikit minyak

BAHAN SAYUR:

  • Kacang panjang | potong dan celur
  • Tauhu goreng | hiris nipis
  • Tampe goreng | potong dadu
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • Sedikit hirisan timun
  • Pucuk ubi kayu | rebus

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak.goreng cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan. Angkat dan toskan.
2. Kemudian tumbuk. Campurkan skali biji cekur.
3. Bila hampir lumat masukkan gula dan juga garam. Tumbuk lagi.
4. Masukkan air asam jawa. Kacau rata.
5. Seterusnya masukkan kacang tanah tumbuk dan air panas secukupnya.
5. Seimbangkan rasa pedas, masin, lemak kacang dan manis.
6. Jika suka campurkan sekali hirisan daun cekur.
7. Setelah cukup rasa, tuangkan sambal pecal ke atas sayur-sayuan yang telah sedia dihidangkan.

 

INGIN MENCARI AIR FRYER YANG TERKINI DENGAN HARGA BERPATUTAN, BOLEH LAYARINYA DI SINI. 

 

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA VIDEO INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

30 Sajian Lauk Berbuka Untuk Sebulan Ramadan. Menyelerakan

SERTA RESIPI INI :

Resipi Rojak Mi Paling Sedap, Senang Je Nak Buat

Cara Masak Kuah Rojak Sotong Kangkung Yang Paling Sedap.