
Pisang goreng bijan nampak macam tiada beza tapi bila dah rasa memang lagi sedap. Aromanya juga lebih wangi.
Kalau terasa nak buat sendiri pisang goreng bijan boleh ikut sukatan ini. Ia akan menjadinya lebih rangup dan banyak kerak. Sebenarnya kerak atau serdak inilah penyedap pisang goreng.
Sukatan buat pisang goreng bijan rangup

Bahan-bahan
Pisang abu – dipotong nipis (boleh juga guna pisang nagka atau tanduk
2 cawan tepung beras(cap gajah seekor)
1 cawan tepung jagung
3 sm tepung gandum
1 sm marjering (cairkan)
2sk air kapur
1 biji telur
Kunyit atau pewarna kuning
Bijan
Gula
Garam
Air
Cara membuat
1. Campur semua bahan dalam bekas, masuk air sedikit demi sedikit. Gaul rata, pastikan adunan tak cair dan tak pekat.
2. Kemudian tuang marjerin yang dicairkan, pastikan masih panas. Kemudian gaul rata.
3. Selepas itu boleh masukkan pisang yang sudah dihiris.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga keemasan. Angkat dan tos.
5. Baki adunan tepung tadi jangan dibuang, tambah air agar cair. Kacau, kemudian tuang dalam minyak yang panas untuk buat kerak. Kacau-kacau agar kerak jadi dalam bentuk kecil.
6. Angkat bila sudah berwarna keemasan. Tos minyak dan hidang bersama pisang goreng.

Kredit resipi & foto: Nor Hazirah Manaf
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
5 Resipi, Petua & Tip Cara Hasilkan Kuih Pau Yang Gebu & Lembut

Kuih pau merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentuk bulat serta mempunyai inti di dalam.
Pelbagai jenis yang ada seperti daging, isi ayam, coklat, mentega kacang, kacang merah dan banyak lagi.
Namun untuk mendapatkan bentuk pau yang gebu dan tekstur yang lembut, ada petua yang boleh diikut. Sebenarnya, kuantiti air bergantung pada jenis tepung yang digunakan.
Petua dan tip cara buat kuih pau yang dikongsi Zainoor Aliza Ali ini, diharap dapat membantu mereka di luar sana untuk menghasilkan kejadian pau yang terbaik.
RESIPI PAU 1

BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum (guna tepung cap lili kuning) – beli online di sini
11g @ 1 peket yis – beli online di sini
2 sudu kecil baking powder
4 sudu besar gula – beli online di sini
4 sudu besar minyak masak – beli online di sini
2 ½ cawan air
1 sudu besar shortening
1 sudu besar ovalette
Sedikit marjerin (semasa uli)
RESIPI PAU 2

BAHAN-BAHAN:
3 ½ cawan tepung gandum (guna tepung cap bunga ros)
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
½ sudu kecil garam
4 sudu besar minyak masak
1 cawan air
RESIPI PAU 3

BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum
2 peket yis
3 sudu besar gula
3 ++ cawan air (lebih kurang 770ml)
6 sudu besar minyak masak
6 sudu besar susu tepung
RESIPI PAU 4

BAHAN-BAHAN:
1 peket yis (11gm)
1 cawan air
2 sudu besar gula
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar marjerin
1 sudu teh garam
2 sudu besar minyak masak
RESIPI PAU 5

BAHAN-BAHAN:
2 sudu besar yis (1 peket 11gm)*
2 sudu besar gula*
2 sudu besar susu tepung*
½ cawan air suam*
(* bahan bancuhan)
500gm tepung pau
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar shortening
1 sudu besar baking powder
1 cawan air
TONTON Ayam Buttermilk Salted Egg Bestari & Kari Udang Bestari
CARA-CARA:
1. Uli doh sehingga tidak melekat di tangan (20 minit). Rehatkan doh dan tutup rapat selama 45 minit -1 jam. Biarkan adunan kembang.
2. Bila doh dah kembang, ambil sikit adunan dan bentukkan bebola kecil.
3. Kemudian tekan dan ratakan sedikit di bahagian tengah (canai pun boleh tapi jangan nipis sangat) dan masukkan inti.
4. Setelah itu tutup dan letakkan di atas potongan kecil kertas atau daun pisang.
5. Dah boleh susun dalam bekas kukusan. Biarkan sekejap. Bila air dah mendidih, kukuskan pau selama 7 minit. Balut penutup kukusan dengan kain bagi mengelak wap jatuh ke atas pau.
6. Selepas 7 minit buka penutup pau dan kukus tanpa penutup dalam 2 -3 minit dan tutup api. Rehatkan sekejap pau dalam kukusan sebelum dikeluarkan.
7. Untuk mengelakkan pau mengecut, jangan kukus lama sangat.
TONTON Creamy Garlic Butter Chicken
INTI DAGING: (untuk 500gm tepung)
1 labu bawang besar | dicincang
1 cawan daging cincang
4 biji kentang | dipotong dadu
½ sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar serbuk rempah kari
Garam
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MASAK:
Tumis bawang hingga terbit bau. Masukkan rempah kari. Kacau dan masukkan daging. Biarkan sekejap. Masukkan kentang dan sedikit air. Bila kentang dah empuk, masukkan lada hitam dan garam.
INTI AYAM: (untuk 1kg tepung)
6 ketul ayam | diambil isi & dipotong kecil
10 biji kentang | dikupas kulit & dipotong dadu
2 labu bawang besar | dicincang halus
4 sudu besar cili kering kisar
6 sudu besar rempah kari ayam
1 kiub ayam
Garam
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MASAK:
1. Tumis bawang hingga terbit bau. Masukkan cili kisar. Tumis hingga garing.
2. Masukkan rempah kari dan daun kari. Masukkan ayam dan sedikit air. Masukkan kentang dan kiub ayam, masak hingga sedikit kering. Perasakan garam.
INTI COKLAT: (untuk 500gm tepung)
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan susu segar
1 cawan minyak masak
2 sudu besar tepung jagung
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MASAK:
1. Bancuh kesemua bahan. Basak dengan api kecil. Sentiasa kacau hingga jadi pekat, ketulan lembut dan terbit minyak (macam kejadian kole kacang).
2. Angkat dan biarkan sejuk. Sejatkan minyak sebelum diisi inti ke dalam doh.
NOTA:
1. Lepas doh dah kembang (2x ganda) tak boleh dibiarkan terlalu lama. Doh akan bertambah kembang dan bila dikukus, kuih akan mengecut.
2. Masa isikan inti, tarik ke bahagian bawah untuk tutupkan kuih (buat bunjut). Bahagian bawah akan jadi tebal sedikit. Jadi kena cubit keluarkan sedikit doh di bahagian bawah supaya doh masak sekata.
3. Masa mengukus, penutup kukusan kena balut dengan kain untuk elak air menitis pada kuih.
4. Lepas 7 minit kuih dikukus, buka tutup kukusan dan kukus 2-3 minit tanpa penutup kukusan.
5. Ada beberapa sebab pau mengecut bila dah masak:
i) Doh terlebih kembang (overproofing).
ii) Kukusan kena balut penutupnya. Kalau kukusan buluh tak perlu balut.
iii) Terlebih masa mengukus.
iv) Lepas masak, terus buka keseluruhan penutup kukusan. Sebenarnya kena buka sikit-sikit dulu.
v) Api dapur tak boleh terlalu besar.
Kredit resipi: Zainoor Aliza Ali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Baru Nak Belajar Buat Karipap? Ini Resipi A Sampai Z Karipap Gerenti Jadi.
Kuih Tepung Kapur, Rupa Seperti Kuih Kaswi Tapi Rasa Berbeza
Buat Sendiri Shawarma Wrap Homemade, Lagi Puas & Isi Lebih Banyak
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Cara Buat Kuih Bengkang Tumis Utara Sedap Untuk Minum Petang

Petang-petang macam ni, memang sedap kalau dapat makan kuih muih manis. Bagi anda yang gemar makan kuih muih asli tradisional, boleh cuba buat Bengkang Tumis Utara hasil perkongsian saudara Are Peace. Nampak sedap dan cara nak masaknya pun mudah sahaja. Tak guna banyak bahan. Jom cuba. Pasti kena dengan selera.
RESIPI KUIH BENGKANG TUMIS UTARA

BAHAN A:
- 1 cawan gula – beli online disini
- 1 cawan jus pandan ( boleh juga guna sedikit perasa pandan dan campur dengan air menjadikan 1 cawan)
- 2 cawan tepung gandum – beli online disini
- 1 kotak kecil santan – beli online disini
- 2 sudu makan mentega – beli online disini
- 3 biji telur
- 1/2 sudu teh garam
- Sedikit pewarna hijau – beli online disini
- 1 1/2 cawan air
BAHAN B:
- 4 – 5 ulas bawang merah | dihiris nipis
- 2 sudu makan minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan A dan kisar hingga sebati. (guna blender je)
2. Masukkan 2 sudu besar minyak dalam kuali dan tumis bawang merah hingga harum dan kekuningan.(jangan sampai hangit. Agak-agak layu je sebab nanti bila bakar, bawang akan hangit.

3. Tuang bawang tumis ke dalam loyang dan seterusnya tuang adunan yang dikisar tadi. Bawang tumis tadi akan naik ke permukaan bengkang.

4. Seterusnya bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180’c selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak. Guna api atas dan bawah.

5. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Are Peace
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Goreng Kambing Paling Sedap. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi
Patutlah Anak Suka. Resipi Siakap Stim Sos Tiram Ni Memang Sedap
Daun Kesum 2 Minggu Masih Segar. Begini Cara Simpan Supaya Tahan Lama
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Kuih Bakar Kemboja Sedap, Masak Guna Dapur Gas & Air Fryer

Sedapnya Kuih Bakar Kemboja ni. Tekstur kuih yang garing dan lemak-lemak manis, memang kena dengan selera. Dapat pula makan kuih yang baru masak, aduhai…memang terbaik. Nak cuba buat sendiri secara homemade? Resipi perkongsian saudari Noriza Zainal Abidin ni antara yang mudah. Paling best, boleh buat dalam saiz mini dan bakar guna dapur gas & air fryer je. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Air fryer ni boleh dikatakan barang wajib yang perlu ada didapur, demi memudah & menjimatkan masa untuk memasak. Boleh juga survey brand Khind 3.5L Air Fryer recommended tau.
RESIPI KUIH BAKAR KEMBOJA MASAK GUNA DAPUR GAS & AIR FRYER

BAHAN-BAHAN:
- 130gm tepung gandum
- 160gm gula pasir
- 2 biji telur
- 1 kotak santan
- 1/4 sudu teh garam
- 1/8 sudu teh pewarna hijau
- 200gm air pandan – kisar daun pandan bersama air. Tapis.
- Bijan untuk hiasan secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ( kecuali bijan) ke dalam pengisar.
2. Kisar hingga sebati dan tidak berketul.
3. Untuk memasak Kuih Bakar Kemboja, ada dua cara. Pertama ialah dengan menggunakan dapur gas.
4. Caranya ialah ambil acuan bahulu atau cara, letak atas dapur. Panaskan api kecil dan sapu minyak pada acuan.
5. Tuang adunan dan tabur bijan dengan secukupnya.
6. Tutup acuan supaya bahagian atas kuih cepat masak.
7. Kedua ialah dengan menggunakan Air Fryer. Tuang adunan hingga separuh cawan kertas. Tabur bijan.
8. Masukkan acuan ke dalam Air Fryer dan bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Noriza Zainal Abidin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sos Steamboat Homemade Ala Johnny’s. Sedap, Pekat, Memang Puas Hati
Masak Ikan Siakap Stim Limau Guna Kuali. Sedap, Cepat & Kuah Banyak
Sedap & Tak Kering. Ini Resipi Puding Roti Bakar Sos Kastad Yang Sangat Best.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official



