Menu tradisi orang negeri sembilan dengan campuran sayur-sayur kampung yang enak. Rasa tempoyak memberi lagi rasa padu pada luah lemak.
BAHAN-BAHAN
- 1 ikat pucuk ubi*
- 5 helai daun kunyit *
- 20 helai daun kaduk*
- 1 ikat pegaga *
- Petai ambik isi saja
- Ikan bilis
- 5 batang serai*
- Setengah kilo santan pekat
- 1 cawan tempoyak
- Garam
BAHAN KISAR
- 1/2 cawan cili api
- 2 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Hiris halus bahan bertanda*
- Kisar cili padi dan kunyit hidup. Masukkan terus dalam kuali
- Masuk santan dan tempoyak, Suda mendidih masukkan bahan-bahan yangg dihiris tadi
- Masuk ikan bilis dan petai, masak sampai pekat
- Rasakan dengan garam. Siap dihidangkan
Kredit: Zaimah Zakaria
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jom Cuba 5 Sajian Cina, Stail ala Hong Kong Tetapi Olahan Citarasa Malaysia.
Hari ni Min nak kongsi resepi dari Restoran Cina Muslim terkenal iaitu Restoran Haslinda Sim Abdullah. Sajian yang dihidangkan adalah resipi warisan keluarga ‘taukeh’ restoran sendiri Datin Haslinda Sim Abdullah .
Menariknya masakannya stail ala Hong Kong tetapi telah diolah semula oleh Datin Haslinda mengikuti selera dan citarasa rakyat Malaysia. Jika anda nak bersantai cuti Hari Kebangsaana boleh aje menjamu selera di restoran ini yang terletak di Bandar Baru Bangi.
Jom kita semak dan cuba resipi yang dikongsi ini.
1. MASAK ASAM IKAN SIAKAP
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ikan siakap
Bahan untuk di kisar:
- 100gm bawang putih
- 100gm bawang besar
- 50gm serai
- 100gm lada merah
- 150gm pes cili @ cili boh
5 keping asam keping
50gm asam jawa
50ml air limau nipis
Garam secukup rasa
Bahan di potong kasar dan digoreng sekejap sahaja :
(secukupnya ikut citarasa)
- Kacang panjang
- Kacang bendi
- Tomato
- Bawang besar
- Lada merah
CARA MEMASAK :
1. Ikan dikukus dalam pengukus.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar tadi hingga naik bau
3. Masukkan asam keping, air limau nipis, asam jawa dan garam secukup rasa
4. Campurkan sedikit air jika rasa agak kering.
5. Masukkan ikan siakap yang dikukus serta bahan-bahan yang digoreng tadi.
6. Siap untuk dihidangkan.
2. NAI WANG SHENG XIA (UDANG GALAH SUSU CAIR)
BAHAN-BAHAN :
| dikisar satu persatu
- 100gm bawang putih
- 100gm lada merah
- 50gm cili kering
- 50gm serai
- 50gm belacan
- 50gm udang kering
2 ekor udang galah
50gm cili boh
250ml susu cair
Beberapa helai daun kari
Garam secukup rasa
2 sudu minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK :
1.Udang galah yang sudah dicuci bersih gorengkan separuh masak.
2. Bahan-bahan yang dikisar ditumis hingga naik bau dan kekuningan.
3. Masukkan daun kari, garam, susu cair dan udang yang telah digoreng
4. Gaulkan dan biarkan masak dan naik minyak.
5. Sedia untuk dihidangkan
3. AYAM MASAK PORTUGIS
BAHAN-BAHANNYA :
- 300gm daging ayam | dipotong kecil dan digoreng setengah masak
- 15gm lada hitam
- 50gm marjerin
- 100gm sos cili
- 1 sudu makan gula
- 3 sudu makan susu cair
CARA MEMASAK :
1. Panaskan majerin di dalam kuali.
2. Masukkan lada hitam, sos cili dan gula , dan gaul sebati.
3. Kemudian masukkan pula ayam dan gaul lagi hingga sebati
4. Masukkan susu cair dan masak hingga agak sedikit kering
5. Siap untuk dihidangkan
4. TAUHU LABU
BAHAN-BAHAN :
- 2 batang tauhu Jepun
- ¼ biji labu kuning
- ½ paket cendawan putih Shimeji
- 200gm brokoli
- 1 ulas bawang putih
- Minyak untuk mengoreng
- Stok ayam secukup rasa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Tauhu sebatang dipotong empat.
2. Panaskan minyak, dan goreng tauhu hingga kuning.
Cara masak sos :
3. Labu kuning dikukus bersama kulitnya sehingga masak
4. Setelah labu masak, korek isinya menggunakan sudu dan buang kulitnya.
5. Kisar halus isi labu tadi.
6. Kemudian panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih hingga kuning.
7. Masukkan labu yang dikisar tadi dan kacau mengikut citarasa pekat atau cair.
8. Sambil kacau masukkan garam dan stok ayam secukup rasa. Ketepikan sos labu.
9. Rebus brokoli dengan sedikit minyak.
10. Setelah direbus, susun ditepi pinggan
11. Letakkan tauhu ditengah pinggan kemudian siramkan dengan sos labu tadi
12. Siap untuk dihidangkan.
5. DUA KOMBINASI KAILAN
BAHAN-BAHANNYA:
- 300gm sayur kailan
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Daun sayur kailan dihiris halus
2. Kemudian digoreng dan toskan minyak agar garing. Ketepikan
3. Batang sayur kailan digoreng bersama bawang putih dan garam secukup rasa.
4. Taburkan daun sayur kailan yang digoreng tadi di atas batang sayur kailan
5. Siap untuk dihidangkan.
Terima kasih : Restoran Haslinda Sim Abdullah
Alamat : No. 46, Jalan Medan Pusat 2C, Section 9, Selangor, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi : 1100 pagi – 1030 malam
Sup Cendawan Tiram… Mudah DiMasak Lagi Menyihatkan.
Sup ringkas pasti membuka selera kamu. Sup yang lengkap dengan nutrien yang boleh mengenyangkan perut seharian. Cendawan tiram adalah salah satu jenis cendawan yang cukup sedap dimasak sup . Makan panas-panas ni memang super sedap, dan yang bestnya cukup senang disediakan dan terbaiklah untuk mereka yang tengah berdiet
SUP CENDAWAN TIRAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji bawang besar merah -dihiris nipis
- 3 ulas bawang putih – diketuk
- Cendawan tiram
- Lada hitam ditumbuk
- 2 biji telur
- 6 biji cili padi
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan hanya sedikit minyak dan tumiskan seketika bawang besar, bawang putih dan cili padi.
- Masukkan cendawan dan lada hitam. Kacau seketika.
- Masukkan sedikit air untuk kuah.
- Kemudian masukkan telur bila kuah sudah mendidih.
- Akhir sekali masukkan sedikit garam dan perasa.
Kredit: Sha Ramson Abdullah
Cara Mudah Buat Tauhu Homemade Guna Cuka Makan.
Kalau buat tauhu homemade ni nmemang seronok. Jika dibeli, sekeping tauhu anggaran harganya ialah 50sen sekeping. Jika anda hasilkan sendiri di rumah, dengan kos yang sedikit, anda boleh hasilkan banyak tauhu. Boleh kongsi dengan jiran tetangga ataupun dijadikan sumber pendapatan sampingan. Berminat nak buat? Jom lihat cara-cara pembuatan tauhu perkongsian dari saudari Mimi Ly.
CARA BUAT TAUHU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1kg kacang soya – direndam semalaman
- 10 sudu besar cuka makan – cuka boleh diganti dengan GDL. Fungsinya sama iaitu untuk membekukan soya
- 2 helai kain bersih – boleh guna kain lampin baru atau kain lain yang bersesuaian
- 2 buah bekas penapis – sama besar
CARA MEMASAK:
- Kisar kacang soya dengan air dengan nisbah 1 cawan kacang soya bersamaan 2 cawan air biasa. Kisar sekali sahaja.
2. Tuang soya yang dikisar ke dalam bekas yang telah dialas menggunakan kain. Perah air soya. Lakukan hingga habis. Hampas soya perlu dibuang.
3. Masukkan air tapisan soya ke dalam periuk besar. Kacau sentiasa hingga keluar bau soya dan berasap-asap. Semasa proses ini, teruskan kacau kerana tak nak bagi soya pecah. Setelah 5 minit, baru padamkan api. Tunggu 5 minit lagi supaya suam sedikit.
4. Tapis soya sekali lagi. Ia bertujuan untuk membuang sisa hampas yang ada serta menjadikan tauhu cantik dan lembut.
5. Masukkan air soya ke dalam bekas bersesuaian. Biarkan 5 minit dan masukkan cuka makan. Kacau seketika dan biarkan soya menjadi ketulan-ketulan. Anggaran masa dalam 15-20 minit.
6. Selain cuka, boleh juga menggunakan GDL ( serbuk tao fa). Ia boleh dibeli di kedai bakeri. Nisbahnya ialah 30gm GDL dilarutkan dengan 60gm air suam. Kemudian campurkan ke dalam air soya tadi. Tunggu sehingga berketul sama seperti proses menggunakan cuka tadi.
Sediakan bekas tapis. Alas kain lampin. Di bawah tapis beralas diletakkan satu lagi bekas supaya air lebihan tauhu mudah menitis ke bawah.
7. Tuang bancuhan soya berketul tadi dengan berhati-hati. Tutup kain dengan elok.
8. Letakkan satu lagi tapis dan juga pemberat. Biar sehingga tauhu sejuk dan bila dibuka, tauhu tidak melekat pada kain.
9. Potong tauhu, simpan dalam bekas berair dan letak dalam peti sejuk.
Nota:
- Jika guna kain lampin, pilih kain lampin yang belum digunakan lagi (baru).
- Untuk agen pembeku, pilih salah satu sahaja sama ada mahu guna cuka atau GDL. Jangan guna kedua-duanya sekaligus.
- Untuk tauhu lebih tahan lama, masukkan 2 sudu makan cuka ke dalam air rendaman tauhu.
Kredit resipi & gambar: Mimi Ly
Tengah usha BLENDER baru ke tu? Meh pilih dekat SINI. RASA senaraikan pilihan blender terbaik buat anda. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Jom cuba resipi guna TAUHU di bawah ni. Macam-macam boleh masak. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official